Monday, April 8, 2013

April 08, 2013

Dania dan Samsung

Semalam kami tiga beranak pergi JJ Klang. Semata nak beli cover dan screen protection untuk my new Samsung Note II.

Si Dania pulak merengek nak beli handphone jugak. Dia nak beli Samsung Galaxy Ace. Memang la henpon tu murah jer, tapi agak-agakla dania. Awak tu baru darjah 1... umur tak cukup lagi 7 tahun. Nak ber-henpon bagai. Nak ada internet bagai. Ape kesss!

Dah la labtop, henpon dan tab mama semua dah dia konker. Ni Note pun dia dah bajet dia punya dah. Apalagi laaa bila dapat henpon sendiri kan? Ikut saper ni semua benda nak? Tetiber!

Ikutkan, dania lagi terer bab explore gajet ni berbanding papa dan mama! Banyak yang mama dia belajar dari dania... hahahhaha. 

Pastu dia siap cakap: 
“mama ni, yang tu pun tatau... senang ajer la mama... macam ni haaaa”. Wah! Gitew... sentap mak ok!




So, sudahnya memang tak beli la Samsung Ace tu. Kesian pulak rasanya. Tapi papa dia yang taknak belikan. Papa dia janji, kalau dia nak operate buang Tonsil nanti papa belikan PS2. Tapi dania tetap bersedih jugak. Jalan sambil lap airmata. So touching tau. Mama marah dia takpe, tapi kalau papa marah memang mama akan bengang punya. Agaknya semua ibu gitu kot.

Sudahnya, belikan dia botol air dan color pencil baru. Balik rumah tu baru senyum balik bila mama cakap: 
“mama sengaja pilih cover Note ni color biru... kan dania suka biru’.

Then dia jawab: 
“ooooo, maksudnya Note ni dania punya jugak la yer mama, bolehla dania downdload games banyak-banyak”

Terus aku rasa nak hantuk kepala kat dinding sambil lap airmata.


si Lama berbaju baru warna pink dan si baru berbaju biru.
*Si hitam (SIII) takder dalam pic, sebab digunakan utk snap si pink dan si biru*



Itu kisah si dara... si bujang pulak fanatic dengan otromen. Ok fine, murah jer RM10 gitu kan sekor otromen tu. Tapi, memang sadis la otromen tu dikerjakan. Sehari dua jer eloknya. Pastu memang bersepai la sekerat-sekerat otromen tu!


Oh! Anak-anak zaman sekarang. Zaman mereka dah jauh beza dengan kita. Kita tak boleh dah nak buat perbandingan kita dan mereka. Kita yang kena ikut perubahan semasa. Perubahan zaman dorang lebih kepada yang memerlukan perbelanjaan  yang besar.



Jemput jamu mata... Nyuuummsssss!