Thursday, November 15, 2012

November 15, 2012

Dania Safiyya is officially 'graduated' from Nuri Education Centre Sdn.Bhd!


Alhamdulillah. 
Pejam-celik... pegi nuri-balik rumah... tak pegi nuri asyik ponteng hahaha. akhirnya tamat sudah pengajian tempoh 2 tahun dania belajar tadika kat Nuri Shah Alam. 

Start blaja kat Nuri masa umur 5 tahun (2011), then tahun ni pun kat situ jugak.
Both years dania start masuk bulan Mac.

Masa 2011 tu, mama bersalin... so dia just enrolled jer masa Januari. Start belajar on March.

Then, 2012 ni pulak... sebab dari bulan Dec 2011 dania asyik tak sihat. Demam manjang sampailah dia kene minor surgery kat Puteri Specialist Hospital, Johor due to bengkak kelenjar. Elok-elok time besday hariz pertama pada 2/2/12 dania kene operate!

Maka start belajar pun pada March 2012. Macam mana nak jadik pelajar cemerlang-gemilang-terbilang kan? Dah la manjang ponteng! hahahah itu kene salahkan papa dan mama. Sebab kami  yang suka merayap sana sini. 

Dan kalu mama agak malas nak turun-naik tangga bila papa outstation, maka dengan selambanya mama akan cakap:
Dania, tak payah gi skolah la today yer.

Maka dania dengan penuh rasa gembira jawab:
Ok, mama!


Alhamdulillah. Bersyukur sangat hantar dania belajar kat Nuri. Teacher kat situ semua dania suka dan sayang. Walaupun kadang2 teacher berganti-ganti sebab may be their rotation to other branch, tapi dania tetap ingat nama mereka.

Jalinan kasih tu memang nampak rapat. 

Sedih fikirkan mereka semua akan berpisah... dengan teacher, dengan rakan-rakan... 
Tapi life must go on... Ini semua lumrah kehidupan.

Semoga Dania berjaya mencapai cita-citanya sebagai seorang CIKGU!
Apa-apa jerlah cita-cita pun... mama tak halang.
Jangan nak jadik penyanyi sudah! Nauzubillah.

Layan dulu scroll... nanti kendian kita layan gambar masa concert pulak.








Saturday, November 3, 2012

November 03, 2012

Parents Appreciation Night: Nuri Education Centre Seksyen 7, Shah Alam


Balik sekolah dania bagitau, malam ni ada 'party' kat Nuri.
Pukul 8pm, pakai baju raya.

What?
'Party' tapi pakai baju raya... apekah?
Segera mama call papa dania... oh! papa dia kata teacher memang ada cakap.
Nasib baik esok pagi baru papa pergi Ipoh.
If not, muncung lagi anak dara I tak dapat joint the 'party'!

Actually itu sebenarnya Parents Appreciation Night.
Ala-ala majlis perpisahan jugak, sebab tinggal seminggu jer lagi dah nak school holiday.
Dania dan budak umur 6 tahun akan meninggalkan Nuri.

Tsskkkk... tskkkkk... terharu rasanya bila fikirkan.
Kejap jer masa berlalu.... anak kami dah nak masuk darjah 1 dah.
Maka, tak boleh dah sesuka hati sesedap rasa memontengkan anak sekolah!

Kami ke sana dalam pukul 8.30pm.
Ada jamuan makan... sembang-sembang sesama ibu bapa.

Dania bila sampai sana jer terus carik geng dia.
Anak dara kami berkawan ngan budak lelaki jer.
Budak pompuan manjang tak geng katanya.... abes ler!

Anak-anak bagi surprise gift untuk parents.
Patut la teacher suruh memasing bawak kotak kasut kosong
Rupanya nak buat Box of Memories
Kat luar ada lukis dan tampal-tampal
Kat dalam ada lukisan family
Terharu mak!

Lepas tu, dorang menyanyi ramai-ramai
Lagu English ntah lagu apa ntah... but special dedicated to Mummy & Daddy la
Then, the next song is lagu 'Bertemu dan berpisah adat manusia biasa...'
Apa tajuk lupa...dorang nyanyi in English jugak.

Lepas tu, sesi makan lagi... bergambar... dan bersembang sampai kul 10.00pm

TQ Teacher sebab tapaukan kami makanan... 

Sabtu depan 10/11/2012 @ 1.00 pm ada Graduation Day kat Muzium Shah Alam.
Budak-budak akan nyanyi & menari lagu Joget Berhibur & Ombak Rindu (amboiii, bukan main lagi ekk)

Oh! Just another week to go.
Kesian dania nak berpisah ngan teachers yang baik hati... kawan-kawan dia semua.
Alhamdulillah, best friend dania iaitu Arif & Farish (kalu tak silap namanya ginilah) akan sekolah di Sek. Keb. Sekyen 7 jugak. 

