Saturday, June 15, 2013

Pindah Rumah| From Shah Alam to Semenyih

In shaa Allah.
Bulan ni last tinggal kat Flat PKNS Seksyen 7, Shah Alam.
Kami akan menyewa pula di Semenyih
(Lokasi P&C. hahaha poyo!)

Ni gambar masa Driver Teksi India tolong amikkan Daun Semambu masa Hariz kena Chicken Pox bulan lepas.
Ayu suka Flat PKNS Seksyen 7 ni. Sebab bersih, boleh dikatakan selamat, rumah pun boleh tahan luas dan  kawasan persekitaran yang selesa. Semua dekat: Kedai runcit, sekolah, klinik-klinik, I-City, Jakel (walaupun tak suka shopping kat Jakel), dan Seksyen 7 memang Macam-macam Adoooo.


Walaupun Semenyih BUKANLAH pilihan ayu.
Tapi ini jer pilihan yang ada dan untuk kebaikan anak-anak.
Asalkan rumah teres, boleh la. Murah pulak tu.

Semuanya secara tiba-tiba.
Walaupun dari tahun lepas lagi kami berhajat nak pindah.
Pindah rumah atas tanah.
Hampir 4 tahun dah duduk atas kayangan.
Asyik berkawan ngan bidadari jer haha!
Penat dah turun-naik tangga.
Kesian dania dan hariz nak kena daki tangga.
Lagi-lagi bila balik dari kampung, bercuti atau bershopping.
Kiri-kanan bawak barang. Seksa.
Yang dengan nak dukung Hariz lagi. Pheewww!

Kebetulan sangat-sangat.
Balik Keratong hari tu kakak nizam cakap ada rumah kosong.
Cantik dan renovate.
Alamak! Bab cantik dan renovate ni buatkan i kata:
“Boleh la papa, asalkan rumah atas tanah”
Hahhaha dan-dannnnnn...
Kalau rumah tak renovate i taknak, sebab sempit.
Masuk sofa pecah seribuuuuuu i tu pun dah penuh hall.

So...
Kelebihan kat Semenyih nanti adalah berpihak pada anak-anak.

Kelebihan untuk Dania dan Hariz:
- Dania dapat mengaji dengan adik nizam.
- Dania dapat sekolah agama tahun depan.
- Dania takyah susah-payah turun-naik tangga dengan beg sekolah berat.
- Dania ada kawan-kawan di rumah.
- Dania & Hariz boleh ayu hantar kakak nizam jaga jika ayu ‘kerja’.
- Dania dan Hariz dapat rasa main-main kat luar setiap hari.
- Dania dan Hariz takyah berkurung ajer.
- Dania, Hariz dan PAPA dorang dapat bela kucing!

Bersabarlah korang tiga beranak. Nanti kita ada kucing belaan sendiri. Berak-kencing atas karpet atau dalam rumah siap korang bertiga!

Kelebihan untuk Papa:
- Dapat parking WKS dan WVH kat depan rumah.

Kelebihan untuk Mama:
- Dapat tanam pokok bunga. Sukaaa!
- Dapat deco rumah baru.

- Dapat kuar ‘kerja’ dengan tenang sebab dah ada Pengasuh.
- Ada kawan setaman (ni tak berapa penting sebab i tak suka bersosial hahaha)
- Dapat beli perabot baru sikit-sikit.(Berangan!)

So, esok balik Shah Alam dah nak kena start berkemas.
Nak kena uruskan pertukaran sekolah dania.
Dan... bersiap-sedia nak pack-repack barang (sambil lap airmata)


Sekarang tengah 'fikir dan survey' samada nak repair atau beli baru jer sofa.
Sofa ni dah pecah-pecah... tapi sayang nak buang sebab materialnya masih elok sangat.
Nizam suruh tinggal jer kat rumah ni. Ayat, macam nak beli baru kennnnn.
Tapi ayu tetap nak jugak sofa ni. Beli pakai duit sendiri uols. Walaupun murah, tapi sentimental value tu tetap ada.
Beli baru tu lain cerita. heh! nak jugak berangan tu.


Apapun, semoga dipermudahkan. 
Semoga ini adalah pilihan yang tepat dan memberi manfaat buat kami sekeluarga. 
Amin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...