Tuesday, August 27, 2013

August 27, 2013

Hias Anjung| Dah siap Batch Pertama

Alhamdulillah.
Hias Anjung Batch 1 dah siap.
Amboii ber-batch bagai kan? Sangat poyo disitu!
Macam la nak bertaman beria bagai kan?



Petang semalam dah siap tanam semua pokok yang ambik kat Besut.
Pokok betik jer belum tanam sebab nak kena tanam atas tanah.
Tu tugasan nizam sebab nak kena mencangkul sikit.
Iols kan bersalin operate, kena la jaga perut. 


Inilah hasil kerajinan semalam. Happy!

Tatau apa nama pokok ni.
Tapi i suka sangat pokok ni. Rasa nyaman jer, sebab pokok ni ala-ala pokok pisang.
Harga pokok ni cuma RM15 jer! Rasa nak beli lagi, kang semak pulak rumah aku hahha!

Ni tatau apa nama pokoknya.
Untuk kasik 'stylo'  dan tak nampak tanah dalam pasu tu, i tanam pokok Money Plant.


2 pokok ati-ati mak mertua kasik dan siap semaikan. Baik kan mak mertua i?
Pastu, 4 jenis pokok lain amik kat Besut.
Pokok Money Plant yang dah sediada kat rumah bawak dari Shah Alam.

Itu jer pokok-pokok bunga yang ada buat masa ni.
Cepatlah membesar yer!Jangan kucing jadikan tempat 'membuang' sudah!


Lepas ni In Sha Allah kalau ada rezeki nak beli buai letak kat luar.
Then, nak beli bidai buluh besar 2 keping nak letak kat gate.

Motif?
Supaya sejuk dan halang pemandangan luar pada waktu-waktu tertentu.
Senang nak melepak kat luar petang-petang dengan anak-anak.
Ada rezeki lagi nak beli kerusi dan meja letak kat anjung ni.

Kemaruk nak hias anjung lebih dahsyat daripada nak hias dalam rumah.
Bukan apa, sebab nak kasik anak-anak keseronokan bermain kat luar.
Nanti iols pun boleh bertenet dari anjung.
Gitew!

OH! Syoknya berangan! hahhahaha.

Monday, August 26, 2013

August 26, 2013

Hias Anjung| Beli Pokok Bunga, Pasu dan Pasir

Dah nak masuk 2 minggu lepas balik dari kampung masa raya.
Tapi pokok bunga yang ambik kat Besut belum tanam lagi.
Pokok betik yang mak nizam kasik lagi la kesian.
Ambil dari bulan puasa lagi, masih tak tanam jugak.

Pasu dah ada 3 biji. Tapi tak cukup.
Tanah pun takder.
Lagi pun nak beli pokok yang dah besar terus.
Senang hidup hehehhehe!
Nak menanam tapi tak sabar dan tak rajin macam ni la!
Takpe, kita support industry landscape!


Ni la pokok-pokok tak berapa nak bertuah tu. Hehehe. Sabar yer!




Sabtu semalam balik dari PGRM dan kedai hardware (beli cat),
Kami singgah Nursery ni. 
Dekat jer dengan kawasan perumahan kami.
Nanti bolehla selalu buat lawatan tapak kat sini hehhehe.

'Shopping Mall' ku... hehehe. Hobi dan minat masing-masing kan?
I ni orang kampung dan style makcik-makcik uols.
So blog ni tak sesuai la untuk orang suka berfashion dan branded items ahaks!
(Pemberitahuan & Penafian tuuuuu!)


To be honest, best sangat nursery ni. Masuk kat dalam suasananya nyaman dan sejuk jer!
Rasa duduk kat kampung yang tak panas. Duduk bawah pokok mesti nak tidur jer!
Heaven!


Nanti nak beli pokok yang daun ada jalur tepi tu... cantik! 
Dulu dah pernah beli kecik jer, tapi dah lamaaa mati!
Kali ni kita beli yang besar terus hehhee!



Pilih-pilih!
Rambang mata iols! Terkezut nizam tengok i amik pokok besar sepasu hahahha.
Kat sini murah jer harga pokok dan pasu-pasunya.  



Nama pemilik Nursery ni Abang Man. Sempat beramah mesra dengan nizam. Dulu Abang Man kerja LLN (tau tak LLN tu aper? Best kan, dah pencen bukak nursery sendiri. Jauh dari keriuhan kota. Dan of course Abang Man buat apa yang dia suka dan minat. Nursery ni besar tau!


Mau tak tenang dan sejuk!
Kat bahagian dalam nursery ni ada kolam ikan dan rumah Abang Man pun tepi kolam ni.
Masa tu ada anak-anak dia *kot* tengah duduk lepak bawah pokok besar minum petang.

Tepi tu ada pokok mata kucing dan jambu air tengah masak ranum.
Bestnyaaaa life macam ni kan?

#Hariz sebuk main baling batu sampai taknak balik!



Beli 2 jenis pokok, 1 pasu dan 4 plastik tanah.
Kita tengok hasil 'Hias Anjung' ku yer.
Ececece macam la gah sangat kan.

Takper, i just share apa i suka.
Buat apa yang kita suka dan apa yang kita mampu.
And i am happy be myself and my new lifestyle!
Alhamdulillah, I'm blessed.


