Thursday, September 19, 2013

Living Hall| Untuk Keluasan Maksima!

I ni kan... nak sangat rumah cantik macam orang lain.
TAPI... masalahnya i tak suka kalau banyak barang.
Kalau boleh nak ruang tu boleh jadi lapang-selapang-lapangnya!
Gitew, rumah kecik berangan nak lapang.

Pada ayu dan nizam.
Keselesaan dan keselamatan anak tu paling utama.
Nak carik hiasan kaca or yang kecik-kecik memang takla.
Dah la hariz dan dania suka main bola dalam rumah.
Nanti satu taman dengar suara mama dorang jer menjerit :)


Hari ni, gigihkan diri sendiri angkut tilam queen dan single naik atas.
Enough berlonggok tidur kat bawah.
Semak mata tengok tilam melonggok kat hall.

Hehehe... sebetulnya my family nak datang.
So, untuk keluasan dan keselesaan maksimum, ayu jugak alihkan sofa.

Bila letak kat depan pintu masuk aka sliding door.
Macam ni keadaannya... cantik tapi sempit!

Ni konon sempena Raya laaa... walaupun takder orang datang beraya hahahaha!


So, ayu pun buat la operasi sesorang mengalihkan sofa ni:


Asalnya selalu letak tilam kat sini. hehehe. ngam-ngam muat tilam queen + single.


View dari dapur


Nasib baik sofa LShape, senang nak tarik sana-sini.


Ok, dah siap!


View dari pintu masuk
Letak tikar buluh pulak kat sini. Haaaa, kan lapang gilaaaa tu!


Nampak tak cat biru Feature Wall tu dah bercapuk-capuk. Huuuu nak kena cat Undercoat dulu semula... then cat biru semula lagi sekali. Sebab dinding tu lembap, thats why jadi macam tu.


*Meja studyku masa belajar kat MMU dulu. walaupun dah nak tercabut, tetap berjasa sampai sekarang. Terpaksa la letak kat hall sebab nak buat kerja/online depan mata hariz. Walaupun meja ni mencacatkan deko rumah, tapi what to do? Terpaksa laaa demi anak. Jika tak nampak mama depan mata... memang meraung laa.

Ok... jumpa lagi :)

No comments: