Wednesday, September 4, 2013

Memilih Warna Ruang Tamu


Nampak tak 2 dinding kat bawah ni?

Ni la kaler dan hasil seni kat dinding di ruang tamu rumah sewa kitorang!

Ini kalau anak i yang buat hasil seni macam ni, mau satu taman dengar suara aku jer!

Sampai nizam pun cakap, kenapalah sampai macam ni sekali dindingnya.
Oh! Baru aku perasan... nizam pun tak suka umah tak berjaga.
Walaupun pada hakikatnya aku yang semput menjaga rumah sesorang!

Tapi at least nizam bolehlah diharap.
Semangat jugak dia memberi cadangan warna, membeli, membayar dan mengecat rumah.

Ni keadaan rumah kitorang sebelum di cat.
Which is keadaan yang perlu diubah segera.
Memang sakit mata memandang, stress lagi fikiran tengok macam ni.


Dinding ni kami berdua decide as Feature Wall.

Nizam berangan nak pasang wall paper. My answer is NO NO NO!
Bukan sebab tak suka, tapi buat apa nak membazir sampai nak ber-wall paper bagaikan.
Lainlah rumah sendiri. Kasik cat pun sudah mencukupi.

Menyewa ni kena beringat jugak. Bila-bila masa jer manalah tau tuan rumah nak duduk semula atau nak sewakan pada orang lain. Tak ke rugi tu? Dan confirm untung tuan rumah dan orang yang nak duduk tu. Dah dapat dinding lawa dan mahal. 

Kita kasik cat sajer. Jangan nak over-over yer!


Ni dinding menghala ke dapur.
Asalnya sini ialah dapur. Tapi tuan rumah dah extend dapur ke belakang.
Sebab tu rumah ni jadi lebih besar dan lapang. Kat sini sesuai dijadikan tempat tidur family area iaitu tempat tengok tv tunggang terbalik atau letak meja makan.
*Abaikan hariz yang tertonggeng itu!


Dulu masa nak pilih cat rumah,
Ayu dan nizam jer beria kasik cadangan nak kaler tu... nak kaler ni.

TAPI...
kali ni Dania pun nak menyebuk jugak!

Dia pulak sakan bagi cadangan warna.

Kejap nak purple... kejap nak oren... kejap nak biru.
Lepas nak belang-belang pulak.

Sudahnya papa mama cakap:
"Bilik dania nanti dania pilih nak kaler apa, ruang bawah papa dan mama pilih".

Best menjadi diktator ni hahahaah!



Gigih nizam wasap ayu gambar warna cat ni. Masa ni dia kat kedai hardware di Yong Peng.
Pastu ayu cakap laa... dulu rumah Blok 12 Seksyen 7 dah kaler ni... takkan nak sama lagi. Boring.

So, nizam cakap... ok, nanti kita beli sama-sama.
Kang papa pilih tak berkenan muncung pulak.
Hahhahaha. Harus muncung kan!

I pun wassap la jugak kaler pallete ni  kat nizam masa tu jugak.
Mata ni nak biruuuuu jer sejak beli si BIRU tu kan.
Ok, kita beli yer!
  

Sudahnya... kami ke kedai Harware di Semenyih Sentral sesama dan sesama pilih kaler untuk Ruang Tamu.
Pilih bersama pun aku tetap menang hahahha.



BIRU rumah kami nanti!
Tak sabar nak buat make-over bagi menyedapkan mata!



Jom! Deko bersama Ayu Rashid.


No comments: