Tuesday, June 19, 2012

Kalau Berbudi kepada Tanah... *Menyeksa Pokok Adalaaaaa!


Sabtu lepas ada appoinment kat Tangkak. Plan asal nak terus ke Melaka, tapi dah alang-alang kat Tangkak kami decide balik Keratong. 


Esoknya tu, pukul 10.30am dah gerak ke Melaka. Sebab papa dania kena kerja pukul 2pm kat Bukit Rambai. 


Sebelum balik, sempat la mintak pokok ati-ati ngan mak mertua. Actually dah ada yang mak semai untuk saya, tapi macam mana nak bawak naik bas nanti dari Melaka - Shah Alam. So, saya patahkan 2 dahan pokok tu.


Banyak lagi yang jenis cantik-cantik... tapi untuk permulaan, saya amik yang ni dulu. *menantu hantu, anak dia sendiri pun tak amik hahahhhah! Dah suka pokok kan, nak buat macam mana!


Pagi ni, lepas hantar dania... terus mulakan projek semai pokok ati-ati & keluarkan pokok duit-duit yang dah nak mati dikerjakan kucing! Ada jugak anak-anak kucing ngan mak dia sekali kene sembelih ngan aku nie. Lenyek pokok-pokok bunga saya dikerjakan. Huhuhuhu! 

Cantik tak uols! Amik bukan main banyak... motif? supaya tanam cepat rimbun! hahhahahahhah! tak suka la tunggu-tunggu besor ni... lambat!


Pokok duit-duit yang dah nyawa-nyawa ikan. Dah la tanahnya dah keras, jarang bersiram. Baja jauh sekali.... pastu  pakej dilenyek kucing pulak. Memang syahdu! 


Proses Transformasi hehehe. Sib baik ada lagi tanah yang ambil dari kampung dulu. Tukar tanah terus untuk pokok ati-ati. Pokok duit-duit tu cabut terus ngan tanah-tanahnya sekali. Nanti masuk pasu lain.

Dah siap! Cantik kan? Dah macam gubahan bunga hidup dah, merimbun bukan main lagi hahahha! Sebab tu kena amik banyak, baru cun!


Pokok duit-duit tu, transfer kat pasu plastik ni. Siap potong-potong buang dahan tak elok & mana yang elok, cucuk balik. *erkkkk, boleh tumbuh akar ke dahan dipotong tu ek? Belasahhhhhhh jer lah, kesian pulak nak buang hidup-hidup macam tu. kalau ada umur dia, hidupla dok?

sekian, sesi Mari Bercucuk-Tanam bersama Puan Ayu... dengan ucapan: semoga hidup suburlah pokok, boleh buat hiasan raya nanti :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...