Wednesday, December 4, 2013

SOHO| Impianku -vs- Apa yang Ku adoooo Sekarang :P

As Salam.

SOHO ni memang dari dulu lagi dah jadi impian ayu.
Berangannnnn sangat nak ada bilik khas untuk bekerja dan berinternet.
Tapi buat masa sekarang, masih belum tercapai impian.
In shaa Allah, soon mesti dapat.

Maka, marilah berangan bersama-sama Ayu Rashid :P

Ayu nak jenis yang simple macam ni jer.
Ayu tak suka banyak barang, tak suka messy-messy ni.
Kalau boleh semua barang letak kat dalam drawer atau almari bertutup.
Cukup mana perlu jer nampak kat mata secara direct.
Wah! Selera kan main besar. 

Ini kalau bertapa pun i rela!

Nanti anak dah besar sikit, boleh sesamer buat kerja dan belajar dalam ruang ni. Oh! Indahnya berangan :P
*
*
*
TAPI...
Buat masa sekarang. ini jer la yang makcik mampu!
*
*
*

Ber-SOHO kat ruang tamu, sebelah TV dan paling takleh blah, depan dan sebelah pintu bilik air.
Ko mampu buat SOHO macam i? hehhehe
Takper janji adooooo. 

Meja belajar dari zaman MMU lagi ni. Beli kat kedai perabot kat Bukit Beruang. Tahun 2002 kot. 

Banyak jasa meja ni. 
Selain guna untuk masa belajar, guna untuk masa dah kerja sampailah sekarang.

Paling berjasa: nizam guna buat panjat mengecat rumah Semenyih ni. 
Pastu masa nak turun meja ni tersenget so gedebukkkk nizam jatuh macam nangka besar jatuh! Hahahahaa. Kenangan mengecat rumah!

Drawer pun dah senget dan pecah sebab masa rumah Seksyen 7 kena pecah masuk dulu si malaun tarbus pemecah masuk rumah tu pecahkan drawer ni. 

Tapi bagus gak dia pecahkan, sebab i pun tatau mana campak kunci drawer ni. Pandai sangat, kunci drawer... pastu kunci campak ntah-ke-mana-mana!

Nampak tak, kan dekat ngan dapur jugak tu. Kalau lapar-dahaga... beberapa langkah jer dah boleh makan!
Kalau nak tengok TV pun, jenguk jer ke kanan... dah boleh tengok TV... hehhee.

Pastu kat belakang ni, ayu letak sofa. Selalunya nizam suka landing kat sofa.
Hariz pulak main atau tengok TV dekat depan area TV tu. 
So, semua 'kemudahan' ada kat living hall ni. 

Bila hariz nak pegang tangan tak boleh sebab mama duduk buat kerja kat sini kan...
So, dia kan duduk atas lantai kat tepi kerusi (belah kanan) dan dia ayu akan hulur kaki kanan.
Dapat la dia pegang KAKI supaya dapat lepaskan gian huuhuhu.
Ni la namanya tak dapat tangan, kaki pun jadiiiiiii.
("Tak dapat tanduk, gading pun berguna" punya konsep!)

Kalau orang tak tengok memang susah nak caya betapa hariz sampai macam tu sekali.
Nanti kena kat batang hidung sendiri, baru tau betapa mencabarnya nak jadi WAHM ni.
Sebab tu laaaa... ayu tak buat SOHO kat dalam bilik.
Walaupun bilik kat atas memang boleh sangat setup SOHO cantik-cantik.
Tapi confirm sekadar hiasan jer. Jangankan nak buat kerja kat situ.
Naik atas pakai baju pun hariz kat bawah dah melalak-lalak even papa dia ada pun!

Maka, bersyukurlah ada SOHO di depan bilik air ini.
Lagi pun bukan manjang benor dok buat kerja kat sini kan.
Ayu selalunya guna labtop untuk update blog dan edit gambar.
Kalau setakat update status pasal Business ayu selalu guna HP @ Tab jer.
Boleh sambil golek-golek atau masak. 

My current Online Businees. Semoga dipermudahkan. Amin.

My feveret flowers! 

