Tuesday, February 21, 2012

7 sebab anda GAGAL turunkan BERAT BADAN


1. Makan di waktu makanRamai beranggapan dengan mengelakkan waktu makan, ia mampu mengurangkan berat badan. Hakikatnya, anda perlu mengisi perut pada setiap waktu makan dengan memilih menu sihat dan seimbang.

Sarapan pagi membekalkan tenaga terpenting untuk memulakan hari kerana tanpanya badan dan otak kurang bermaya. Begitu juga makan malam. Anda cuma perlu makan lebih awal iaitu lebih kurang pukul 7 malam!


2. Tidak bersenam. Mahu atau tidak, anda mesti bersenam dan tidak cukup sekadar menjaga pemakanan kerana senaman meningkatkan kadar metabolisme tubuh. Ini akan membantu proses pembakaran lemak dalam tubuh dan menurunkan berat badan.


3. Tidak mengambil Kalori
Badan perlukan kalori, jadi anda mesti ambil kalori dalam jumlah yang sesuai. Pengambilan jumlah kalori yang bersesuaian:
Lelaki: 2,500 kalori setiap hari
Wanita: 2,000 kalori setiap hari

Jika pengambilan kalori terlalu rendah, kadar metabolisme tubuh akan turun secara mendadak sehingga boleh menyebabkan anemia.


4. Hanya ambil buah dan sayur Mengambil HANYA buah-buahan dan sayur-sayuran menyebabkan tubuh tidak cukup nutrisi seperti mineral, karbohidrat dan lemak. Tubuh anda perlukan semua zat itu pada kadar berpatutan.


5. Salad dan mayonis Makan salad dengan mayonis memang sedap. Tetapi, anda perlu ingat kalorinya yang tinggi menyebabkan berat badan tidak turun!


6. Enggan minum susu Tentu tidak ramai suka susu rendah lemak kerana rasanya tidak sedap. Tetapi, pengambilan susu rendah lemak membantu menguatkan tulang, melengkapkan keperluan nutrisi tubuh dan menurunkan lemak badan.


7. Berat badan turun mendadakSepatutnya anda perlu risau jika berat badan turun mendadak kerana pasti ada yang tidak kena. Dalam seminggu, penurunan berat badan ideal dalam lingkungan 0.5kg hingga 1kg.

Jika lebih daripada julat tersebut, ia akan menimbulkan komplikasi kerana hati dan ginjal dipaksa bekerja keras untuk menggantikan glukosa di dalam darah.


Sumber: Mingguan Malaysia - Ahad 19.2.2012 – Fokus Sihat
Oleh: Dr. Norsyamimi Ahmad (Pakar Pemakanan Hospital Pantai Ampang)
*images: googled

Monday, February 6, 2012

Tips Diet Tanpa Meninggalkan Nasi


Selalu terdengar dan terbaca tentang keluh-kesah orang yang nak diet tapi kecundang sebab mereka dilarang makan nasi?

Atau mungkin juga anda salah seorang insan yang tersenarai kategori tersebut?


Saya pun tak rela seksa diri untuk kurus sampai 'melarang' diri dari menikmati nasi dan lauk-pauk yang mengghairahkan! Tak kurus pun takpelah, janji nasi tetap masuk tekak.



So, saya nak share la macam mana saya diet tapi tetap makan nasi setiap hari. Malah tetap kekal makan nasi 2x sehari walaupun dalam program diet yang selalunya tersasar hahahaa.


Tips diet tetapi tetap memakan nasi yang kak ayu amalkan ialah:

1. Tetap makan nasi 2 x sehari.
- Kalau korang berdisiplin, makan sekali sehari sahaja, seeloknya for lunch.


2. Kurangkan kuantiti pengambilan *secara perlahan-lahan
- Day by day, kurangkan pengambilan nasi.
- Maknanya makin hari makin sikit kita makan nasi.


3. Lauk-pauk kak ayu tetap makan macam biasa.
- TAPI tetap kena kurangkan kuantiti pengambilan.




4. Bila hari ni kita makan banyak, esok tu dan hari seterusnya kurangkan pengambilan.


5. Badan kita hanya kita yang lebih 'memahaminya'.
- Jika kita rasa badan kita 'berat', itu tandanya ada kenaikan berat kita walaupun sedikit. So, cecepat control balik pemakanan secara keseluruhan.


6. Diet nasi tak bermakna kita boleh makan apa saja benda lain ikut sedap tekak.
- Sebenarnya, bila kita tak makan nasi, kita akan lebih cenderung untuk makan makanan lain yang lebih 'berat' dan menyumbang ke arah obesiti dan kenaikana berat badan. Contohnya ialah junk-food, fastfood, coklat serta makanan & minuman manis.


7. Jangan salahkan nasi yang menyebabkan diet tak menjadi.
- Sebenarnya makanan lain lebih menyumbang kepada gagalnya program diet kita.


8. Back to basic... makanlah banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan minumlah air masak dengan banyak.

9. Last but not least... jadikan MESIN PENIMBANG sahabat sejati kita!


Berjumpa lagi dicoretan Tips Kurus bersama Kak Ayu yang tak berapa nak kurus ni tapi berangan nak kurus macam Maya Karin hehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...