DIY Gubahan Bunga| Bunga Hantaran Kahwinku!


As Salam.
Lama tak show off share pasal gubahan bunga tiruan kan?
So, ayu nak share gubahan bunga yang sangat simple ngan korang.
Actually, ayu sedang mengemas dapur.
Sejak pindah tak berkesempatan nak unpack banyak barang lagi.

Kemas-kemas tadi, ayu 'jumpa' bunga-bunga dari hantaran kawen dulu.
Hantaran dari pihak nizam kepada ayu.


Dah lama uols!
8 tahun sudah... weols kawen pada 20/8/2005!
Maka, kira bunga dan hantaran macam ni memang dah lapuk gila la hahhaha.
TAPI, masa tu dah kira best sangat dah ni.
Lagi pun kitorang kawen simple-simple jer.
Janji takder sampai nak kena berhutang ngan bank semata nak kawen kan.


EH! ke lain pulak citernya kan.
Bukan main panjang introduction.

Ayu basuh dulu bunga ni. Berhabuk sikit walaupun simpan dalam plastik.
Kata dah 8 tahun kan!
Ini pun kira cukup cermat la sebab masih ada dan elok lagi.
Cuma riben-riben ayu dah bukak lama dulu kot hehe.
Oh yer, bunga dan bakul hantaran dari pihak nizam kepada ayu pun elok lagi simpan.
Itu pun stok nak kena selongkar carik jugak.
Nanti i show off tayang bila dah jumpa.


Eh! Ke lain lagi...
Ok, kita mula 'menggubah'  bunga ini yer.

Dah siap basuh dan dah kering.
Nak menggubah bunga sekarang ni asyik berebut ngan hariz jer. Dulu ngan dania.
Mama tak sempat nak cucuk kat span, hariz dah mencucuk dulu dah. Siap bawak lari lagi taknak kasik mama.

 Bahan-bahan
Bakul
Beli kat The Store Semenyih. RM3.90 jer uols!
I beli minggu lepas. Saiz besar 5 bijik, saiz kecik macam ni 2 bijik.
Takder plan pun nak gunakan untuk buat bakul gubahan bunga. Asalnya nak gunakan isi barang kecik-kecik kat dapur dan dalam bilik. 
Tapi, dah terjumpa bunga hantaran ni, terus i ambik bakul ni sebijik untuk dijadikan bakul bunga.
Cantik kan?


Span


Mulakan Sesi Mencucuk Menggubah



Dah Siap!


Letak kat Kabinet Dapur
Bukan main kat dapur pun ada bunga bagaikannnn!
Maklumlah baru semalam siap kemas kat dapur.
Tunggu meja makan dibeli tak sampai-sampai lagi.

Nanti Ayu share ayu berkemas dapur pulak.
Nak kata kemas tu takder la jugak.
Tapi presentable la sikitttttt... baru semangat sikit nak masak.
Huh! Semangat la sangat kan...
Kalau dah dasar malas masak tu.


Oh, ayu nak share jugak gubahan bunga putih bulat-bulat ngan korang.
Tu bunga feveret i sekarang. Beli kat Nilai 3 dua minggu lepas.
Stay tune dan selamat mencuba menggubah bunga!


XOXO;
Ayu Rashid

Comments

Popular posts from this blog

De'Xandra Perfume: Top 10 Selling

Idea Deko| Dilema Rumah Sempit?

Resepi Solok Lada Original Terengganu