In shaa Allah.
Bila hariz dah makin besar... dah makin bijak.... dah tak manja macam sekarang.
Ayu plan nak setup jugak SOHO yang lebih proper.
Nanti dalam tu jugak dania dan hariz boleh menempel sama.

Nak wujudkan suasana pembelajaran untuk anak-anak paling penting.
Kalau bilik kat tingkat bawah senang.
Ni tingkat atas yang jadi constraints. 
Malas nak turun naik pun satu hal hehhehe.
Lagi pun, bila dok kat atas rasa tak berapa syok sebab takleh tengok kat depan rumah.
Rasa takut pon ada... huhuhuhu.
Caner tu?

Sebab tu la, nak sangat buat rumah sendiri atas tanah.
Rumah setingkat dan of course kat kampung.
Taknak dok bandar, tak suka.

Oh! Bab rumah idaman ni kena buat Entry Khas! Hahhaha.
Berangan tak kena bayar. Silalah berangan.

Ok, jumpa lagi...
Bersiaran langsung dari my SOHO (lahhh sangatttttt!)


P/S: Boleh beli ESP Shaklee pada harga ISTIMEWA. 

Tuesday, December 3, 2013

Undercot Semula Cat Dinding Feature Wall

As Salam.

Baca Entry ni dulu baru senang faham masalah negara yang kami alami dengan warna cat kat Feature Wall Living Hall kami ni:  Living Hall


Mula-mula nak tayang version masa baru cat dulu (on September 2013. 

Masa ni sukanyaaaa iols tengok cat ni cantik berseri macam kat nurseri!
Tapi kini tidak lagi... vuruks sungguh. Sakit mata nengok!




Sudahnya, Ahad lepas baru nizam sempat dan rajin mengecat semula dinding ni.
Itu pun setelah puas dan penat aku muncung mulut menyentap ngan dia hahhaa.

Mogok taknak masak kang... aku jugak lapar kan?
Dah la sekarang kuat mencekik. Nafsu apekah ini!

Beli cat putih undercot ni dah berbulan-bulan dah.
Siap boleh buat cat bilik Ketiga yang kaler Putih + Coklat tu lagi.
Punyalah lama kan... baru nak cat.

Dah semak mata i tengok dinding cacat macam ni.
Ini musim hujan... lagi la dahsyat tahap putih-putih bercapuk tu.

Beginilah keadaannya... dalam proses perabih duit dan tenaga lagi sekali. Hampesss betul dinding ni. 

Oh yer, lepas ni nak tukar kaler lain. Padahal ada lagi setin cat kaler ni sebab nizam beli 2L. Nasib baik nizam pasrah jer. Kalau tak pasrah pun, aku tetap menang kalau bab hias rumah ni.

Dah kata aku ni 24/7 dok rumah. Kenalah semua berkenan kat mata aku kan.
*alasan-sentiasa-logik* eh, lama tak dengar perkataan ni hahah!

Layered Pertama. Nizam buat 3 layered semuanya. Mentang-mentang cat banyak hehehhe.
Since cat kaler baru belum sempat nak pergi beli, dan nizam pun kerja... 
aku hadap jer la cat dinding macam ni dulu. 

TAPI... cantik pulak cat kaler putih. 
Rasa lapang dan suci murni jer rumah. 
Rumah ni kat tingkat bawah memang gelap sangat.
Tu aku sedap membuta sebab gelap + sejuk!


Langsir eyelet pun belum pasang lagi.
Drill nizam dah pinjam dari kawan kerja dia. Tapi menebuknya tidak lagi.


Kitorang decide nak beli railing kayu baru jer untuk sliding ni. 

Sebab malas nak pening-pening carik balik skru dan besi cangkuk yang aku letak tatau kat mana.

Boleh? Padahal mahal jugak railing ni.
Tapi dah dia kata nak beli baru... aku pasrah jer. Taat katanya hahahhha!

Sesambil tu, nak tunjuk sekali....
Meja bulat dan bunga dari bilik dania i dah bawak turun ke bawah.
Sebab rasa kosong sangat kat bawah ni.
Nak menyapu pun senang sangat... kasik cabaran sikit hahaaaa.
Cabaran kumpul habuk dan rambut atas lantai!