Kelas mungkin tak sama... tapi at least masih dalam satu sekolah.
Walaupun pada hakikatnya kami tatau lagi dania diterima ke tak untuk sekolah kat situ sebab daftar lewat!

But,
I wish kami akan berpindah ke JB!


sampai-sampai terus menerkam pergi kat Farish ni... Arif tak sampai lagi masa ni... mak Farish cerita kat i, Farish akan susah hati kalu dania taknak kawan ngan dia... hahahaa, dania... aper ko fikir ko hot sangat ke? hehehe.


the happy face... dia taknak sekolah kebangsaan, nak sekolah nuri sampai bila-bila!



tengah jalan nak bagi Memory Box kat papa & mama yang duduk seat belakang sekali!


anak mak dah besar uols! dah boleh jadi teman gaduh & teman gossip!


Hariz, mama, papa & dania... sib baik tak terlebih lagi 1... if not kene kasik dania adik haaha!





para daddy sekalian dijemput untuk potong kek!


Yummy!


Kasik hariz mentos supaya dia behave!
Dania dah pesan masa kat rumah: "hariz jangan nangis, nanti malukan kakak ajer tau"
ewahhhh! mulut macam mak nenek kan.







Menyanyi time!


Hariz gigih menghisap mentos!


See, dalam banyak-banyak kumbang.... terselit sekuntum bunga!









muncung taknak balik sebab nak tengok kawan main games


Papadom


kat rumah... terencat betul!


Hariz yang behave katanyer!


Friday, September 28, 2012

September 28, 2012

Dania & Kucing


Dania & kucing
Bagaikan irama & lagu

Pantang jumpa kucing kat memaner pun
Mesti nak pegang nak main

Dan,
Hariz pun sama jugak rupanya!

Maka, 
Papa, Dania & Hariz adalah pencinta kucing!

*kesian dania, asyik mintak nak bela kucing jer. siap cakap nak beli kucing pakai duit raya tu*


kucing kat rumah mak nizam.



beraya kat rumah kawan abah nizam. kesian kucing tu. pasrah jer!





finally, kami pun terberposing sama ngan kucing! hahahhaaa

Wednesday, September 26, 2012

September 26, 2012

DIY Gubahan Bunga: Bunga Seindah Sakura


Ini bunga beli kat Romantika jugak.
Murah sangat. RM3 setangkai jer! Tapi sangat cantik (pada pandangan mata i la)

So mari mari... kita share apa yang jadik!

Bunga jer baru, pasu yang sediada yang petak kaler putih. *i memang suka pasu kaler putih*


Mari kita sumbat-sumbat sajer, sebab tak payah pakai span yer.


Dah siap. Senang giler bunga kecik dan halus-halus ni... sebab ia akan nampak kembang menggebu gitu!


View dari atas untuk 'menyemak' keseimbangan gubahan... sebab ni gubahan untuk meja kopi... so pandangan sudut 4 penjuru mesti sama. Takleh kosong-kosong-kosong macam Najwa Latif dok kata tu LoL
*
*
*
*
*
*
Taraaaaa

Inilah bunga raya kat rumah i. Murah tapi cantik.

Nak gubahan bunga lagi? Ewah... letih i tau asyik beli bunga-gubah bunga ni... hehehe! But just loves to do it and share it with uols yang sesamer ada minat yang sama!

Jumpa lagi...
September 26, 2012

DIY Gubahan Bunga: Pasu Tinggi + Roses


Kalau sebelum ni gubahan pasu sama + bunga pegang
Ni kita tukar pulak penampilan pasu ni dengan bunga ros yang baru beli kat Romantika.

Saksikanlah....

murah jer bunga ni. RM5 setangkai. Disebabkan murah, kali ni i bayar pakai duit sendiri. Tapi kira-kira semua tu lebih dari RM50 jugak!


pasu bintik-bintik polka dot itu!


Gubahan saya selalunya tak pakai span yer. Since pasu ni tinggi, tangkai bunga tak jejak sampai tapak pasu. So, saya sumbat sikit newspaper supaya kedudukan bunga pun agak stabil.
Kasik close-up bunganya dulu... ewah!


Dah selesai. Simple jer!
Actually nak beli bunga orkid. Tapi bunga orkid kat Romantika tu tak berapa berkenan kat mata. Tak sepadan ngan harga. Bunga rose ni ok la, murah tapi cantik.

*
*
*

Sekali... dah sama kaler ngan bunga seindah sakura ni dah! sedondon gitew!
 
Jumpa lagi dalam gubahan bunga seterusnya 
jika ada la kan, takkan keje aku nak beli bunga jer, mau jadik sarang nyamuk karang!


Bold & Stylish; 
Eric Leong Ayu Rashid