Tuesday, March 19, 2013

March 19, 2013

School Holiday is Just Around the Corner!

Minggu depan dah start cuti sekolah seminggu. 
Masa yang ditunggu-tunggu dania.
Tiap-tiap hari dok kira bila nak cuti sekolah.
Eksaited nak balik Besut.
Kalau cakap nak tak balik Besut... tapi balik Keratong jer
Terus dia menyentap!

Alah! Eksaited nak balik besut bukan sebab apa sangat pun
Nak mandi laut!

Setahun lagi, lagi meriah bila turn hariz pula ajak mandi laut
Itu rasanya makin melebih-lebih.


Seminggu balik ni siap la... memang legam la kulit.
Lagi kan balik bulan December lepas pun sampai hitam legam
Ini pulak balik bulan Mac... musim panas giler.
Even dok dalam rumah kat Shah Alam ni pun kepanasan.
Balik Besut nanti tatau nak carik tempat sejuk kat mana
Tak sabar nak tunggu malam.

Tapi nizam ada jer jawapan dia:
"mama, kat neraka nanti lagi panas ma... ni panas dunia jer"

Terus aku insaf! 
Padahal tukang cakap tu bukan betul sangat pun kekekee

In Shaa Allah.
Khamis atau Jumaat kami akan ke JB dulu.
Amik hariz kat sana... then kalau kakak nak ikut sekali balik.
Lepas tu Sabtu bermalam di Keratong... Ahad baru balik Besut.
Ini pun tertakluk pada jadual kerja papanya.
Nampak gayanya Jumaat dania ponteng sekolah hahah!

Tapi, singgah dulu kat Cheneh... umah abang i
Nak tengok anak sedara gegirl baru yang bambam giler!
Dah umur dalam 2 bulan lebih tak tengok lagi.

In Shaa Allah.
Bisnes berjalan seperti biasa walaupun nunnn di Besut sana.
Untung berbisnes Online ni... kat mana pun bisnes tetap ON.
Tak payah mintak-mintak cuti nak ke sana-sini atau balik kampung.

Bila cakap pasal cuti ni... Kalau masa kerja dulu... 
Ayu memang muka kene chop ngan boss suka cuti panjang-panjang!
Dah la suka lajakkan cuti sehari ahahaha.
Sampai nama masuk dalam meeting ok!

Ala... kampung jauh uols.
Kalau takat balik hari Jumaat - Ahad tu... penat pun tak hilang.
Orang kampung dekat takpe laaa.
Itu belum kira lagi cucu tak puas jumpa ngan nenek.


Ni muka-muka hari-hari mandi laut bulan December lepas. 
Hangus terbakor!


Adiq... lelaki takpelah jugak kan nak legam pun hehe


Amir yang putih pun dah terjebak sama. Hariz jer maintain sebab dia tak mandi laut. Dia main anak ayam jer dalam rumah...


Iqram... ni lagi sorang... pantang terlepas kalu jumpa laut!


Hah! tu dia...


anak mas papa mama... main kereta, ultraman dan anak ayam dalam rumah!