Sementara jer ni. Bila rasa serabut angkut ke lain pulak.
Tu jer la kerja aku kat umah ni... tapi takpe tak susahkan nizam.
Selagi boleh angkat-tarik-tolak semua buat sendiri.
Tu perabot aku semua nak jahanam tu :P

Bunga comel-comel. Sila pergi kat Romantika Shah Alam. 
Cantik-murah semuanya. Tinggal nak rambang mata jer memilih. 

Ermmmm... tatau la bila nak siap cat dinding ni.
So, berbahagialah kami dengan cat putih undercot ini buat masa sekarang.

*Dah musim banjir... baru plan nak balik Besut minggu depan.  

Jumpa Lagi!

Thursday, November 28, 2013

DAPUR| AFTER yang Dah Sedap Mata I Memandang



Setelah berpeluh-berhempas-berpulas almost 5 hours semalam... akhirnya berjaya jugak.

Tapi banyak lagi tak berkenan kat mata. Banyak lagi benda nak kena beli dan buat supaya lebih kemas dan organized. 

Alas meja tu rasa nak tukar lain jer. Tak pun memang nak kena potong sikit. Labuh bebenor. Gunting tatau mana campak huhuuu!

Dapur yang biasa-biasa jer. Tapi bila dah kemas ni, rasa semangat nak masak dan makan! Hehehe macam la selama ni tak selera makan puuiiiiiii! 

View dari pintu masuk dan ruang tamu. Oh! Saya orang kampung. Suka tikar buluh. Selesa nak pijak!

Alas meja ni buat spoiled pulak! 

Oh! Rasa macam suasana dalam bilik jer. Tinggal nak ganti meja makan tu dengan katil jer :P

Bunga Pegang masa kawen. Ni dah jadi almari solek dah. 

Atas meja makan. Simple jer. Tak suka byk barang. 
Boleh isi buku dalam ni. Bila nak rajin tatau la. 

Bekas mainan hariz (tudung hijau tu).
Tong sampah atas tu tak pernah guna. Beli tapi tak check dulu. Sekali tengok patah kat pemegang penutup. Ruginya! Sudahnya ayu buat isi sabu basuh, softlan dan pewangi mop lantai.

Tong sampah. Ni jer la tempat sesuai nak letak. 

2 kotak kat atas almari ni sementara jer. Yang dalam plastik hitam tu makanan kucing. Since Kabu dah mati dan Melur kat Keratong, simpan jer dulu. Ikut hati i buang jer. Hahahaa. Memang carik pasal ngan laki laaa kalau buang. 

Tong gas menyesakkan mata. Dah beli wayar panjang tapi belum pasang lagi. Bila ntah nizam nak sumbat masuk dalam KC. Nak bergerak pun susah time masak. 


Kat dinding ada tingkap kecik tu rasa nak gantung lukisan jer. Tak sesuai nampak tingkap kat situ. Mintak-mintak jadi gi Nilai 3 Sabtu ni hehehe. 


Barang mekap dan bedak segala letak dalam 1st drawer. Sebab taknak nampak serabut, ayu masukkan dalam kotak kasut dania-hariz. Mati laaaa kalau budak2 tu tengok. Hahahahaha. 

Maka, selesai sudah misi mengemas dapur. Tapi tatau la berapa lama boleh bertahan kemasnya. Nak kene maintain baru tak penat mengemas lagi.


P/S:
Promosi Vivix akan TAMAT ESOK (JUMAAT). Dapatkan pada harga yang sangat jimat!

Wednesday, November 27, 2013

DAPUR| BEFORE: Ini Bukan Make Over tapi Disaster!

Ayu pun tak faham. Dah mati semua kutu dah. Apsal la Hariz makin besar makin nak berkepit ngan mama dia. 

Sampaikan Ayu naik tingkat atas ambik/hantar barang pun melalak-lalak! Seksa sangat sebab almari baju semua kat bilik atas!

Dah la memang malas nak naik. Naik pun sekadar buat lintas-langsung. Itu yang baju dah lipat pun berlonggok atas tangga. Nak pakai kira amik kat tangga tu jer. Pemalas tahap dewa punya!


