Thursday, September 26, 2013

Re-Upholstery Sofa

Sofa L-Shape cap Cavenzi ni Ayu beli dalam tahun 2008 tak silap.
Harga RM1500+-. 
Masa ni Cavenzi tengah 'in' dan harga pun sesuai ngan bajet seorang AR.
Hehehhee... beli cash dengan hasil kumpulan duit gaji selama 2 bulan.
Gila semangat masa tu, maklumlah nak sangat sofa baru kan...


Sofa L-Shape beli kat Perabot Bahagia i jual kat kawan adik i.
Jual pulak murah gila... konon berangan kaya masa tu hahahaha.
Sofa + coffee table + rak tv + console table = RM500
Ingat balik menyesal pulak... sebab semua masih elok lagi.
Tujuan jual ialah sebab nak masukkan perabot baru.
Maklumlah rumah flat, mana nak sumbat perabot banyak-banyak.


Tapi...
Tahun demi tahun, sofa L-Shape Cavenzi tu dah pecah-pecah kulitnya.
Maklumlah bukan 100% kulit kan...apalah sangat kualitinya.
Itu pun bertahan lama sebab kami tak duduk sangat.
Span dan kayunya masih elok teguh lagi.
Sebab tu sayang nak buang.


Nizam suruh tinggal jer kat rumah lama masa nak pindah Julai lepas.
Tapi i sayang! tetap taknak buang.
Sampai kawan nizam pun gelak tengok sofa i tu... hehehe.
Katanya beli baru jer zam. 

Memang asalnya nak beli baru jugak.
Tapi nak yang mahal ajer kan...
Lagi pun mana ada yang murah-murah tapi nak yg cantik menarik kan?
Takder 3k++ mimpi jer lah! 



So, since the day kami pindah dok Semenyih.
Sampailah beberapa hari nak raya puasa.
Sofa tu letak kat anjung rumah jer.
Tak sanggup nak bawak masuk dalam rumah
Sebab kulit pecah-pecah tu akan bersepah sana sini.


Asalnya ayu ada contact sorang mamat yang buat biz re-upholstery.
Ayu cuma nak buat slip cover jer. Dalam RM700 upah + kain katanya.
Tapi, asyik postpond nak datang ukur sofa dan bawak sampel fabrik.
Then... lepas raya dalam 2 minggu baru boleh siap katanya.
Tak kesah la lambat siap tu... tapi tak suka la janji macam tu.
Sudahnya ayu diamkan ajer. Orang dah balik beraya baru nak contact tanya semula.
Its too late la bro... i dah dapat yang lagi bagus punya.
Jiran setaman lagi... hehheehhehe.


Actually jiran i ni buat business sofa.
Kakak nizam yang kenalkan.
Alhamdulillah...sangat puas hati dengan servis dan hasilnya.
Harga cuma RM700 untuk upah dan kain.
I buat re-upholstery (jahit mati untuk lebih jimat dan kemas).


Beliau datang ambil sofa dan rak tv (sembur semula kaler putih)
Sehari sebelum kami balik beraya. 
Pilih fabrik beberapa hari sebelum tu.
Lepas raya balik jer Semenyih terus beliau hantar sofa dan rak tv berwajah baru.
Cantik dan sangat puas hati.


Re-upholstery sofa = RM700
Cat rak tv = RM150
*Ahamdulillah, guna duit hasil business PB pada bulan Ramadhan hehehe.


Maka... inilah hasilnya!
Sofa berwajah baru. 



Tapi, rasa menyesal pulak pilih fabrik yang macam ni.
Sebab color jadi macam lain dan mcm kotor  bila 'reflections' kain tu.
Jadi macam bertompok-tompok.

Macam ni la reflections kain tu... tak berapa cantik jadinya.
Tapi ayu memang puas hati dengan kekemasan hasil jahitan.
Berbaloi-baloi sangat! I yang silap pilih fabrik huhuhu.


Takper, dah pasang dah angan-angan ni...
Nak tukar fabrik lain pulak... heheheheh.

Nanti i share pulak gambar Rak TV berwajah baru tu... Tadaaaaa!

5 comments:

Hayatie Hashim said...

Slm ayu..bagi akak dah cantik sofa tu..tak nmpk mcm comot pun..sbb jenis fabrik dia mmg gitu..klu ayu pandai matchkan warna cat dinding, aksesori soft furnishing mcm bantal, carpet dan langsir mmg lg nmpk ekslusif sofa tu :)

Ayu Rashid said...

wsalam kak atie... tq for visiting and ideas... dulu masa rumah sewa sebelum ni dinding dah cat kaler cream+coklat... ikutkan kaler tu match ngan sofa ni. tapi bila pindah semenyih konon nak kaler menyerlah gitu, hehhee... in shaa Allah soon nak beli sarung kusyen kaler ala2 biru gitu.

Karya Mahirah said...

ayu, boleh tau ayu duk mana? boleh share ke contact number jiran yg buat sofa tu?

Anonymous said...

Salam puan, jiran puan masih buat sofa? Boleh share contact number?

Natrah Mohamed said...

Jiran kat mana?
Hehehe..

Saya tengah cari idea dan orang untuk baiki sofa.

Tenkiu atas perkongsian ni.

Natrah Mohamed.
Www.natrahmohamed.com