Tuesday, February 21, 2012

7 sebab anda GAGAL turunkan BERAT BADAN


1. Makan di waktu makanRamai beranggapan dengan mengelakkan waktu makan, ia mampu mengurangkan berat badan. Hakikatnya, anda perlu mengisi perut pada setiap waktu makan dengan memilih menu sihat dan seimbang.

Sarapan pagi membekalkan tenaga terpenting untuk memulakan hari kerana tanpanya badan dan otak kurang bermaya. Begitu juga makan malam. Anda cuma perlu makan lebih awal iaitu lebih kurang pukul 7 malam!


2. Tidak bersenam. Mahu atau tidak, anda mesti bersenam dan tidak cukup sekadar menjaga pemakanan kerana senaman meningkatkan kadar metabolisme tubuh. Ini akan membantu proses pembakaran lemak dalam tubuh dan menurunkan berat badan.


3. Tidak mengambil Kalori
Badan perlukan kalori, jadi anda mesti ambil kalori dalam jumlah yang sesuai. Pengambilan jumlah kalori yang bersesuaian:
Lelaki: 2,500 kalori setiap hari
Wanita: 2,000 kalori setiap hari

Jika pengambilan kalori terlalu rendah, kadar metabolisme tubuh akan turun secara mendadak sehingga boleh menyebabkan anemia.


4. Hanya ambil buah dan sayur Mengambil HANYA buah-buahan dan sayur-sayuran menyebabkan tubuh tidak cukup nutrisi seperti mineral, karbohidrat dan lemak. Tubuh anda perlukan semua zat itu pada kadar berpatutan.


5. Salad dan mayonis Makan salad dengan mayonis memang sedap. Tetapi, anda perlu ingat kalorinya yang tinggi menyebabkan berat badan tidak turun!


6. Enggan minum susu Tentu tidak ramai suka susu rendah lemak kerana rasanya tidak sedap. Tetapi, pengambilan susu rendah lemak membantu menguatkan tulang, melengkapkan keperluan nutrisi tubuh dan menurunkan lemak badan.


7. Berat badan turun mendadakSepatutnya anda perlu risau jika berat badan turun mendadak kerana pasti ada yang tidak kena. Dalam seminggu, penurunan berat badan ideal dalam lingkungan 0.5kg hingga 1kg.

Jika lebih daripada julat tersebut, ia akan menimbulkan komplikasi kerana hati dan ginjal dipaksa bekerja keras untuk menggantikan glukosa di dalam darah.


Sumber: Mingguan Malaysia - Ahad 19.2.2012 – Fokus Sihat
Oleh: Dr. Norsyamimi Ahmad (Pakar Pemakanan Hospital Pantai Ampang)
*images: googled

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...