Friday, September 27, 2013

Deko Bersama Ayu Rashid| Rak TV Berwarna Baru

Rak TV ni pun cap Cavenzi.
Beli bersama dengan sofa hitam tuuuuuu.


Gambar masa  baru beli... masih cantik menawan. Hehehhee.

Ini masa pindah ke Semenyih. Masih elok lagi, cuma sedikit kotor dan ada dania lekatkan sticker kartun. Stress mak!

Oh ya, ayu suka perabot color hitam.
Sebab nampak moden dan ekslusif.
TAPI... tak tahan nak lap habuk.
Sebab bila warna hitam... habuk akan mudah nampak!
Better color coklat or putih. Habuk tak nampak walaupun tebal 5 inci!
Motif yang sangat sesuai untuk orang tak rajin macam i!


Kebetulan pulak tanya-tanya jiran yang biz sofa tu.
Katanya boleh nak sembur semula.
Maka, pucuk dicita ulam mendatang
Kita buat sekali harung dengan re-upholstery sofa sekali.


Masa baru sampai. Kemas kan? Siap balut lagi. Terus nampak baru rak tv ku!





Happy Weekend!

No comments: