Tuesday, July 16, 2013

Salam Ramadhan & From Semenyih with Love!


Assalam 

Alhamdulillah. Hari ni dah masuk hari ke-7 kita menjalani ibadah Puasa untuk tahun ini.

Ayu rasa masih belum terlewat untuk Ayu ucapkan:

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.
Semoga Ramadhan kali ini kita mempertingkatkan amalan kita.
Dan,
Diberikan kesihatan yang baik untuk beribadah dan menjalankan aktiviti harian dengan lebih produktif.


Alhamdulillah juga.
Ayu sekeluarga secara resminya telah berpindah ke rumah sewa baru kami di Semenyih pada minggu sebelum Ramadhan.

Dania dah mula bersekolah baru pada hari Isnin lepas.
In sha Allah, lepas Aidilfitri nanti Dania akan start Sekolah Agama. 
Walaupun dah lewat, masih boleh masuk. 
Alhamdulillah. Syukur sangat.

Paling bersyukur, dania dah start mengaji Iqra' dengan Acik Idah-nya.
Rumah kami selang 3 buah rumah jer.
Kalau malas jugak, memang kena tazkirah jer.
But so far, alhamdulillah. Kerajinan melampau.
Maklumlah 3 anak Maklong-nya mengaji kat situ jugak.

Dania la paling happy sejak tinggal kat sini.
Manjang pegi rumah Maklong-nya.
Sampai kami pun dah naik confused.
"anak kami ni ada 1 @ 2?"

Mana taknya, manjang Dania melekat umah Maklong-nya.
Tinggallah hariz menjadi Otromen kat rumah sesorang.
Maka mama adalah Resaksanya! 
Hahahahhah!

So far, nizam nak kerja jadi jauh laaa.
Kesian jugak kat dia.
Kat jalan area Semenyih ni memang bermasalah jalan jammed.
Pukul 6 am nizam dah kena keluar rumah.
Kalau lambat sikit... makan jem la dalam kereta sesorang!

Tapi, yang paling seronok.
Kereta dah boleh parking depan tangga.
Melangkah 4 langkah, ehhh! dah masuk dalam kereta kita hahah!
Balik lambat pun takyah pening nak carik parking.
Kalau balik kampung atau shopping.
Takyah nak angkut barang kiri-kanan sepenuh-penuhnya.

Dan!
Takpayah daki tangga sampai 4 tingkat.
Now, nak naik tingkat atas pun rasa malas.
Memang melampau la pulak!
Baju anak-anak pun letak kat toyogo kat dapur jer.
Ni lah namanya.
Dah makin senang jadi malas pulak!


So far, belum habis berkemas sepenuhnya.
Mana barang yang tak guna, kitorang sumbat masuk stor dan drawer jer.
Ada masa lepas raya nanti pelan-pelan kemas semula.

Langsir cuma siap pasang untuk tingkat bawah.
Tingkat atas belum lagi.
Sebab nak kena gunakan langsir kalis cahaya dan gantung railing kayu.
Railing besi dah ada. Tapi Ayu nak jugak letak railing kayu pasang tinggi-tinggi.

Cat rumah pun belum.
Masing-masing ada pilihan tersendiri.

Hariz nak color BLUE katanyaa 
(ntah faham ke tak, sbb dia ingat color keta papa jer sebenarnya hahah)

Dania nak kaler PURPLE
Mama nak kaler PUTIH (tetiber suci murni uols)
Nizam nak pasang WALLPAPER
(amboi, bawak la mengucap suamiku... ini rumah sewa. rugi!)

Beranda depan nak kena kemas-kemas lagi.
Nak kena basuh lantainya.


Apapun.
Syukur Alhamdulillah.
Walapun jauh di pedalaman... tapi so far kami happy kat sini.
Lebih banyak kemudahan dan benefits kami perolehi kat sini.

Takper, papa dan mama susah sikit.
Demi anak-anak.

Sebab apa yang kita buat pun untuk anak-anak.
Its ok kalau yang pertikaikan kenapa kami pindah jauh.
Kami tahu sebab dan akibat kami pindah ni.

It so true that:
You lose some - You gain some.

Apa pun, Ayu percaya pada rezeki Allah.
Tak dapat yang tu, in shaa Allah ada rezeki lain.
Sentiasa bersangka baik padaNya.

Till then,
Selamat menjalani ibadah puasa.



Dunia dari Semenyih (hahahha)

Ayu Rashid

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...