Tuesday, May 22, 2012

May 22, 2012

Pink!

Anak dara i memang anti color pink! Aper kena ntah nak anti sangat ngan pink tuh. Pastu semua benda nak color biru.

Sampai kereta pun suruh papa dia beli color biru. Tapi, takkan nak kete kaler pink kot. Pitam mak!

Sebabnya, dia feeling dia boboi! maka color pink adalah harus dijauhi! 
Jangan adik dia suka pink sudah. Pitam tak bangun terus mak!


Aper mimpi ntah, masa temankan mama dia buat passport kat PKNS hari tu, dia nak beli kasut. Kat Bata jer pun. Malas nak belikan kasut mahal, sebab bukan dia pakai sangat pun. Membazir jer.

Sekali, dia pilih kasut ni.
Auwwww... kan pink itu menawan anakku!

#dah besar, dah pandai pilih sendiri!

kasut pelbagai guna... sekolah & jejalan... kasut raya skali hahhaha

balik sekolah. semangat pakai kasut baru

berpeluh-peluh. sememeh-serabai takyah cakap la kan!


Lepas ni, nak start paksa dia pakai pakaian ala-ala gegirl, sebab dia makin perasan dia boboi.  abes laaaa!

Tuesday, May 15, 2012

May 15, 2012

DIY Part 1: Make-Over Bunga

Salam My Dear Beautiful Readers!

Kat rumah korang, ada tak gubahan bunga kain/plastik yang mungkin dah:
- Bertahun beli tapi tak pernah dicuci
- Dah bertahun bergubah dengan bentuk yang sama
- Dah lari 'alignment' gubahan dek dikerjakan anak atau kena angin

Keadaan ini memang akan buatkan kita rasa bosan, rasa bunga tu dah takder seri... dan inilah adalah alasan terbaik untuk beli bunga baru!

No... No... No
Jangan buang uols, sebab bunga tu mesti masih boleh diselamatkan.
Just dengan sedikit usaha semudah ABC, kita dah boleh berikan 'wajah baru' untuk bunga kita.
Tanpa mengeluarkan belanja pun!

Ok... saya sangat rajin nak share ngan korang yang menghadapi dilema ini.


Ini bunga kat rumah saya iaitu campuran:
* Bunga Lily 
* Bunga Rose
* Bunga halus tatau nama 
*Daun-dauns sekalian

Saya suka bunga color natural: putih, cream & sedikit pinky

Gubahan saya buat sendiri, lama dah dekat setengah tahun. sebab tu dah berhabuk, dah lari alignment dan of course saya sudah bosan dengan gubahan yang sama!


Step 1
Keluarkan bunga-bunga sekalian itu. Kita cuci dulu bersih-bersih.
Saya brutal, terus masukkan dalam air + sabun. Terus basuh.
*kalu bunga kat rumah mak saya, saya siap rendam ngan clorox hahahahha! biasalah, kat kampung kan kuat berhabuk! senang kejer i :-D



Step 2
Dah cuci-jemur-kering
Jangan tak caya, bunga-bunga akan nampak macam baru semula.
Kalau nak senang, asingkan bunga ikut 'spesisnya'. Senang nak amik masa menggubah nanti.
Step 3
eh, dah siap. dari 1 pasu, dapat 2 pasu!


Nanti saya tunjuk camner cara nak gubah kedua-dua pasu ni. sajer nak 'show-off' dulu hasil i tangan i ni... hehe poyo!

May 15, 2012

DIY Part 2: Gubahan Bunga Lily

Yer puan-puan sekalian... kita gubah bunga untuk pasu 1. Saya tukarkan pasu bulat ke pasu segi empat sama (both pasu warna putih, sebab saya suka pasu putih)



Step 1

Letakkan span dalam pasu.
*span dah berlubang-lubang dah! kata nak berjimat kan? 



Step 2
Cucuk daun-daun sesuka-hati-sesedap rasa. 
*Masa cucuk daun, otak kita sepatutnya dah dapat ilustrate macam mana bentuk gubahan yang kita nak hasilkan.
*Mesti sesuaikan dengan bentuk pasu, ketinggian pasu & jenis bunga
*Juga, kena tau nak letak bunga tu kat mana (coffe table? meja sudut? atas lantai opsss!



Sudah siap!


Untuk gubahan Lily ni, saya sengaja kasik simple & plain. Taknak masukkan bunga kecik/aksesori lain. 
Bila nampak color bunga lily & daun hijau tu rasa macam:
"hebatnya aku ini"
erkkkkkk... sila nyampah!



Nak letak kat mana ek?
untuk gubahan macam nie... iaitu bunga di depan sahaja & belakang takder bunga, elok letak tempat yang  orang takleh nampak kat belakang bunga yang kosong. Eh, tak reti nak terangkan.

Contoh tempat tak sesuai untuk gubahan macam ni ialah:
* coffee table
* meja makan
*tempat yang kita akan duduk mengelilinginya

Sesuai letak kat penjuru dinding atau tempat-tempat yang ala-ala saya letak ni, iaitu bunga menghadap kepada kita.


Aper-aper jerlah, suka ati korang la nak letak mana. Pening aku nak explain hahhahah!


Cantik kan?
Ehhhh, terpuji diri lagi plak. hahahhahah!



Next:
Gubahan bunga kedua...kombinasi roses & bunga kecik!
May 15, 2012

DIY Part 3: Gubahan Bunga Ros

Ini lebihan bunga selepas diasingkan dengan bunga lily dari Gubahan 1 tadi. 
Yang ni i nak buat special sikit. 
(erk, special la sangat)





Special-nya ialah saya nak gubah dalam pasu kaca. 

