Tuesday, July 23, 2013

Rumah Itu Duniaku!


Dulu masa belum kawen, baru kawen dan baru ada dania sorang.
Ayu memang suka dok apartment atau flat tapi berangan nak dok kondo jugak!
Sebab rasa lebih privacy, selamat dan ringkas jer life.
Tak perlu fikir nak jaga banyak benda sangat.
Walaupun suka tanam pokok bunga, tapi dok atas kayangan tetap pilihan #1.

Ruang rumah yang kecik pun ayu suka.
Tak perlu nak jaga ruang yang besar. Malas katakan!
Pastu, kalau nak deko-deko pun senang.
Jimat pun satu hal hehehee.
Nanti makin besar rumah, makin besar nafsuku nak shopping.



Tapi...
Bila anak dah 2, dania dah sekolah... mereka makin membesar.
Rasa macam nak duduk rumah atas tanah membuak-buak gitu.
Kesian kat kitorang, turun naik tangga tiap-tiap hari.
Nasib baik Hariz bila dah pandai jalan, sukaaa sangat naik-turun tangga.
Taknak berdukung! Nak jalan sendiri.
Jimat tenaga nak dukung 'beban' seberat 13kg!
Lebih dari berat beras tuuuuu!



 Bila dah pindah ni... seronoknya!
Walaupun Semenyih ni jauh, tapi bila dah masuk dalam rumah,
Rasa macam taknak keluar dah (tapi kalau di ajak shopping tak tolak okey!)

Sini sejuk!
Ada kawan ayu cakap sebab dekat ngan kawasan bukit.

Memang sejuk, tingkat bawah ni rasa tak perlu pasang aircond.
Nanti aircond pasang kat bilik jer.

Cuma bilik jer la panas. 
Tapi takpe, kita pasang roman blind dan langsir kalis cahaya.
Kasik gelap gelita macam Istana Kayangan dulu hehhehe.

Nizam pun dah seronok.
Kereta parking depan rumah. 
Dania pulak masih menuntut nak bela kucing.
Taknak kucing kutip-kutip ni.
Nak kucing di BELI ok!
Bukan main demand-nya tuh.



Ayu suka dapur rumah ni. Luas!
Semangat nak masak ecececece!
Nanti family datang ramai-ramai pun senang nak masak.
Takda la berlaga bontot kan masa kat dapur :-P

Progress kemas dan deko rumah (Deko lahhhh sangattt)
Belum deko lagi... huhuhuhu!
Selagi tak cat dan pasang railing kayu langsir... malas buat apa.
Redha jer apa yang ada.

Tu jer nak share... hehehhee.
Selamat Berpuasa!

Luv;
Ayu Rashid

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...