Thursday, June 6, 2013

DIY Gubahan Bunga| Pokok Lidah Mak Mertua


Korang panggil pokok ni pokok apa?
Ayu panggil Pokok Lidah Mak Mertua Kassim Selamat heh!

Tak kesah la apa namanya. 
Janji pokok ni memang cantik, senang nak tanam dan takyah jaga.
Cucuk jer terus hidup. Takyah nak manja-manjakan pun.
Sesuai untuk yang nak tanam pokok bunga tapi malas takder masa nak belai pokok.



Kat Besut hari tu mak ayu cantas pokok ni sebab dah bukan main merimbun.
Dah naik semak dah, maklumlah takder orang nak jaga.

So, mari kita jadikan pokok yang jadi mangsa carasan mak ayu sebagai hiasan pokok hidup yang menarik (lah kononnnn)


Ini adalah bekas biskut raya hahahaha. Boleh tahan besar la balang ni. Sesuaiiiii!!! hehehe.


Mari mulakan aktiviti menggubah kita!
- Masukkan air dalam balang biskut
- Masukkan pokok Lidah Mak Mertua Kassim Selamat
(sila adjust panjang pokok tu ikut kesesuaian balang)

Dah siap! 


]
Letak kat mana-mana korang rasa sesuai. 

Actually, nak deko dan cantikkan rumah tak perlukan belanja besar pun.
Kadang-kadang kita sebuk dok fikir nak letak fresh flowers la.
Dah sah-sah la mahal kan.

Kita tak perasan, kadang-kadang kat sekeliling rumah kita pun banyak pokok hidup yang boleh dijadikan hiasan. PERCUMA saja.

Kalau uols tengok Deko Bersama Eric atau Casa Impian.
Eric Leong kadang-kadang 'kutip' pokok atau bunga kat taman atau luar rumah jer.
Yang penting, kreatif!

Selamat Mencuba!
Ayu Rashid

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...