So, since sehari dua ni mood agak swing... so the best theraphy is shopping kemas rumah! 

So, ayu decide nak bawak turun drawer baju budak-budak dan letak kat dapur! Lantaklah apa nak jadi. Bau kari ke - bau asap ke... tu belakang kira. Janji senang kerja i. 


Oh! Terkejut kan... tengok dapur iols ni! 

Actually takder la teruk macam ni (walaupun agak bersepah hahaha!). Ayu dah kuarkan pakaian dari drawer tu dan longgok atas meja makan. 

Lepas tu, kat dapur ni memang sejak pindah tak bebetul fokus berkemas or deko lagi. Sebab masih ada barang dalam kotak yang kami sumbat jer dalam KC dan almari. 

Entah bila tahun laaaa nak unpack dan kemas elok-elok. Nasib baik pinggan mangkuk ciputtt jer. Ini pun nak beli rak untuk susun pinggan-mangkuk-cawan yang guna hari-hari. 

So... let me share, betapa disaster-nya keadaan dapur rumah nizam kami masa dalam proses mengemas pakaian budak-budak.

Oh yer, gigih iols angkut drawer tu seseorang. Tapi keluarkan laaaa semua part isi kain tu. Habis calar balar huhuu. 

Dapur rumah ni luas sangat! Kalau rumah sendiri i dah buat bilik kecik satu. Buat apa dapur besar-besar kalau malas masak :P

Inilah drawer tersebut. Untuk baju budak-budak ayu nak isi dalam Toyogo biru. Drawer tu utk brg mekap dan bedak budak segala. Berdandan pun di dapur. Ko mampu semalas ini naik tingkat atas? 

Ruang dekat ngan washing machine. Berserabut dengan mainan hariz-dania

Keluarkan untuk dikemas semula. 


Bila la dapat tukar Blind buruk tu. Sakit mata nengok.

Alhamdulillah... berjaya dikemaskan walaupun malasnyaaaa nak lipat dan susun baju. Lipat baju budak ayu tak suka. Sebab kecik, renyah nak susun pulak tu.

Ok, next entry ayu share dapur yang dah siap kemas. Terus rasa nak tidur kat dapur jer hahahaha.

Jumpa lagi!

Monday, November 25, 2013

Resepi Rojak Betik


As Salam. 
Semenjak beberapa menjak ni rajin pulak nak masak atau cuba masakan baru.
Pelik disitew hahahaha.

Siap request nak beli oven daripada nizam.
Ni tak lain tak bukan sebab dok blog-hoping dan layan fb + IG laaa kan.
Suka jamu mata pastu telan air liur tengok makanan dan masakan orang.
Nak buat tak reti, pastu google then hafal resepi.
Hafal resipi... ngkoo mampuuuuuu? hahhahaha.

Ok... tadi petang baru sampai dari Keratong.
Abah kasik betik tengah mengkal sebijik. 

Sampai jer rumah terus semangat masuk dapur nak buat Rojak Betik.
Sebenarnya nak buat semalam lagi kat Keratong.
Tapi kat kedai takder pulak Ikan Sardin aka Ikan Selayang.
Then buat kat rumah sendiri jer, lagipun cobaannn kali pertama elok sendiri makan dulu.
Kalau dah lulus, baru leh kasik orang lain makan.

Actually ayu memang suka sangat rojak betik ni.
Tapi tak reti nak buat sebab makan yang dah siap nak hadap!
Dasar pemalas masak memang macam tu.

Kakak dan abang ayu yang rajin buat Rojak Betik. 
Kalau ada betik mengkal, kalau tak mencolek... rojak la kami kerjakan.
Sedap ok!

Masa abang ayu datang rumah Ayu 2 bulan lepas ayu belajar dengan dia.
Tengok dia buat macam mana... laaaaa, senang jer rupanya. Ececececee.
Tapi lepas 2 bulan baru nak cuba buat. Sebab rasa nakkkk sangat makan.
Rasa macam mengidam pun adoooo... terasa-rasa kat tekak. LOL

Alhamdulillah... cobaaann pertam ni menjadi.
Ayu makan sesorang jer, sebab Nizam dan anak-anak tak makan.
Next time buat boleh lah kasik kakak dan adik ipar merasa.
Tapi tatau la tekak orang luar ni boleh terima ke tak.
Sebab ni makanan orang Kelantan dan Tganu kot

Tapi sedap ok.
Sebab Rojak Betik ni ala-ala jeruk jugak. 
Kalau orang suka asam memang sesuai laa.. Meleleh uols!

Ok... ni cara membuat dan resepinya.


- Buah betik mengkal ----- Buang kulit dan sagat/parut

Betik yang telah di parut. Tak pernah-pernah aku memarut betik. Semalam beli pemarut kat kedai RM2 hahaha.


Untuk Kuah Rojak:

Bahan-bahan:
- Ikan sardin 3 ekor ------ Rebus dan buang tulang - blender
- Cili kering ----- Blender
- Belacan
- Asam Jawa
- Gula melaka
- Cuka
- Gula
- Air


Cara-cara:
- Boleh masukkan semua bahan-bahan di atas SERENTAK.  
- Kuahnya akan jadi seperti dalam gambar di atas.
- Lebih banyak ikan, maka kuah akan lebih pekat.
- Masak lebih kurang 20min - setengah jam. Kalau nak pekatkan, lamalah sikit kasik mendidih.

*Jangan pekat sangat kuah, nanti muak dan hanyir sangat.

* Boleh juga perah limau nipis/limau kasturi masa nak makan jika tak tahan bau ikan.

* Sila agak sendiri banyak mana bahan nak dimasukkan. Bergantung pada banyak mana kuah dan buah betik yang nak dibuat. Macam ayu buat ni dalam setengah periuk kecik untuk sebelah buah betik. 

* Masa masak tu, boleh sentiasa rasa kuah rojak tu ok ke tak... kalau nak lagi sedap kasik lebih pedas dan masam-masam. 

Nak lagi sedap, letakkan betik diparut dan kuah dalam fridge. Letak asing-asing, jangan campur ok. Nak makan baru masukkan kuah dan betik dalam mangkuk macam gambar ayu tunjuk kat atas.

Selamat Mencuba. Memang sedap! Boleh buat untuk makan petang atau jamuan jugak.

Jumpa lagi dalam ruangan Dapur Ayu Rashid... hahahahhaha geli aku menaipnya!

Love;
Ayu Rashid


Thursday, November 21, 2013

DIY Gubahan Bunga| Bunga Bulat + Rose

As Salam.

Lama tak share DIY Gubahan Bunga.
Dah habes musim nak menggubah bunga. 
Tapi masih banyak gambar DIY yang ayu tak share lagi.
Simpan dalam folder pictures jer. Will share one by one soon.

Ni DIY gubahan bunga bulat-bulat + bunga ros.
Minggu lepas baru ayu tau, nama bunga bulat ni ialah Bunga Zubaidah.
Lol... selama ni dok panggil bunga Bulat-bulat jer hehehe.
Padahal bukan main lawa namanya. 
Tengok kat google pokok Zubaidah hidup.
Subhanallah cantiknya. Ia kembang selama 3 bulan!
Puas hati kalau tanam kan... 3 bulan berbunga tuuuuu.

Tapi untuk yang tak rajin sangat ni, kita beli jer la bunga kain/plastik.
Kembang sepanjang zaman! Hehehhe.

Gubahan ayu buat simple jer.
Masa ni bunga ni baru beli dari Nilai 3 2 bulan lepas.
Balik tu, malas nak gubah lagi. 
Terus sumbat masuk dalam pasu tinggi yang dah sediada bunga ros.
Boleh la sementara tunggu ada masa dan kerajinan menggubah.
Tapi dalam beberapa minggu lepas tu ayu gubah dalam pasu putih.
Will share later, kita tengok yang ni dulu.

Ya! Bunga Zubaidah namanya. Sila google korang. Cantik-cantik. Ayu dah beli yang kain macam ni kaler putih dan pink. Nak beli kaler biru tapi belum ada kesempatan nak merayap... sobbb... sobbbb.

Bunga rose sediada yang beli kat Romantika PAS masa stay kat Seksyen 7. 

