Posts

Showing posts from September, 2013

Deko Bersama Ayu Rashid| Maafkan Saya Sekiranya...

Image
Korang rasa poyo-nya blog ni, tak best pun.Eh, asyik tayang rumah dia jer (eh! takkan nak tayang umah awak kan?)Manjang citer bab deko-deko, macam bagus jer!Uhuksss! Rumah sewa jer pun, bukan rumah beli sendiri.Eiiii, tak lawa la deko rumah dia... macam makcik-makcik.Perabot murah jer tu... buat camner pun tetap tak lawaEmmm, bila ayu nak update blog nie (ececece perasan!)Rindu dengan celoteh ayu pasal deko-dekoDeko rumah ayu simple tapi menarik walaupun perabot murah jer, nak tiru boleh?
JIKA itu yang korang rasa... Maafkan ayu okey!
Oh! Kemaruk apekah ini?
Asyik nak buat entry blog, share kat FB dan IG pasal rumah jer!
Padahal rumah sewa jer pun!  Bukan rumah beli dan tak mewah pun rumah sewa kami ni.
Elehh... Perabot cap cokia jer pun. Nan adooo mahalnya! Semua mau tunjuk ke...
Langsir pun murah jer, cap Nagoya. Pastu, pokok bunga pun hidup segan mati tak-mau-mau!
Tu haaaa, yang beli kat Nursery bulan lepas dah nazak dah huhu.
Tapi... ayu tau ada yang suka baca kan?
TQ anyway.

Lepa…

Blogging| Beralih Arah

Dulu Ayu suka blogwalking blog-blog orang bisnes.
Hari-hari mesti nak buat lawatan rasmi punya hehehe. Nak dapatkan info, aura dan lihat branded items yang dorang beli. Tak dapat beli, tengok orang punya pun jadi la. Pastu berangan hahahhaa!
TAPI... Sejak pindah Semenyih, aktiviti bisnes pun dihadkan. Tiada lagi keghairahan nak menyinggah ke blog sedemikian hehe. Dah habis musim kot.
Then, ayu selalu dok google pasal tips dan deko rumah dan laman. Sampai pasal buai dan pokok bunga pun aku google hahaha. Best rupanya tengok idea deko rumah orang lain.
Memang la ayu beli Anjung Seri dan Impiana. Tapi 90% yang ditunjuk dalam Majalah adalah rumah orang ado-adooo. Ayu ni tak berapa nak adoooo... so baca kat blog lagi best. Lebih dekat kat hati rasanya.
Ayu paling suka baca blog yang pemiliknya suka kemas rumah. Decorating and Organizing. Rasa macam... wah! rajinnya diaaaa.
Sebab ayu pun masih belum siap mengemas barang-barang rumah. Masih berlambak lagi kotak-kotak yang belum dibukak. Mala…

Deko Bersama Ayu Rashid| Rak TV Berwarna Baru

Image
Rak TV ni pun cap Cavenzi. Beli bersama dengan sofa hitam tuuuuuu.



Oh ya, ayu suka perabot color hitam. Sebab nampak moden dan ekslusif. TAPI... tak tahan nak lap habuk. Sebab bila warna hitam... habuk akan mudah nampak! Better color coklat or putih. Habuk tak nampak walaupun tebal 5 inci! Motif yang sangat sesuai untuk orang tak rajin macam i!

Kebetulan pulak tanya-tanya jiran yang biz sofa tu. Katanya boleh nak sembur semula. Maka, pucuk dicita ulam mendatang Kita buat sekali harung dengan re-upholstery sofa sekali.






Happy Weekend!

Deko Bersama Ayu Rashid| Re-Upholstery Sofa

Image
Sofa L-Shape cap Cavenzi ni Ayu beli dalam tahun 2008 tak silap. Harga RM1500+-.  Masa ni Cavenzi tengah 'in' dan harga pun sesuai ngan bajet seorang AR. Hehehhee... beli cash dengan hasil kumpulan duit gaji selama 2 bulan. Gila semangat masa tu, maklumlah nak sangat sofa baru kan...

Sofa L-Shape beli kat Perabot Bahagia i jual kat kawan adik i. Jual pulak murah gila... konon berangan kaya masa tu hahahaha. Sofa + coffee table + rak tv + console table = RM500 Ingat balik menyesal pulak... sebab semua masih elok lagi. Tujuan jual ialah sebab nak masukkan perabot baru. Maklumlah rumah flat, mana nak sumbat perabot banyak-banyak.

Tapi... Tahun demi tahun, sofa L-Shape Cavenzi tu dah pecah-pecah kulitnya. Maklumlah bukan 100% kulit kan...apalah sangat kualitinya. Itu pun bertahan lama sebab kami tak duduk sangat. Span dan kayunya masih elok teguh lagi. Sebab tu sayang nak buang.

Nizam suruh tinggal jer kat rumah lama masa nak pindah Julai lepas. Tapi i sayang! tetap taknak buang. Sampai kawan nizam …

Deko Bersama Ayu Rashid| Langsir Eyelet

Image
PROMOSI DISEMBER 2013 (Klik Sini)

Lama dah berkenan dengan design langsir macam ni. Bila googled baru tau... design ni namanya EYELET.
Suka design Eyelet, sebab simple dan kemas. Kain pun macam tak banyak pakai ni.


Buat masa ni, pasrah jer la dengan langsir lama ni. Dah la labuh sampai meleret-leret ke lantai. Sebab ni langsir ikut ketinggian railing rumah Shah Alam. Tu yang jadi labuh. Asalnya cantik jer tailor jahit langsir ni.




Langsir kat tangga pun setakt ni macam ni jer LOL Ni sejak lepas nizam cat rumah la. Railing besi dibukaknya... sudahnya tak pasang lagi. Ini memang bebetul pasang langsir sap sappp suiiiiiii!
Asal boleh!



