Monday, August 26, 2013

Hias Anjung| Beli Pokok Bunga, Pasu dan Pasir

Dah nak masuk 2 minggu lepas balik dari kampung masa raya.
Tapi pokok bunga yang ambik kat Besut belum tanam lagi.
Pokok betik yang mak nizam kasik lagi la kesian.
Ambil dari bulan puasa lagi, masih tak tanam jugak.

Pasu dah ada 3 biji. Tapi tak cukup.
Tanah pun takder.
Lagi pun nak beli pokok yang dah besar terus.
Senang hidup hehehhehe!
Nak menanam tapi tak sabar dan tak rajin macam ni la!
Takpe, kita support industry landscape!


Ni la pokok-pokok tak berapa nak bertuah tu. Hehehe. Sabar yer!




Sabtu semalam balik dari PGRM dan kedai hardware (beli cat),
Kami singgah Nursery ni. 
Dekat jer dengan kawasan perumahan kami.
Nanti bolehla selalu buat lawatan tapak kat sini hehhehe.

'Shopping Mall' ku... hehehe. Hobi dan minat masing-masing kan?
I ni orang kampung dan style makcik-makcik uols.
So blog ni tak sesuai la untuk orang suka berfashion dan branded items ahaks!
(Pemberitahuan & Penafian tuuuuu!)


To be honest, best sangat nursery ni. Masuk kat dalam suasananya nyaman dan sejuk jer!
Rasa duduk kat kampung yang tak panas. Duduk bawah pokok mesti nak tidur jer!
Heaven!


Nanti nak beli pokok yang daun ada jalur tepi tu... cantik! 
Dulu dah pernah beli kecik jer, tapi dah lamaaa mati!
Kali ni kita beli yang besar terus hehhee!



Pilih-pilih!
Rambang mata iols! Terkezut nizam tengok i amik pokok besar sepasu hahahha.
Kat sini murah jer harga pokok dan pasu-pasunya.  



Nama pemilik Nursery ni Abang Man. Sempat beramah mesra dengan nizam. Dulu Abang Man kerja LLN (tau tak LLN tu aper? Best kan, dah pencen bukak nursery sendiri. Jauh dari keriuhan kota. Dan of course Abang Man buat apa yang dia suka dan minat. Nursery ni besar tau!


Mau tak tenang dan sejuk!
Kat bahagian dalam nursery ni ada kolam ikan dan rumah Abang Man pun tepi kolam ni.
Masa tu ada anak-anak dia *kot* tengah duduk lepak bawah pokok besar minum petang.

Tepi tu ada pokok mata kucing dan jambu air tengah masak ranum.
Bestnyaaaa life macam ni kan?

#Hariz sebuk main baling batu sampai taknak balik!



Beli 2 jenis pokok, 1 pasu dan 4 plastik tanah.
Kita tengok hasil 'Hias Anjung' ku yer.
Ececece macam la gah sangat kan.

Takper, i just share apa i suka.
Buat apa yang kita suka dan apa yang kita mampu.
And i am happy be myself and my new lifestyle!
Alhamdulillah, I'm blessed.


Love;
Ayu Rashid

No comments: