Thursday, October 24, 2013

Bilik Hariz| Cat Bertemakan Warna Putih + Coklat

Bilik Hariz? Macam pelik jer bunyinya :)
Sebab tatau nak bagi apa nama untuk bilik ni.
Ni sebenarnya Third Room. Bilik paling kecik cinonet.

Kecik sangat berbanding Third Room rumah Seksyen 7 dulu.
Walaupun rumah Seksyen 7 tu just rumah flat, 
Tapi semua bilik jauh lagi besar dari rumah sini.

Nak susun barang pun senang. Kat sini? Seksa.
Jenuh letak situ-alih sini, pusing situ-pusing sana. 
Konon nak kasik effect lapang luarbiasa. Padahal macam tu jugak.
Nak kata banyak perabot tak jugak.
Just perabot lama basic jer. Mana perlu ada jer.

Buat masa ni adik ayu (aka Ayah Su) belum duduk ngan kitorang.
Bilik ni kosong, so kita namakan Bilik Hariz :)

Ayu memang tetap suka kaler Cream + Coklat.
Warna yang evergreen.
Rindu pulak ngan rumah Seksyen 7 huhuhhu.


Contoh kombinasi warna Cream + Coklat. *Bunga atas dulang hantaran kawen dulu*


Warna asal bilik... Putih yang dah tak berapa nak putih. 


TAPI untuk bilik ni, kami tak guna color Cream... tapi guna kaler putih untuk Non-Feature Wall. Sebab nak kasik effect lagi luas. Dan in case bila-bila nak tukar Feature Wall kaler lain (*sempat berangan tu!), senang nak match.
So, our Feature Wall is COKLAT.


Nampak tak kaler dinding tu berbelak-belak?
Nizam nak cat semula ketiga-tiga Feature Wall bilik.
Kelabu (Master Bedroom)
Purple (Bilik Dania)
Coklat (Bilik Hariz)

Tapi... ayu cakap tak payah buang masa buang duit dah.
Cukuplah apa yang dah ada. OK sangat dah tu.

*Padahal bini dia ni malas nak mengemas semula hahahha.
Dia mengecat takpelah, kita ni haaa nak kemas semula. Letih makcik.

Bilik ni tak berapa siap lagi. Masih dalam fasa mengemas dan mencantikkan.
Ruang sempit, susah sangat.
Cuma muat letak katil bujang dan almari sebijik.

Nizam cakap kalau Ayah Su budak-budak dok ngan kami...
Dia nak letak TV dan Astro kat bilik ni.
Kesian Ayah Su kebosanan nanti sebab TV bawah manjang ngan kartun.
Tapi buat masa ni... bilik ni jadi tempat susun bantal hehehhe.

More pictures soon together with its progress.
Sebab nak kena pasang railing langsir dan ingat nak letak kipas siling.
Plug dalam bilik ni me-limit-kan nak deko sebab kalau letak barang dekat plug dah susah.

No comments: