Tuesday, May 15, 2012

DIY Part 2: Gubahan Bunga Lily

Yer puan-puan sekalian... kita gubah bunga untuk pasu 1. Saya tukarkan pasu bulat ke pasu segi empat sama (both pasu warna putih, sebab saya suka pasu putih)



Step 1

Letakkan span dalam pasu.
*span dah berlubang-lubang dah! kata nak berjimat kan? 



Step 2
Cucuk daun-daun sesuka-hati-sesedap rasa. 
*Masa cucuk daun, otak kita sepatutnya dah dapat ilustrate macam mana bentuk gubahan yang kita nak hasilkan.
*Mesti sesuaikan dengan bentuk pasu, ketinggian pasu & jenis bunga
*Juga, kena tau nak letak bunga tu kat mana (coffe table? meja sudut? atas lantai opsss!



Sudah siap!


Untuk gubahan Lily ni, saya sengaja kasik simple & plain. Taknak masukkan bunga kecik/aksesori lain. 
Bila nampak color bunga lily & daun hijau tu rasa macam:
"hebatnya aku ini"
erkkkkkk... sila nyampah!



Nak letak kat mana ek?
untuk gubahan macam nie... iaitu bunga di depan sahaja & belakang takder bunga, elok letak tempat yang  orang takleh nampak kat belakang bunga yang kosong. Eh, tak reti nak terangkan.

Contoh tempat tak sesuai untuk gubahan macam ni ialah:
* coffee table
* meja makan
*tempat yang kita akan duduk mengelilinginya

Sesuai letak kat penjuru dinding atau tempat-tempat yang ala-ala saya letak ni, iaitu bunga menghadap kepada kita.


Aper-aper jerlah, suka ati korang la nak letak mana. Pening aku nak explain hahhahah!


Cantik kan?
Ehhhh, terpuji diri lagi plak. hahahhahah!



Next:
Gubahan bunga kedua...kombinasi roses & bunga kecik!

4 comments:

Norazura Mohd Rahim said...

Salam mn beli bunga lili artifical yg seakan fresh flower

Rahayu Abdul Rashid said...

salam zura. tq singgah. ayu pun dah lupa beli kat mana sbb lama sgt dah bunga ni...in fact dah buang pun hehhe.

kat Romantika ada jual jugak. cubalah.

Rahayu Abdul Rashid said...
This comment has been removed by the author.
fazliana said...

suka sgt tengok bunga lily..pandai gubah,,good job dear