Saturday, June 15, 2013

Pindah Rumah| From Shah Alam to Semenyih

In shaa Allah.
Bulan ni last tinggal kat Flat PKNS Seksyen 7, Shah Alam.
Kami akan menyewa pula di Semenyih
(Lokasi P&C. hahaha poyo!)

Ni gambar masa Driver Teksi India tolong amikkan Daun Semambu masa Hariz kena Chicken Pox bulan lepas.
Ayu suka Flat PKNS Seksyen 7 ni. Sebab bersih, boleh dikatakan selamat, rumah pun boleh tahan luas dan  kawasan persekitaran yang selesa. Semua dekat: Kedai runcit, sekolah, klinik-klinik, I-City, Jakel (walaupun tak suka shopping kat Jakel), dan Seksyen 7 memang Macam-macam Adoooo.


Walaupun Semenyih BUKANLAH pilihan ayu.
Tapi ini jer pilihan yang ada dan untuk kebaikan anak-anak.
Asalkan rumah teres, boleh la. Murah pulak tu.

Semuanya secara tiba-tiba.
Walaupun dari tahun lepas lagi kami berhajat nak pindah.
Pindah rumah atas tanah.
Hampir 4 tahun dah duduk atas kayangan.
Asyik berkawan ngan bidadari jer haha!
Penat dah turun-naik tangga.
Kesian dania dan hariz nak kena daki tangga.
Lagi-lagi bila balik dari kampung, bercuti atau bershopping.
Kiri-kanan bawak barang. Seksa.
Yang dengan nak dukung Hariz lagi. Pheewww!

Kebetulan sangat-sangat.
Balik Keratong hari tu kakak nizam cakap ada rumah kosong.
Cantik dan renovate.
Alamak! Bab cantik dan renovate ni buatkan i kata:
“Boleh la papa, asalkan rumah atas tanah”
Hahhaha dan-dannnnnn...
Kalau rumah tak renovate i taknak, sebab sempit.
Masuk sofa pecah seribuuuuuu i tu pun dah penuh hall.

So...
Kelebihan kat Semenyih nanti adalah berpihak pada anak-anak.

Kelebihan untuk Dania dan Hariz:
- Dania dapat mengaji dengan adik nizam.
- Dania dapat sekolah agama tahun depan.
- Dania takyah susah-payah turun-naik tangga dengan beg sekolah berat.
- Dania ada kawan-kawan di rumah.
- Dania & Hariz boleh ayu hantar kakak nizam jaga jika ayu ‘kerja’.
- Dania dan Hariz dapat rasa main-main kat luar setiap hari.
- Dania dan Hariz takyah berkurung ajer.
- Dania, Hariz dan PAPA dorang dapat bela kucing!

Bersabarlah korang tiga beranak. Nanti kita ada kucing belaan sendiri. Berak-kencing atas karpet atau dalam rumah siap korang bertiga!

Kelebihan untuk Papa:
- Dapat parking WKS dan WVH kat depan rumah.

Kelebihan untuk Mama:
- Dapat tanam pokok bunga. Sukaaa!
- Dapat deco rumah baru.

- Dapat kuar ‘kerja’ dengan tenang sebab dah ada Pengasuh.
- Ada kawan setaman (ni tak berapa penting sebab i tak suka bersosial hahaha)
- Dapat beli perabot baru sikit-sikit.(Berangan!)

So, esok balik Shah Alam dah nak kena start berkemas.
Nak kena uruskan pertukaran sekolah dania.
Dan... bersiap-sedia nak pack-repack barang (sambil lap airmata)


Sekarang tengah 'fikir dan survey' samada nak repair atau beli baru jer sofa.
Sofa ni dah pecah-pecah... tapi sayang nak buang sebab materialnya masih elok sangat.
Nizam suruh tinggal jer kat rumah ni. Ayat, macam nak beli baru kennnnn.
Tapi ayu tetap nak jugak sofa ni. Beli pakai duit sendiri uols. Walaupun murah, tapi sentimental value tu tetap ada.
Beli baru tu lain cerita. heh! nak jugak berangan tu.


Apapun, semoga dipermudahkan. 
Semoga ini adalah pilihan yang tepat dan memberi manfaat buat kami sekeluarga. 
Amin.

