Thursday, October 10, 2013

Dapur| Meja Makan yang Dinanti

Dah 8 tahun kami kawen, macam cikai bebenor kalau takder meja makan kan?

Actually masa baru kawen on August 2005, ayu dah beli meja makan.
Beli pun pergi ngan kawan-kawan kat UNISEL.

Nizam pasrah jer dapat bini suka shopping sendiri kan.
Balik-balik rumah dah ada perabotnya.
TAPI... rasanya dia bergumbira kot, sebab tak susahkan dia.

Masa tu duduk rumah flat kat Seksyen 7.
Blok 7, iaitu Blok yang dekat dengan Blok 12 yang kami baru tinggalkan.

Masa tu ayu beli meja makan 4 kerusi.
Harga pun murah jer, rasanya less than RM400. 
Masa tu harga perabot kat Perabot Bahagia sangat murah.
Beli pun sebab kakak unisel rekemen.
Maka terus rombongan Geng Bas Sekolah kami pegi ke Perabot Bahagia!
Malah majoriti perabot dalam rumah kami masa tu adalah dari kedai tu.
Walaupun murah, kualiti memang bagus.

Inilah meja makan tersebut. Simple jer, sesuai untuk hidup berdua kan.
OMG! Rindunya kat rumah ni. 

Hah! Amik ko kaler... hahahhaha. Masa ni tahun 2005. Trend kalerful macam ni memang tengah 'in'. Kaler yang tak-hagak-hagak! Bila tengok balik, OMG! Buta warna ke aku ngan nizam dulu *erk, aku yang pilih bukan nizam hahahha.

Masa ni memang baru kawen sangat-sangat. Inai masih dijari. Rumah pun cantik bersih manjang. Kata dok berdua kan. Saper nak tukang sepahnya? Maka sentiasa cantik umah iols. Rumah sekarang? OMG! tak terkemas dah rasanya. Huhuhu.

Meja makan ni kami JUAL bila dah nak pindah dari rumah Seksyen 18 ke Seksyen 7 semula. 
Haaa! Kalau sesaper nak tau, kami ni memang kerap berpindah randah. 

Sejak dah kawen 8 tahun ni... 
Kami dah duduk 4 buah rumah termasuk rumah sekarang. 
So kira average 2 tahun sekali kami pindah gitew. 
Nanti i story kenapa pindah dan i share deko rumah-rumah lama dulu. 

So, sejak dari pindah dari Seksyen 18 ke rumah Flat PKNS Seksyen 7 Blok 12:
Iaitu dalam tahun 2008... kami TAKDA MEJA MAKAN. 
Maka tempat makan adalah dimerata-rata tempat kat ruang tamu di depan TV. 
Haaaa, mau tak selera makan kalau sambil menatap tv! 

Jual pun bukan mahal. RM200 tak silap. Jual kat geng kerja TNB nizam.
Dorang letak kat Yard TNB Bangsar kat tempat dorang lepak-lepak. 
Ayu jual sebab nak jimatkan ruang dalam rumah. 
Sebab rasa sempit ada meja makan. 

Sebab tu ayu dan nizam OK jer takder meja makan;
Sejak dari 2008 hingga dah pindah Semenyih ni.

Kat Semenyih ni rumahnya dapur besar. 
So, iols nak la jugak ada meja makan. 
Rasa macam sendu bebenor takder meja makan.

So, last 2 weeks kami pergi beli meja makan. 
Tunggu. punya tungguuuuu... punya tunggguuuuu.
Semalam baru sampai. Janji 3-4 hari dah sampai. 
Kalau tak sampai semalam memang ayu nak cancel. Takder rasa regret pun. 

Sebenarnya lagi suka hahaha. Sebab ayu tak berkenan pun yang ni.
Sebab ayu nak kaler coklat muda. Sebab taknak la perabot kaler hitam.
Nanti mudah nampak habuk.
Nampak tak permainan orang malas disitu? hehehhe
Kalau perabot kaler coklat muda kan tak nampak sangat habuknya. 
Kalau hitam? Azab ok nak jaga hew hewwwhewwww.

Tapi kalau cerewet sangat kang, nizam taknak belikan pulak.
Sebab dia yang nak belikan. Iols simpan duit sendiri untuk beli langsir hehehe.
So, i pasrah jer la... Hitam pun hitam laaa. sobbb sobbbbb.

Oh yer, harga meja ni murah jer. RM700.
Oklah setakat nak letak kat dapur.
Nanti lawa sangat kang, aku bersila kat ruang tamu semata taknak meja kotor haha.

Dah namanya harga RM700. kayunya alahai nipis dan ringan jer.
Elok lagi yang i belikan mak i kat Besut.
Eh! Banyak songeh pulak kan... 
Apa pun, TQ papa belanja meja makan. 

*Actually ayu nak meja makan dengan 4 kerusi jer.
Tapi nizam nak yang 6 kerusi.
Sebab katanya senang kalau family datang. 
Takkan nak makan bergilir-gilir kot.
OK... ayu pasrah mihmihmihhhhh.

Rumah tengah bersepah, sebab masih dalam proses mengecat 2 lagi bilik kat tingkat atas. 

Jangan berangan nak letak karpet kat meja makan. Takder kerajinan nak menjaga.

Alas meja pun yang plastik jer. Beli kat The Store minggu lepas lagi. RM10/m. 

Lepas ni makan sambil kira berapa kuntum bunga yang ada... ehhehehehe.

Dah ada meja makan pun... tetap nak makan kat luar jugak.
Hehehhehehe... kalau dah tebiat tu kan.
Tapi at least presentable la sikit. 

Lepas ni, nak kemas lagi dapur dan pasang langsir.
Nampaknya langsir nak kena kaler biru dan pink kot.
Ikut tema alas meja ni... Temalah sangat kan.

Jumpa lagi.

XOXO;
Ayu Rashid

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...