Saturday, September 8, 2012

DIY Gubahan Bunga: Bunga Orkid Comel-comel

Sempena raya puasa lepas, saya belikan mak & mak mertua saya bunga orkid comel-comel. 

Beli kat kedai bunga di jer Muadzam. Tak sempat nak bercanda kat Romantika di Plaza Alam Sentral. Tak kwase nak ngejar hariz dalam Romantika yang besar tu.

Untuk mak mertua color pink. Untuk mak saya color purple. Both sangat comel. 



Kat rumah mak saya
 Orkid purple tu dalam pasu putih atas meja bulat kat tepi sofa. Can u spot it?
Takder gambor dekat pulak ek.

Bunga ni saya just letak dalam pasu bulat yang saya bawak balik dari umah saya. Dah puas pandang kat umah saya, so bawak balik umah mak pulak (alasan kukuh nak beli yang lain lalalalla)



Kat rumah mak mertua
Rumah mak mertua punya lagi cantik colornya. Soft jer berbanding purple. Saya  beli bakul sekali. Mulanya gubah pakai span, tapi jadi tak cantik sebab bunga jadi macam tak cukup. So, saya bukak balik span tu dan just letak-letak jer terus dalam bakul. Nice!
*ni picture masa bulan puasa. Kena letak dalam bilik adik ipar dulu sebab hariz buat main! Tak sempat nak beraya karang bunga ni dikerjakan hariz!



See, memang betul kan. Cucu bertuah! Ni masa kami balik beraya ke Keratong pulak lepas besut. Raya ke-5 . Hariz amik bunga tu dari meja kopi kat ruang tamu. Dia bawak keluar kat beranda tunjuk kat papa dia. hahahaha. Siap lari-lari tu. Geram tengok! Apa dia berangan dia flower boy yang tak berbaju!

Tips Gubahan Bunga: Tangkai
Jika tangkai/batang bunga tu panjang... jangan rasa kedekut/sayang nak pendekkan. Tak perlu potong. Cukup sekadar bengkokkan sahaja. 

Sebab bila rasa nak ubah semula gubahan, mungkin perlukan batang/tangkai panjang pulak. So, just betulkan balik bengkokan batang tersebut supaya kembali ke asal. Jika kita potong, dah kene sambung ngan dawai.


Nanti i share lagi gubahan bunga seterusnya walaupun ntah-apo-apo-jer-pun-gubahannya. hahhaha!

3 comments:

Anonymous said...

peminat orkid gak...
dari aini florist di facebook

Anonymous said...

aini florist

Ayu Rashid said...

Saya suka segala jenis bunga. Termasuk bunga taik ayam. Cantik ooooo. Hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...