Posts

Showing posts from July, 2013

Home Deco: Hias Pokok Dalam Rumah

Image
As Salam!
Lagi seminggu nak raya kan? Mesti kaum wanita dah busy nak hias rumah.

Macam ayu, ayu suka hias rumah dengan pokok hidup yang comel-comel. Pokok feveret is Money Plant. The rest, apa-apa pokok yang tak perlu jagaan rapi. Maklumlah, ayu kerap tinggalkan rumah dan malas nak jaga beria hehe.
So, kat sini ayu nak share gambar-gambar pokok yang ayu letak dalam rumah. Untuk makluman, semua pokok-pokok ni dah MATI pun!
Ni pokok sekitar tahun 2009 - 2012. Nanti kalau ada gambar lain, ayu share lagi. Ada masa ayu godek folder gambar lagi.
Mana tau boleh jadi idea deko rumah korang untuk raya ni. Yang pasti, senang dan tak perlukan kos besar pun. So, saper-saper pun boleh buat!










Rumah Itu Duniaku!

Image
Dulu masa belum kawen, baru kawen dan baru ada dania sorang. Ayu memang suka dok apartment atau flat tapi berangan nak dok kondo jugak! Sebab rasa lebih privacy, selamat dan ringkas jer life. Tak perlu fikir nak jaga banyak benda sangat. Walaupun suka tanam pokok bunga, tapi dok atas kayangan tetap pilihan #1.
Ruang rumah yang kecik pun ayu suka. Tak perlu nak jaga ruang yang besar. Malas katakan!
Pastu, kalau nak deko-deko pun senang. Jimat pun satu hal hehehee. Nanti makin besar rumah, makin besar nafsuku nak shopping.


Tapi...
Bila anak dah 2, dania dah sekolah... mereka makin membesar.
Rasa macam nak duduk rumah atas tanah membuak-buak gitu.
Kesian kat kitorang, turun naik tangga tiap-tiap hari.
Nasib baik Hariz bila dah pandai jalan, sukaaa sangat naik-turun tangga.
Taknak berdukung! Nak jalan sendiri.
Jimat tenaga nak dukung 'beban' seberat 13kg!
Lebih dari berat beras tuuuuu!



 Bila dah pindah ni... seronoknya!
Walaupun Semenyih ni jauh, tapi bila dah masuk dalam rumah,
Rasa macam taknak kel…

Hariz kena Chicken Pox!

Image
Bulan Mei lepas, Hariz kena Chicken Pox!
Mula-mula tu dia demam dan hidung berdarah beberapa kali. Then, esok tu... ayu perasan ada bijik-bijik ada air tumbuh kat badan dia.
Masa tu, terus susah hati sebab otak memang terus fikir: "Ini sesilap Chicken Pox!"
Malam tu, kami bawak Hariz ke klinik. Maka adalah SAH hariz kena Chicken Pox.
Luluh rasanya hati ni.  Sebab kesian kat hariz.  Juga membayangkan macam mana keadaan Chicken Pox tu naik kat badan. Doktor kata selalunya ambil masa seminggu - 3 minggu untuk baik. 3 minggu? Dapat kubayangkan macam mana hariz akan merengek, menangis, dan nak menempel ngan mama jer.
Memang keadaan Chicken Pox hariz tu teruk jugak. Day by day... disambut dengan debaran dan penuh tekanan. Dah la dalam masa sama, atuk nizam di Tanjung Karang sakit tenat. Dengan nizam nak kena menjenguk atuknya di sana.
Syukur mak ayu ada masa tu. Kalau tak, memang tatau apa nak jadi.

Doktor bagi Ubat Demam + Ubat Tahan Sakit, Antibiotik dan ubat Sapu nama Calamine Lotion.
Calamine Lot…

Marine Essence Nourishing: BODY WASH & SHAMPOO

Image
Memperkenalkan 2 produk terbaru yang berasaskan Garam Buluh  yang mempunyai fungsi yang sama dengan Sabun Marine Essence.
* * * 1. Marine Essence Nourishing Body Wash
* sabun ini adalah sama seperti Sabun Marine Essence Beauty Bar, tetapi ia didatangkan dalam bentuk CECAIR. * Lebih mudah digunakan dan di bawa ke  mana-mana!





2. Marine Essence Nourishing Body Wash


Kandungan: 250ml

Harga sebotol:
RM39 (termasuk pos)



PROMOSI Pek Berkembar
(1 botol Body Wash + 1 botol Syampu)

Harga: RM66 (*Free Postage)


Contact Ayu: 013 - 255 0727

Salam Ramadhan & From Semenyih with Love!

Image
Assalam 
Alhamdulillah. Hari ni dah masuk hari ke-7 kita menjalani ibadah Puasa untuk tahun ini.
Ayu rasa masih belum terlewat untuk Ayu ucapkan:
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini kita mempertingkatkan amalan kita. Dan, Diberikan kesihatan yang baik untuk beribadah dan menjalankan aktiviti harian dengan lebih produktif.

Alhamdulillah juga. Ayu sekeluarga secara resminya telah berpindah ke rumah sewa baru kami di Semenyih pada minggu sebelum Ramadhan.
Dania dah mula bersekolah baru pada hari Isnin lepas. In sha Allah, lepas Aidilfitri nanti Dania akan start Sekolah Agama.  Walaupun dah lewat, masih boleh masuk.  Alhamdulillah. Syukur sangat.
Paling bersyukur, dania dah start mengaji Iqra' dengan Acik Idah-nya. Rumah kami selang 3 buah rumah jer. Kalau malas jugak, memang kena tazkirah jer. But so far, alhamdulillah. Kerajinan melampau. Maklumlah 3 anak Maklong-nya mengaji kat situ jugak.
Dania la paling happy sejak tinggal kat sini. Manjang pegi rumah Maklong-nya…