Thursday, October 3, 2013

Deko Bersama Ayu Rashid| Mabuk Warna!


Rasanya selagi belum habis satu rumah kami cat.
Kami akan terus mabuk warna!

Pindah rumah kali ni kan...
Nampak gayanya nizam pun menyebuk bersungguh nak cantikkan rumah.
Maklumlah, orang dapat rumah dekat ngan adik-beradik dan kampung dia hehe.
Maklumlah, dah dapat duduk rumah atas tanah kan...
Dua-dua 'kekasih hati' dia dapat parking depan pintu rumah.
Mau nizam tak eksaited!

Yang ayu ni, memang pantang pindah rumah.
Mesti nak cat rumah ikut sesuka-hati-sesedap warna i nak.
Kalau ikutkan hati, setiap tahun nak tukar kaler cat rumah.
Itu of course nak pelempang kan, sebab tukang catnya nizam atau adik i.
Kalau beli tu takder masalah, setakat cat tu i mampu la beli.
Kalau namanya nak mengecat sendiri... pfftttt! 


TAPI...
Bila ingat semula masa first time tengok rumah i sewa sekarang ni.
Perkara pertama kat otak kami berdua ialah:
"Rumah ni memang 99.9% kena cat semula!"


Jumpa jer tuan rumah, terus tanya...
"Boleh tak kami cat rumah, kos kami sendiri tanggung"


Emmmm... macam ni lah keadaan rumah masa kami pindah masuk.
Merasalah jugak duduk dalam keadaan macam ni dalam sebulan.
Sebab kami pindah seminggu sebelum puasa.
Bulan puasa nizam sibuk kerja sana-sini-sinun.
Memang raya kami pun dalam rumah yang 'tak berhias'.
Mak pasrah uols! Nasib baik lama beraya kat kampung hehhee.


Dekat pintu masuk


Ruang tamu menghala ke dapur dan tangga ke tingkat atas.

Ruang tamu dan Hall secara keseluruhan

Ketiga-tiga bilik macam ni lah lebih kurang keadaannya.

Dapur. Ni bahagian paling sendu nak bersihkan. Huhuhuhu!

Alhamdulillah...
Progress mengecat setakat ni dah kira 50%.
Ruang tamu dan dapur dah siap cat.
Sekarang dalam proses nak cat ketiga-tiga bilik.


Kali ni cat keseluruhan rumah adalah konsep Colors of Rangoli.
Macam-macam kaler ada...
Maklumlah, ayu, nizam dan dania nak memilih kaler memasing kan.

Ruang Tamu: Blue + Soft blue
Dapur: Ala-ala Green
Bilik Utama: Dark Grey + Lite Grey
Bilik Dania: Purple + Sweet Pink
Bilik Tamu: Coklat + Grey muda

Dah selesai cat dalam rumah.
Kami plan nak cat luar rumah pulak.
Kaler sediada ialah oren.
Ingat nak cat putih jer. 

Selamat mabuk warna... heheehe

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...