Sunday, July 21, 2013

Hariz kena Chicken Pox!

Bulan Mei lepas, Hariz kena Chicken Pox!

Mula-mula tu dia demam dan hidung berdarah beberapa kali.
Then, esok tu... ayu perasan ada bijik-bijik ada air tumbuh kat badan dia.

Masa tu, terus susah hati sebab otak memang terus fikir:
"Ini sesilap Chicken Pox!"

Malam tu, kami bawak Hariz ke klinik.
Maka adalah SAH hariz kena Chicken Pox.

Luluh rasanya hati ni. 
Sebab kesian kat hariz.
 Juga membayangkan macam mana keadaan Chicken Pox tu naik kat badan.
Doktor kata selalunya ambil masa seminggu - 3 minggu untuk baik.
3 minggu?
Dapat kubayangkan macam mana hariz akan merengek, menangis, dan nak menempel ngan mama jer.

Memang keadaan Chicken Pox hariz tu teruk jugak.
Day by day... disambut dengan debaran dan penuh tekanan.
Dah la dalam masa sama, atuk nizam di Tanjung Karang sakit tenat.
Dengan nizam nak kena menjenguk atuknya di sana.

Syukur mak ayu ada masa tu.
Kalau tak, memang tatau apa nak jadi.


Doktor bagi Ubat Demam + Ubat Tahan Sakit, Antibiotik dan ubat Sapu nama Calamine Lotion.

Calamine Lotion ni jenis Roll ala-ala Deodorant tu.
Memang meraung hariz menangis bila di sapu ubat tu.
Siap lari-lari lagi taknak!

Memang ayu cuma sapukan beberapa kali jer sepanjang dia sakit tu.
Sebab kalau sapu time tidur pun dia boleh terjaga dan melalak!

Syukur dia mudah makan ubat. 

Sepanjang dia kene Chicken Pox tu, 2 kali kami bawa dia ke Klinik.
Sekali tu sebab ubat Tahan Sakit dah habes.
Terpaksalah diriku bawak hariz naik teksi sebab papanya pegi menjenguk Atuk di hospital.
Nak nanges rasa masa tu. Stress sangat-sangat!


Ni gambar-gambar Hariz sepanjang proses Chicken Pox berlaku 
(*proses katanya!)

Semasa masih awal... geli tengok. 




Macam mana hariz tak meraung kan? sebab sampai dalam mulut dan telinga pun kena.
Susu pun taknak minum sebab sakit mulut. Dah jadi macam ulser.




Ayu gunakan juga Petua Tradisional. Daun Semambu.
Syukur ayu naik teksi dengan driver India. Dia yang tolong 'kenalkan' ayu dengan pokok semambu yang rupanya ada disepanjang jalan kat Istana Kayangan!



Dia hantar ayu ke klinik... tunggu... dan hantar balik. Dia tolong petikkan daun semambu tu. Terharu sangat. Inilah untungnya kita rakyat malaysia. Kan?
  

Day by day... Dalam tangis dan tekanan... hariz makin sihat.





Dah makin kering. Syukur alhamdulillah.




Masa ni kitorang dah balik Besut masa cuti sekolah 2 minggu on June.
See, dah 95% pulih. 


Alhamdulillah... berlalu sudah mimpi ngeri kami.
Lepas dua minggu tu dania pulak berjangkit!
Syukur tak teruk. Sikit sangat kenanya.
Dan lagi bersyukur.... mama tak kena!




Ayu nak share macam mana Ayu gunakan Sabun Ketiak aka Sabun Marine Essence sepanjang hariz kena Chicken Pox.

Ayu bukan taksub dengan produk.
Tapi, ayu yakin... sabun ni adalah salah satu rawatan alternatif yang berkesan untuk Chicken Pox.

Sebab nak ikutkan...
Calamine Lotion tak sapu sangat pun. Tak luak!
Daun semambu kitorang guna untuk kebas-kebas ke badan hariz jer.
Itu pun dania dan hariz buat main!
Dah macam tok bomoh dah si dania membomoh adiknya. 

See, dalam sakit pun boleh main macam tu!

Ayu tak gunakan pun untuk rebus daun dan ambil air untuk mandikan!




Cara Ayu gunakan Sabun Marine Essence sepanjang hariz kena chicken pox:

1. Basahkan seluruh badan.
2. Sapukan sabun ke seluruh badan (termasuk kepala!).
3. Pastikan buih tu banyakkkk. Jangan kedekut sabun.
4. Biarkan sampai sabun tu meresap dalam kulit.
5. Bilas sampai bersih.
6. Air last bilasan: Ayu gunakan air BIO AURA.


Itulah pengalaman yang tak boleh ayu lupakan.
Hariz asyik merengek.. nak berdukung siang dan malam.


Ni gambar masa dania kena pulak.
Tapi tak banyak. Sempatlah MC beberapa hari lepas cuti skolah tu.
Dapat la ikut papa kerja kat Melaka dalam 4 hari hehee.


Alhamdulillah. Both boleh dikatakan takder parut yang teruk.
Dania macam takder parut langsung.
Hariz ada lekuk beberapa bijik sebab dia kopek.

Semoga perkongsian pengalaman Ayu dapat memberikan manfaat buat semua.

Till then,
Selamat Malam.

Luv;
Ayu Rashid

No comments: