Friday, August 23, 2013

Hias Anjung| KPI 3x Seminggu!


Nak sangat rumah ada laman dan beranda kan?
So kenalah rajin-rajinkan diri sapu beranda tu.
Bukan setakat kena sapu jer, tapi kena BASUH terus.

Sebab kat sini cepatnya berhabuk!
Dalam rumah yang tingkap dan pintu tertutup sokmo pun tetap meriah habuknya
Daun dan sampah dari luar pagar pun masuk kat beranda rumah.
Bertambah lagi tugasanku setiap hari huhuuu.

Nasib baik tuan rumah letak tiles color oren-coklat macam n.
Can u imagine kalau tiles color putih atau kaler terang?
Mau kerja i membasuh lantai jer!

OK! Ni pun TIPS KURUSKAN badan secara semulajadi kan?
Tak kurus pun takperlah, daku tak sanggup hehe!

Ni aktiviti kami petang semalam.
Senang sikit nak basuh lantai bila si Biru takder kat rumah.

Dan, DANIA adalah insan paling gembira sebab dapat main air dan sabun.
Padahal masih demam dan 2 hari tak gi sekolah tu!

Tapi, bila mama cakap: 
"Mama nak basuh lantai luar ni, nak tolong tak?"

Terus sukaaaa dua-dua budak tu.
Tapi Hariz dia duduk jer la sebab dia takut jatuh hehhee!


Anak jiran kami menjadi penonton dari awal sampai siap membasuh!


"Takpe mama, biar dania jadi pembantu mama"


Hariz tengok aweks!
Esok tu bangun pagi elok jer ada kucing berak kat tengah-tengah tu!
Nanges mak!

Mula-mula basuh pakai sabun.
Then, masuk dalam rumah macam ada bau sikit-sikit.
Hah! Apa lagiiii... i ambik FABULOSO jirus!

Confirm selang 3-4 buah rumah jiran turut dapat aura bau Fabuloso tu!
Mesti dorang fikir: "ada lori fabuloso accident ke?

Hahahhaa!

So, KPI setiap minggu ialah:
Basuh lantai beranda 3x seminggu.

Mari kuruskan badan secara semulajadi!
Tssskkk... tskkkkkkk.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...