Wednesday, September 26, 2012

DIY Gubahan Bunga: Bunga Seindah Sakura


Ini bunga beli kat Romantika jugak.
Murah sangat. RM3 setangkai jer! Tapi sangat cantik (pada pandangan mata i la)

So mari mari... kita share apa yang jadik!

Bunga jer baru, pasu yang sediada yang petak kaler putih. *i memang suka pasu kaler putih*


Mari kita sumbat-sumbat sajer, sebab tak payah pakai span yer.


Dah siap. Senang giler bunga kecik dan halus-halus ni... sebab ia akan nampak kembang menggebu gitu!


View dari atas untuk 'menyemak' keseimbangan gubahan... sebab ni gubahan untuk meja kopi... so pandangan sudut 4 penjuru mesti sama. Takleh kosong-kosong-kosong macam Najwa Latif dok kata tu LoL
*
*
*
*
*
*
Taraaaaa

Inilah bunga raya kat rumah i. Murah tapi cantik.

Nak gubahan bunga lagi? Ewah... letih i tau asyik beli bunga-gubah bunga ni... hehehe! But just loves to do it and share it with uols yang sesamer ada minat yang sama!

Jumpa lagi...

DIY Gubahan Bunga: Pasu Tinggi + Roses


Kalau sebelum ni gubahan pasu sama + bunga pegang
Ni kita tukar pulak penampilan pasu ni dengan bunga ros yang baru beli kat Romantika.

Saksikanlah....

murah jer bunga ni. RM5 setangkai. Disebabkan murah, kali ni i bayar pakai duit sendiri. Tapi kira-kira semua tu lebih dari RM50 jugak!


pasu bintik-bintik polka dot itu!


Gubahan saya selalunya tak pakai span yer. Since pasu ni tinggi, tangkai bunga tak jejak sampai tapak pasu. So, saya sumbat sikit newspaper supaya kedudukan bunga pun agak stabil.
Kasik close-up bunganya dulu... ewah!


Dah selesai. Simple jer!
Actually nak beli bunga orkid. Tapi bunga orkid kat Romantika tu tak berapa berkenan kat mata. Tak sepadan ngan harga. Bunga rose ni ok la, murah tapi cantik.

*
*
*

Sekali... dah sama kaler ngan bunga seindah sakura ni dah! sedondon gitew!
 
Jumpa lagi dalam gubahan bunga seterusnya 
jika ada la kan, takkan keje aku nak beli bunga jer, mau jadik sarang nyamuk karang!


Bold & Stylish; 
Eric Leong Ayu Rashid

DIY Gubahan Bunga: Pasu Tinggi + Bunga Pegang


Pasu yang sama, kita boleh ubah penampilan dengan menukarkan bunga sahaja.
Semudah A-B-C


Ni pasu saya beli kat nursery di JB. Harga RM60 sahaja!
Murah tapi sangat cantik!
Lagi cantik sebab suami bayarkan! hehehe


Bintik-bintik, kata musim polka dot kan?
*
*
*
Ni contoh gubahan DIY dengan bunga sediada kat rumah jer. 
Sebelum mengajak si suami membeli bunga lagi.
Kita carik bunga apa yang ada kat rumah sekarang untuk digunapakai.


Jumpa akhirnya!


bunga pegang masa  i kawen 7 tahun lepas!
Masih elok lagi, cuma berhabuk jer la kan hahahaha.
*ini kalau kasik orang pinjam mesti dah arwah macam kasut kawen i  sepasang tu sobbb sobbbb, walaupun harga tak seberapa... kenangan tu.


cara senang senang jer... just campak letak jer bunga pegang tu dalam pasu!
Dramatik tak juntaian riben tu? Cantik uols... simple but very nice!


Tetiber mamat ni pulak nak datang petik-petik bunga i tau!


Lepas ni kita share pulak DIY Gubahan pasu ni dengan bunga Roses yang baru beli kat Romantika.

Saturday, September 8, 2012

DIY Gubahan Bunga: Bunga & Ranting Kayu


Ni bunga asal dari rumah saya. 
Dah rasa boring. Beli kat Romantika PAS sajork. Murah tapi cantik.

Saya bawak balik umah mak saya masa nak raya hari tu. 



Inilah bunganya... tak bawak balik pasu ni.. tapi pasu bulat yang saya letakkan bunga Orkid purple dalam previous entry.

Ni yang saya 'transform' kan bunga tu... hehehehe. Tak perlu keluarkan modal ok! Idea dan kreativiti sahaja. Juga sedikit bantuan kerahan tenaga dari adik saya (ayah su dania-hariz).

Bahan-bahan:
(1) tempayan lama mak punya.
Color asal ialah hitam. Adik saya cat balik kaler coklat.

(2) Ranting pokok kemunting.
Carik sajer dibelakang-belakang rumah. Tak payah kuar duit beli ranting  kat kedai bunga.  Bukan lawa mana pun, balik-balik bentuk sama. bosan. Ini ranting kemunting hah amik ko... berselirat-berbelit sana sini. hahahhaha.

(3) Bunga putih itu kalau ada bunga ala-ala orkid lagi lawa ni. nanti balik raya aji i beli hehehe.

The ranting flowers! nampak eksotik kan? tak perlu cat pun ranting tu supaya nampak lebih natural. Kalu  i suruh adik i cat, mau dia mengamuk hahahha. sebab ranting tu dah la banyak, halus bebenor!


*bahaya ni kalau kat rumah i di Shah Alam. takut tercucuk mata hariz hehehe.
Gubahan seterusnya? nanti i carik gambar-gambar bunga jika ada... LOL

DIY Gubahan Bunga: Bunga Rose tak Kembang-kembang

Ni lagi satu bunga dan gubahan yang saya kasi kat mak mertua bulan puasa hari tu. Kesian tengok bunga kat umah beliau. Fesyen lama sangat dah LOL.

Ni bunga purple & pasu putih saya beli kat Romantika PAS. 
Cantikkan walaupun bunga tu murah jer. Pasu tu agak mahal la jugak. Nice sebab pasu tu color putih dan ada bunga lavender color purple. So sesuai match kan ngan bunga rose color purple itew.


*masuk Romantika kalau 4 jam pun tak sedar ok*

Bahan-bahannya...


Cucuk sana-cucuk sini... dah siap! senang sajork!


p/s: Nantikan gubahan seterusnya... mood raya kan!

DIY Gubahan Bunga: Bunga Orkid Comel-comel

Sempena raya puasa lepas, saya belikan mak & mak mertua saya bunga orkid comel-comel. 

Beli kat kedai bunga di jer Muadzam. Tak sempat nak bercanda kat Romantika di Plaza Alam Sentral. Tak kwase nak ngejar hariz dalam Romantika yang besar tu.

Untuk mak mertua color pink. Untuk mak saya color purple. Both sangat comel. 



Kat rumah mak saya
 Orkid purple tu dalam pasu putih atas meja bulat kat tepi sofa. Can u spot it?
Takder gambor dekat pulak ek.

Bunga ni saya just letak dalam pasu bulat yang saya bawak balik dari umah saya. Dah puas pandang kat umah saya, so bawak balik umah mak pulak (alasan kukuh nak beli yang lain lalalalla)



Kat rumah mak mertua
Rumah mak mertua punya lagi cantik colornya. Soft jer berbanding purple. Saya  beli bakul sekali. Mulanya gubah pakai span, tapi jadi tak cantik sebab bunga jadi macam tak cukup. So, saya bukak balik span tu dan just letak-letak jer terus dalam bakul. Nice!
*ni picture masa bulan puasa. Kena letak dalam bilik adik ipar dulu sebab hariz buat main! Tak sempat nak beraya karang bunga ni dikerjakan hariz!



See, memang betul kan. Cucu bertuah! Ni masa kami balik beraya ke Keratong pulak lepas besut. Raya ke-5 . Hariz amik bunga tu dari meja kopi kat ruang tamu. Dia bawak keluar kat beranda tunjuk kat papa dia. hahahaha. Siap lari-lari tu. Geram tengok! Apa dia berangan dia flower boy yang tak berbaju!

Tips Gubahan Bunga: Tangkai
Jika tangkai/batang bunga tu panjang... jangan rasa kedekut/sayang nak pendekkan. Tak perlu potong. Cukup sekadar bengkokkan sahaja. 

Sebab bila rasa nak ubah semula gubahan, mungkin perlukan batang/tangkai panjang pulak. So, just betulkan balik bengkokan batang tersebut supaya kembali ke asal. Jika kita potong, dah kene sambung ngan dawai.


Nanti i share lagi gubahan bunga seterusnya walaupun ntah-apo-apo-jer-pun-gubahannya. hahhaha!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...