Nak buat Eyelet jugak untuk bahagian tangga ni. Macam ni:


Minggu depan in shaa Allah nak pergi beli kain langsir.
Samada kat Kamdar atau Nilai. Tengok dulu mana berkenan. Dan nak tempah kat situ terus. Senang sekali harung.

Jumpa lagi dalam ruang Deko Bersama Ayu Rashid
*poyo kan! hehhehe

Living Hall| Untuk Keluasan Maksima!

Image
I ni kan... nak sangat rumah cantik macam orang lain. TAPI... masalahnya i tak suka kalau banyak barang. Kalau boleh nak ruang tu boleh jadi lapang-selapang-lapangnya! Gitew, rumah kecik berangan nak lapang.
Pada ayu dan nizam. Keselesaan dan keselamatan anak tu paling utama. Nak carik hiasan kaca or yang kecik-kecik memang takla. Dah la hariz dan dania suka main bola dalam rumah. Nanti satu taman dengar suara mama dorang jer menjerit :)

Hari ni, gigihkan diri sendiri angkut tilam queen dan single naik atas. Enough berlonggok tidur kat bawah. Semak mata tengok tilam melonggok kat hall.
Hehehe... sebetulnya my family nak datang. So, untuk keluasan dan keselesaan maksimum, ayu jugak alihkan sofa.
Bila letak kat depan pintu masuk aka sliding door. Macam ni keadaannya... cantik tapi sempit!


So, ayu pun buat la operasi sesorang mengalihkan sofa ni:

Asalnya selalu letak tilam kat sini. hehehe. ngam-ngam muat tilam queen + single.

View dari dapur

Nasib baik sofa LShape, senang nak tarik sana-sin…

Dapur

Image
Sejak lepas raya ni, nizam banyak outstation. Tak suka! Tapi apakan daya... pasrah!

Kerja mengecat dan kemas rumah pun dah stop!
Sebab weekend jer kami merayap atau balik kampung. Memang tak tersentuh la bab mengecat ni.

Same goes to DAPUR! Buat masa ni, asal boleh jer. Asal kemas dan bersih dah cukup. Tapi tak dapat nak kemas beria, sebab ada ekon tersadai atas lantai. Selagi tak pasang ekon tu... selagi tu rasa semak dapur.
Pastu, mainan hariz tak payah cakap la. 2 bakul mainan dia jer. Sepah-sana-sini. 'Rangka ultraman' pun bersepah atas lantai. Maklumlah, hariz kan dah title resakse. Beli ultraman tak sampai beberapa jam. Memang dikerjakan dia... bersepai part by part.

Things to do untuk Dapur
(1) Nak cat - Tatau warna apa. Kita decide masa beli cat nanti. - Warna tiles lantai dan dinding is green+white... so rasa nak cat white jer.

(2) Nak beli meja makan - Tak sempat pergi kedai perabot lagi. Laki manjang bz. - I nak beli meja 4 kerusi jer, nizam pulak nak 6. Senang family datang nnti. - Jenis?…

Deko bersama Ayu Rashid| Cat Ruang Tamu Part 2

Image
Sabtu lepas, nizam sambung lagi cat rumah untuk: Feature Wall, atas sliding door, dekat tangga dan dekat bumbung.
Finally siap jugak cat ruang tamu. Tapi masih ada sikit-sikit lagi nak kena touch up untuk kemaskan lagi.

SEBELUM








Dalam Proses Mengecat 


Eh! Dah SIAP! 

SELEPAS




Jumpa lagi dalam deko-deko seterusnya. Wah! poyo banyak ko punya deko kan? Rumah camni pun nak show off... hehheh! Takpe, dah hobi dan i takder citer nak share kat sini.. Kita share pasal rumah sudah!

See u there and happy weekend!

Cat Ruang Tamu Part 1

Image
Sebagaimana dibebelkan di dalam previous entry berkenaan isu nak cat ruang tamu, Akhirnya kami memilih tema Biru untuk rumah sewa kami di Semenyih.
2 jenis cat yang kami beli. Untuk Feature Wall kami pilih cat minyak brand Dulux (2 liters) Untuk dinding selebihnya, kami pilih biru muda brand Maxilite (5 liters)

Nizam cat dinding ni dahulu menggunakan cat Maxilite.









 * * * * Inilah hasilnya!

Memilih Warna Ruang Tamu

Image
Nampak tak 2 dinding kat bawah ni?
Ni la kaler dan hasil seni kat dinding di ruang tamu rumah sewa kitorang!
Ini kalau anak i yang buat hasil seni macam ni, mau satu taman dengar suara aku jer!
Sampai nizam pun cakap, kenapalah sampai macam ni sekali dindingnya. Oh! Baru aku perasan... nizam pun tak suka umah tak berjaga. Walaupun pada hakikatnya aku yang semput menjaga rumah sesorang!
Tapi at least nizam bolehlah diharap. Semangat jugak dia memberi cadangan warna, membeli, membayar dan mengecat rumah.
Ni keadaan rumah kitorang sebelum di cat. Which is keadaan yang perlu diubah segera. Memang sakit mata memandang, stress lagi fikiran tengok macam ni.





Dulu masa nak pilih cat rumah, Ayu dan nizam jer beria kasik cadangan nak kaler tu... nak kaler ni.
TAPI... kali ni Dania pun nak menyebuk jugak!
Dia pulak sakan bagi cadangan warna.
Kejap nak purple... kejap nak oren... kejap nak biru. Lepas nak belang-belang pulak.
Sudahnya papa mama cakap: "Bilik dania nanti dania pilih nak kaler apa, ruang bawah pa…