Monday, September 30, 2013

Deko Bersama Ayu Rashid| Maafkan Saya Sekiranya...

  • Korang rasa poyo-nya blog ni, tak best pun.
  • Eh, asyik tayang rumah dia jer (eh! takkan nak tayang umah awak kan?)
  • Manjang citer bab deko-deko, macam bagus jer!
  • Uhuksss! Rumah sewa jer pun, bukan rumah beli sendiri.
  • Eiiii, tak lawa la deko rumah dia... macam makcik-makcik.
  • Perabot murah jer tu... buat camner pun tetap tak lawa
  • Emmm, bila ayu nak update blog nie (ececece perasan!)
  • Rindu dengan celoteh ayu pasal deko-deko
  • Deko rumah ayu simple tapi menarik walaupun perabot murah jer, nak tiru boleh?

JIKA itu yang korang rasa...
Maafkan ayu okey!

Oh! Kemaruk apekah ini?
Asyik nak buat entry blog, share kat FB dan IG pasal rumah jer!
Padahal rumah sewa jer pun! 
Bukan rumah beli dan tak mewah pun rumah sewa kami ni.

Elehh...
Perabot cap cokia jer pun. Nan adooo mahalnya!
Semua mau tunjuk ke...

Langsir pun murah jer, cap Nagoya.
Pastu, pokok bunga pun hidup segan mati tak-mau-mau!
Tu haaaa, yang beli kat Nursery bulan lepas dah nazak dah huhu.

Tapi... ayu tau ada yang suka baca kan?
TQ anyway.


Lepas ni kalau ada kesempatan.
Ayu akan share deko rumah ketiga-tiga rumah Ayu pernah sewa dulu.
Semua tu dah jadi kenangan.
Tapi disitulah kami sekeluarga menyulam kasih sayang gitew.

Walaupun rumah dibeli dah ada, tapi kami memilih untuk menyewa.
Sebab kami tak berhasrat nak tinggal di Bangsar.

Jumpa lagi...
P/S: nanti nak beli pokok bunga melor-lah. Wangi-comel-senang nak jaga dan 'tahan lasak'. Sesuai ditanam untuk orang yang tak berapa rajin jaga pokok tapi ada hati nak tanam pokok banyak-banyak...pffftttttt!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...