Friday, June 7, 2013

DIY Gubahan Bunga| White Roses English Style

Ni bunga rose putih yang ayu beli masa belum kawen lagi.
Punyalah lama, dah dalam 8 tahun!
Tapi sebab ayu rajin (lah sangat) basuh dan gubah semula...
Maka bunga ni nampak cantik lagi.

So, nak jadikan bunga ni ala-ala English style macam kat Romantika dan KK Home Deco, senang jer.
Cucuk jer bunga putih tu + daun-daun yang uols boleh beli kat Romantika.
Lagi banyak daun, lagi meletopssss gubahan bunga korang.


Eh, tunjuk yang dah siap! Heheehe, malas nak snap masa sebelum gubah.
Bunga ni ayu basuh dulu, maklumlah... bunga kat kampung cepat berabuk.


View dari atas. Comel kan? 


Letaklah di mana sahaja yang sesuai. 

Berjumpa lagi dalam gubahan bunga yang akan datang. Sebab rajinnya bermusim. Lagi-lagi bila balik kampung memang tugasan ayu basuh bunga dan gubah semula. Heh!

Love;
Ayu Rashid

Thursday, June 6, 2013

DIY Gubahan Bunga| Pokok Lidah Mak Mertua


Korang panggil pokok ni pokok apa?
Ayu panggil Pokok Lidah Mak Mertua Kassim Selamat heh!

Tak kesah la apa namanya. 
Janji pokok ni memang cantik, senang nak tanam dan takyah jaga.
Cucuk jer terus hidup. Takyah nak manja-manjakan pun.
Sesuai untuk yang nak tanam pokok bunga tapi malas takder masa nak belai pokok.



Kat Besut hari tu mak ayu cantas pokok ni sebab dah bukan main merimbun.
Dah naik semak dah, maklumlah takder orang nak jaga.

So, mari kita jadikan pokok yang jadi mangsa carasan mak ayu sebagai hiasan pokok hidup yang menarik (lah kononnnn)


Ini adalah bekas biskut raya hahahaha. Boleh tahan besar la balang ni. Sesuaiiiii!!! hehehe.


Mari mulakan aktiviti menggubah kita!
- Masukkan air dalam balang biskut
- Masukkan pokok Lidah Mak Mertua Kassim Selamat
(sila adjust panjang pokok tu ikut kesesuaian balang)

Dah siap! 


]
Letak kat mana-mana korang rasa sesuai. 

Actually, nak deko dan cantikkan rumah tak perlukan belanja besar pun.
Kadang-kadang kita sebuk dok fikir nak letak fresh flowers la.
Dah sah-sah la mahal kan.

Kita tak perasan, kadang-kadang kat sekeliling rumah kita pun banyak pokok hidup yang boleh dijadikan hiasan. PERCUMA saja.

Kalau uols tengok Deko Bersama Eric atau Casa Impian.
Eric Leong kadang-kadang 'kutip' pokok atau bunga kat taman atau luar rumah jer.
Yang penting, kreatif!

Selamat Mencuba!
Ayu Rashid

Wednesday, June 5, 2013

DIY Gubahan Bunga| Pokok Buluh Cina

Betul ke nama pokok ni Pokok Buluh Cina?

Pokok buluh ni kan ada 2 jenis. 

Yang ni jenis ada campur-campur warna hijau-cream-putih. 
Sebab tu i panggil Pokok Buluh Cina. (sesuka hati kan!)
Then, sejenis lagi daunnya semua warna hijau. 


Ni pun pokok yang kat umah mak ayu di Besut.
Maklumlah, cuti sekolah 2 minggu ayu kat kampung.
Kebosanan tu, ada la masa menggodek pokok kan.

Kesian tengok pokok ni tak terjaga. 
Dahan pun dah jadi senget sebab daun dan batangnya menyenget nak dapatkan cahaya!
Dah jadi tak centre dah kedudukan pokok tu. 
Semua menyenget ke arah yang kena cahaya jerk.


Maka, inilah operasinya!

Potong dulu dahan-dahan yang sesuai dipotong.
Ayu nak buat 'gubahan' tanam semula dalam bentuk bulat!


Dah siap pun potong dan tanam semula. 
Cantik kan?

Semoga dapat hidup dengan subur. 
Siap pesan kat mak suruh siram tiap-tiap hari jika tak hujan.
Bulan puasa nanti kalau balik besut kita tengok perkembangan tumbesaran pokok ni.

Love;
Ayu Rashid