Love;
Ayu Rashid

Friday, August 23, 2013

August 23, 2013

Hias Anjung| KPI 3x Seminggu!


Nak sangat rumah ada laman dan beranda kan?
So kenalah rajin-rajinkan diri sapu beranda tu.
Bukan setakat kena sapu jer, tapi kena BASUH terus.

Sebab kat sini cepatnya berhabuk!
Dalam rumah yang tingkap dan pintu tertutup sokmo pun tetap meriah habuknya
Daun dan sampah dari luar pagar pun masuk kat beranda rumah.
Bertambah lagi tugasanku setiap hari huhuuu.

Nasib baik tuan rumah letak tiles color oren-coklat macam n.
Can u imagine kalau tiles color putih atau kaler terang?
Mau kerja i membasuh lantai jer!

OK! Ni pun TIPS KURUSKAN badan secara semulajadi kan?
Tak kurus pun takperlah, daku tak sanggup hehe!

Ni aktiviti kami petang semalam.
Senang sikit nak basuh lantai bila si Biru takder kat rumah.

Dan, DANIA adalah insan paling gembira sebab dapat main air dan sabun.
Padahal masih demam dan 2 hari tak gi sekolah tu!

Tapi, bila mama cakap: 
"Mama nak basuh lantai luar ni, nak tolong tak?"

Terus sukaaaa dua-dua budak tu.
Tapi Hariz dia duduk jer la sebab dia takut jatuh hehhee!


Anak jiran kami menjadi penonton dari awal sampai siap membasuh!


"Takpe mama, biar dania jadi pembantu mama"


Hariz tengok aweks!
Esok tu bangun pagi elok jer ada kucing berak kat tengah-tengah tu!
Nanges mak!

Mula-mula basuh pakai sabun.
Then, masuk dalam rumah macam ada bau sikit-sikit.
Hah! Apa lagiiii... i ambik FABULOSO jirus!

Confirm selang 3-4 buah rumah jiran turut dapat aura bau Fabuloso tu!
Mesti dorang fikir: "ada lori fabuloso accident ke?

Hahahhaa!

So, KPI setiap minggu ialah:
Basuh lantai beranda 3x seminggu.

Mari kuruskan badan secara semulajadi!
Tssskkk... tskkkkkkk.

Saturday, August 3, 2013

August 03, 2013

Family Bonding Together at Starhill Johor Bahru

THROWBACK!
Starhill Johor Bahru on 16/6/2013

Menunaikan janji pada Dania.
Sebab dia tak mandi 'kolam' kat Hotel Seri Malaysia.
So kena gantikan ngan Starhill.

Kat Starhill ni lagi seronok.
Ni kali kedua kitorang datang mandi kat sini.
Kali Pertama bulan Disember 2011. 
Hariz kecik lagi masa tu.
Bulat lagi badannya. Takut ngan air pulak tu.

Kami datang dah lewat.
Pukul 5.30pm baru sampai.
Sini tutup pukul 6.30pm.
Cukuplah mandi sejam. 
Ikutkan dania, 8 jam pun takkan puas!



Total 'fees' untuk kami semua RM100. 


Kan main semangat budak-budak ni. 


Hariz dah besor! Taknak pegang tangan ngan orang lain. Asyik nak dengan Abang Amir jer.


Cubaan pertama. Hariz dengan Ayom (Along)




Cendawan Hujan! 

Almost an hour dalam air. Sejuuukkkkkk!



Walaupun sejuk, tapi tetap nak main air lagi. Tapi dah lewat, kolam dah nak tutup dah.




Hariz campak bola dalam kolam!

Mama dah siap salin pakaian. 
So lepas tu terus dapat siapkan hariz.
Hariz tak bilas pun hahaha.
Bilas kat umah jer nanti, sebab tak bawak sabun.
Air pun macam air dari sumber sama jer.

Masa orang lain dok salin pakaian, hariz buat lawak.
Dia pergi campak bola dalam kolam!

Masa tu kolam dah 'tutup'. Takder orang la dalam tu.

Petugas Starhill dok kutip sampah sekitar kawasan ni.


Ajak main bola kat padang hariz taknak.
Nak jugak campak bola dalam kolam!

Bukan main bergaya dia menuju ke kolam. 


Inilah motifnya!


Hahhahaa. Papa ikut bola tu dengan harapan bola tu akan ke tepi. Hariz dan mama pun ikut sama!


Bola makin ke tengah. Terpaksalah papa pinjam penyapu daripada Abang petugas Starhill untuk kait bola tu.


Tak sampai! Bola makin ke tengah.


Mama cakap: "kuis-kuis air sampai berombak. nanti bola akan ke tepi"
Bijak tak i? Hahhhahaha. Apa daaa fikir logik la suamiku!
Berjaya akhirnya!



Terkedek-kedek ikut papa!







Muka potostat. Sebab mama suka sangat kat amir yang comel sejak kecik. tapi, rasanya amir lagi hensem dan putih dari hariz.


Duduk dulu tunggu kakak dan ibu bersiap.





Balik terus ke Pasar Malam Taman Daya. 

Sebab semua dah kelaparan.
Beli makanan dah macam nak berbuka puasa.
Semua nak dan nampak sedap!


Jumpa lagi!
Ayu Rashid