Saturday, September 28, 2013

Blogging| Beralih Arah

Dulu Ayu suka blogwalking blog-blog orang bisnes.
Hari-hari mesti nak buat lawatan rasmi punya hehehe.
Nak dapatkan info, aura dan lihat branded items yang dorang beli.
Tak dapat beli, tengok orang punya pun jadi la.
Pastu berangan hahahhaa!

TAPI...
Sejak pindah Semenyih, aktiviti bisnes pun dihadkan.
Tiada lagi keghairahan nak menyinggah ke blog sedemikian hehe.
Dah habis musim kot.

Then, ayu selalu dok google pasal tips dan deko rumah dan laman.
Sampai pasal buai dan pokok bunga pun aku google hahaha.
Best rupanya tengok idea deko rumah orang lain.

Memang la ayu beli Anjung Seri dan Impiana.
Tapi 90% yang ditunjuk dalam Majalah adalah rumah orang ado-adooo.
Ayu ni tak berapa nak adoooo... so baca kat blog lagi best.
Lebih dekat kat hati rasanya.

Ayu paling suka baca blog yang pemiliknya suka kemas rumah.
Decorating and Organizing.
Rasa macam... wah! rajinnya diaaaa.

Sebab ayu pun masih belum siap mengemas barang-barang rumah.
Masih berlambak lagi kotak-kotak yang belum dibukak.
Malasnya alahai nak keluarkan dari laci dan store untuk unpack dan susun.
Bilalah aura kerajinan nak datang!

Sambil-sambil blogwalking tu.
Ayu suka jugak baca tentang kehidupan dorang.
Ada yang housewife, ada yang bekerja dan ada yang bisnes.
Tapi respek sangat dengan kerajinan dorang.

Rumah dorang kemas dan bersih jer.
Takder alasan takder masa nak kemas rumah.
Sebab pada ayu sendiri pun, biar penat badan mengemas...
Asalkan tak 'penat' mata memandang rumah bersepah!
Itu lagi bukan gua stress dan nak mengamuk jer!

Cuma masalah besar sekarang ialah...
Bila duduk rumah 2 tingkat ni... rasa makin penat nak kemas rumah.
Dah rasa macam jaga 2 buah rumah pulak.

Paling takleh tahan... nak susun pakaian kat almari/drawer kat bilik atas pun malas.
Sudahnya, lipat dan letak atas tangga. Hahahhahaha!
Nak pakai ambik jer dari situ!

Bila rajin baru naik susun kat atas.
Parah... parah!


Erkk... Esok nak pergi kedai perabot. 
Nak beli meja makan.
Bajet 1K jer... kalau ada lebihan tu ingat nak beli buai.
Takpun, nak beli meja + kerusi untuk letak kat anjung.
Boleh guna untuk lepak-lepak waktu petang dan malam.

Jumpa lagi. 

2 comments:

UMIE SUE said...

Salam perkenalan jugak!!! yayy jumpe geng organizing lagi

Ayu Rashid said...

hai umie sue... erkkk! i tak layak lagi nak masuk geng Organizing... maybe geng Not-So-Called Organizing kot hehhehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...