Thursday, October 17, 2013

BILIK KEDUA| Warna Cat Pilihan Dania

Warna asal ketiga-tiga bilik kat rumah ni ialah putih.
Dinding memang dah agak kotor, berconteng sana-sini.
Nak taknak memang kena cat. 
Banyak kena habiskan duit sejak menyewa kat sini.


Dania request nak biliknya kaler Purple + Pink.
Pastu demand lagi nak cat belang-belang.
Tapi tiadalah kerajinan Ayah Su dan papanya nak mengecat belang-belang.
Tengoklah kot ada kerajinan nanti.
Buat masa ni, cukuplah cat biasa jer dulu. Jangan nak over.
Ini pun nasib baik Ayah Su ada kat sini. 
Maklumlah papa dania manjang kerja. 


SEBELUM





PROSES MENGECAT

Bahana guna cat Colorland. 
Tak tau la samada nizam dan adik i tak terer mengecat... 
Tapi ketiga-tiga warna yang kitorang guna cat jenama ni semua jadi macam ni.
Berbelak-belak walaupun dah lapis beberapa kali.

Cat jenama lain (Jotun dan Dulux) yang biasa kitorang guna OK pulak.
Orang yang sama, skill yang sama. Tapi hasil lain.
So, mana silapnya? 

But one thing for sure... kami memang takkan beli cat jenama Colorland dah!
Nanti next entry Ayu akan share ketiga-tiga dinding yang guna cat jenama ni.

Nizam nak undercot dan cat semula.
Tapi ayu cakap, tak payah laaa. Rumah sewa jer pun.
Beria sangat pun rumah orang... 
nanti untung saper gantikan kami atau tuan rumah ambil semula. 
Hahhahaha. Gila kedekut.
Ye lah, dah cat semula satu rumah dah kira bagus kan.
Untung sesaper yang kasik kami menyewa.
Memang kami akan cat dan cantikkan rumah tu.
Kalah tuan dia jaga sendiri... :)




Nak balik kampung, kami tinggal jer keadaan macam ni.
Bersepah. Sebab kami balik kampung esok pagi lepas bilik ni di cat.

Balik lepas raya haji nanti baru nak berkemas.
Bilik ni maybe nak pasang ekon.

Nantikan update progress bilik ni soon.
Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Love; Love; Love;
Ayu Rashid

No comments: