Tuesday, May 15, 2012

DIY Part 1: Make-Over Bunga

Salam My Dear Beautiful Readers!

Kat rumah korang, ada tak gubahan bunga kain/plastik yang mungkin dah:
- Bertahun beli tapi tak pernah dicuci
- Dah bertahun bergubah dengan bentuk yang sama
- Dah lari 'alignment' gubahan dek dikerjakan anak atau kena angin

Keadaan ini memang akan buatkan kita rasa bosan, rasa bunga tu dah takder seri... dan inilah adalah alasan terbaik untuk beli bunga baru!

No... No... No
Jangan buang uols, sebab bunga tu mesti masih boleh diselamatkan.
Just dengan sedikit usaha semudah ABC, kita dah boleh berikan 'wajah baru' untuk bunga kita.
Tanpa mengeluarkan belanja pun!

Ok... saya sangat rajin nak share ngan korang yang menghadapi dilema ini.


Ini bunga kat rumah saya iaitu campuran:
* Bunga Lily 
* Bunga Rose
* Bunga halus tatau nama 
*Daun-dauns sekalian

Saya suka bunga color natural: putih, cream & sedikit pinky

Gubahan saya buat sendiri, lama dah dekat setengah tahun. sebab tu dah berhabuk, dah lari alignment dan of course saya sudah bosan dengan gubahan yang sama!


Step 1
Keluarkan bunga-bunga sekalian itu. Kita cuci dulu bersih-bersih.
Saya brutal, terus masukkan dalam air + sabun. Terus basuh.
*kalu bunga kat rumah mak saya, saya siap rendam ngan clorox hahahahha! biasalah, kat kampung kan kuat berhabuk! senang kejer i :-D



Step 2
Dah cuci-jemur-kering
Jangan tak caya, bunga-bunga akan nampak macam baru semula.
Kalau nak senang, asingkan bunga ikut 'spesisnya'. Senang nak amik masa menggubah nanti.
Step 3
eh, dah siap. dari 1 pasu, dapat 2 pasu!


Nanti saya tunjuk camner cara nak gubah kedua-dua pasu ni. sajer nak 'show-off' dulu hasil i tangan i ni... hehe poyo!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...