Actually ni pasu ikan dania hahahahha!
Ye lah, bela ikan dah beberapa musim asyik mati ajer. Maka, permintaan dania nak bela ikan papa-mama dia dah tak layan dah. Tak kwase i asyik nak bersihkan air ikan dia jer. Pastu dania suka main ikan tu, mau ikan tu tak mati ter-penyet ngan dia. 




Sumbat bunga halus ke dalam pasu.
Tujuannya:
untuk selindungkan tangkai bunga. tak cantik la kan kalu tangkai bunga lebih meriah daripada bunga.
Lagi pun, nampak la 'stylish' sikit bak kata Eric Leong!



Masukkan bunga rose pulak.
SIAP!


Nak letak mana?
Saya letak kat coffee table kat ruang tamu.

Next....


Saya 'show-off' jugak bunga yang saya ubah pasu... dari pasu petak (yang saya dah masukkan bunga tulip) ke pasu bulat (pasu yang sebelum ni digubah bunga llily & rose berhabuk tu)



*itu pun nak tunjuk*
May 15, 2012

DIY Part 4: Tukar Pasu Bunga

Memang sah rajin tak bertempat & melampau-lampau. Sampai tukar pasu ke pasu pun nak tunjuk!


Eh, jangan tatau uols, 
sedikit perubahan  yang kita buat... boleh memberikan impak yang besar tau.
*terkeluar ayat sponsoring mak hehehe*



Gubahan Sediada: dalam pasu petak

*bunga ni beli kat Romantika yer korang. murah giler. 1 tangkai RM3.80 tak silap. dalam setangkai tu ada dalam 5 kuntum kot. bila bunga besar, sikit pun dah nampak macam banyak. jimat lagi!




kuarkan dari pasu petak, sumbat pulak dalam pasu bulat tinggi.

*gubahan saya kebanyakan tak pakai span*



letak sini, atas drawer baju saya.
P/S:
Saya tak minat english style. tapi kebanyakan pasu & bingkai gambar & accesories kat rumah saya warna putih. sebab warna putih tak nampak berhabuk! hahahhhhaa...

Saturday, May 12, 2012

May 12, 2012

Dua-Beradik in Actions!


Dua-beradik bergurau-senda! Berguraulah sangat. Dania kena buli ngan hariz adelaaaaa!

Mula-mula main tolak-tolak... pastu makin lama makin ganas. Yang ganasnya hariz, yang lembiknya dania... sudahnya, dania akan selalu kena tolak & tarik rambut! Then dua-dua lawan memekik. Riuh macam anak sepuluh!

What a wonderful moments! Alhamdulillah. 






dah penat... isi minyak dulu, karang sambung!

Friday, May 11, 2012

May 11, 2012

Make-Over Semudah A-B-C...


Salam to all my Beautiful Readers!

Hari ni saya nak share macam mana nak buat 'make-over'  pokok bunga hidup yang dah nyaris nak mati dengan cara yang sangat mudah, cepat & menjimatkan kos! 

Caranya mudah ajer, sekali jeling pun dah buleh siap!


Ini pokoknya. Cantikkan? Kalu beli kena beli yang dah besar. Hahaha!
Beli pokok ni kat SACC Mall on Mac 2010
(ingat nih, sebab beli masa dah dekat nak berenti kerja UNISEL dulu).   


Syukur lah ko pokok, masih bernafas lagi sampai saat ini, walaupun hidup segan mati takmau-mau!
See, kalau nak letak dalam rumah... dengan daun yang 5 helai tu, pasu plastik yang comot, memang tak sesuai. Ini kalau Eric Leong tengok, mesti dia nanges tergolek-golek!


So, what should i do to make it more 'stylish' & 'presentable'?

senang jer... amik sebijik bakul / pasu yang muat untuk kita masukkan pasu bunga tu kat dalam. Macam saya, bakul  buruk ni memang dah sediada kat rumah.

*kalau ada pasu warna PUTIH lagi lawa sebenarnya. nnti i gi beli i tukar. Sebab saya suka pasu warna putih. kat Romantika banyak. Murah itu harussss!

Taraaaaaa... inilah hasilnya!
Betul tak saya kata semudah A-B-C... sekali kelip mata dah leh siap uols.  Kan elok sikit tu.  


Nak cantikkan rumah, tak perlu berbelanja besar... tak perlu nak beli semua baru. Janji pandai  mix & match dan ubah daripada kebiasaan kita buat tu.


Nantikan entry saya make-over gubahan bunga kain plastik pulak yer. 


P/S: Saya suka bunga. Pernah verangan nak bukak Florist you!

Thursday, May 10, 2012

May 10, 2012

Muhammad Hariz on Last Saturday (5/5/12)

Alhamdulillah. Hariz dah berumur setahun 3 bulan dah. 
Sudah boleh jalan.

Kakaknya dulu i tahun 6 bulan baru boleh jalan.
Berbanding kakaknya, hariz lagi cepat jalan. Tapi lambat cakap.

So, setiap yang Allah kasik kat manusia ni adil kan?
Ada kelebihan - Ada kekurangan

Takpe, janji anak-anak mama papa sihat.
Insyaallah. Nanti kita pergi bercuti sekeluarga sebab hariz dah boleh jalan senang nak angkut sana sini.
# confirm jenuh nak kejar dia heheh #

pakai baju kakak dia hahhaha. jangan anak mak jadik 'apon' sudah. nauzubillah..
"muka innocent ajer hahaha"

nak koyak buku!

pastu, nyakat kakak dia pulak. # kakaknya memang selalu kene buli, hobi hariz tarik rambut kakaknya!

alamak! hilang innocent face tadi. dah start carik mama... nak makan ler ni!