Sumbat jer hahahaha. Ni DIY malas tahap gaban punya.

Simple jer. Letak kat tangga.


Jumpa lagi.

P/S: Dapatkan produk Shaklee pada harga Istimewa.
Contact me for further details.

Ayu Rashid
013 - 255 0727

Tuesday, November 19, 2013

Hias Laman| Pokok Tanam Semula Dah Bertunas!

Entry penuh keterujaan!
Ingat lagi tak entry ayu potong dan tanam semula batang pokok yang dah nak mati?

So, semalam tengok dah bertunas dengan suburnya.
Alhamdulillah, sejuk tangan i.

Tengok kat batang tu, dah bertunas.
Pokok money plant tu sengaja tanam untuk tutup tanah sebab pokok ni batang tinggi dan daun kat bahagian atas jer.

Zoom in!

Ni yang bahagian batang yang dipotong dan dicucuk dalam tanah. Jugak dah keluar pucuk baru. Maka confirm dah berakar kan?


View pokok-pokok ayu setakat 18/11/2013
* Semua pokok dah letak kat luar pagar. Sebab bawah beranda tak kena cahaya langsung.


Gebu macam tuannya

Dah makin besar, makin lawalah laman i :P


Hias Laman| Pokok Bunga Baru Beli dan Ambil dari Besut

Ni gambar dan kejadian pada 29/10/2013 lagi. 
Tapi baru nak share kat blog.
Punyalah lama peram. Sebab malas hehehe.
Tapi since petang tadi ayu 'kemaskini' pokok-pokok ni, kenalah update.
Sebab nak share pokok-pokok ni dah membesar dan nak mati pun ado!

Ayu beli 3 lagi pokok dan 2 bijik pasu bulan lepas tu.
Then, tambah lagi 2 jenis pokok ambik dari Besut.
So, ada pokok baru kasik laman lebih meriah.

Since nizam dah balik balik WKS kat rumah beranda dah sempit.
Ada 2 buah kereta terus sendat huhuhu.
Punah harapan nak letak buai atau kerusi-meja kat beranda ni.
Ada sesaper nak beli kereta Wira Aeroback tak hahahaha.
Nak jual semata nak luaskan beranda. Ada kena lempang ngan nizam ahaks!

Silalah layan mata dengan pokok-pokok di laman ku. 

Yang dibeli... borong katanya. heheehe.


Tukar pasu

Beli yang dah besar terus!



Tak suka sangat pokok ni. Tapi beli jugak sebab Abang Man nursery cakap mudah jaga. Sesuaiii!


Ni pokok sama jenis dengan yang dah beli sebelum ni. Yang ayu potong dan tanam semula sebab daun tinggal beberapa helai jer lagi tuuuuuuuuuuuu.
*Tapi dah tumbuh tunas baru tau! Next entry will share!


Ni pulak 2 pokok yang ambil dari Besut. 


Dalam previous entry dalam bulan June tak silap... ayu ada buat entry ayu potong dan tanam semula pokok ni. Dah besar pun. Boleh tahan sejuk tangan aku ni hehehehe. 


Suka sangat pokok ni. Tapi sebab lama sangat bawak balik Semenyih tapi tak tanam-tanam... dah layu camni. So ayu potong semua daun. Nasib la hidup ke tak huhuhu. Tapi pokok ni mudah hidup.

Beginilah rupanya. Semoga dapat bertahan yer pokok.

Inilah hasilnya!
Separuh kat dalam beranda-separuh kat luar pagar.


Dah makin besar kan? Alhamdulillah.

Pokok betik abah tanam pun dah makin sihat.. Abah bagi baja lagi suruh bubuh. Baiknya abah ni. Harapkan anak-menantu 2 bulan bawak balik Semenyih belum ditanam-tanam jugak hahahah!

Dah macam tapak semaian dah :P

Pasu tak cantik. Nampak kurang berseri. Nanti nak tukar pasu lagi cantik dan besar. 

Ok... nanti ayu share lagi pokok-pokok ni dalam versi terkini iaitu Hari Ini.
Jangan bosan korang hehhehehe.
Orang kemaruk dapat tanam pokok. Heh!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...