Tuesday, October 8, 2013

Laman dan Beranda| Bersihkan Tanah Sekangkang Kera

Dah lebih kurang 3 bulan pindah sini.
Belum ada kesempatan kerajinan nak bersihkan tanah luar pagar.

Actually, ayu memang berharap sangat dapat rumah ada laman besar.
Which is laman yang ada tanah untuk tanam pokok.
Tapi takder rezeki, sebab tuan rumah dah tiles semua.
Tinggal kat luar pagar jer sikit. Nasib la ada jugak kan.
So, kenalah tanam pokok bunga dalam pasu jer :(




Bila tengok jer kat bahagian ni, sakit jer mata.
Sebab alahai, banyaknya sampah dan batu kecik-kecik.
Tapi nak membersihkan tu asyik bertangguh ajer.
So finally berjaya jugak akhirnya.
Itu pun sebab mak ayu ada sini lagi. Sambil layan mak sembang.
Sambil layan budak-budak main dengan anak-anak jiran.



Semalam siap beli penyapu lagi untuk sapu kat luar ni.
Ni gambar ayu snap lepas dah sapu.
Sebelum tu...huyooooo! azab la jugak sampahnya.
Tatau la  berapa lama punya sampahnya.
Nak tunggu reput sendiri kot, kasik jadi baja organik terus.


Tanah ni sebenarnya berkongsi ngan jiran sebelah.
Kiranya tanah kami 2 jengkal, tanah dia 2 jengkal = sekangkang kera!
Hahahha memang kecik gila la kan.
Sebab ruang pemisah rumah jer pun.
Sayang jika tanah yang sedikit ni pun kita tak guna atau jaga kan.
Kan elok berbudi kepada tanah... ecececece..
Ntah-ntah aku rajin seminggu jerk jaga hahahaha.

 Begitulah rupa parasnya... Tak semenggah kan.
Kalau tanah i semua senang pulak kukerjakan.
Ini separuh jiran punya.
Kang aku cabut pokok dia ada berparang pulak hehehe.


Ni lagi satu masalah constraints nak hias beranda rumah.
Bila nizam dah bawak balik WKS... dah takder ruang untuk berdeko beranda.
Sebab bila parking 2 buah kereta, memang putih mata la nak letak apa-apa.
Kan iols berangan nak letak buai, nak letak meja + kerusi.
Huuuuuu! sedih.

Takkan nak jual WKS semata aku nak berdeko laman.
Ada aku kena lempang laju-laju ngan nizam.

 Pokok betik i dah besar! Tak lama lagi boleh la menuai hasilnya. Ewaaahhh!
Ini pun nasib baik abah datang tanamkan,
Kalau tak, membesar dalam plastik bag jer la jawabnya.


Last but not least...
Pokok bunga iols dah semakin sihat dan besar.
Buat masa ni belum ada kesempatan lagi nak tambah.
Asal lalu depan nursery jer dah maghrib atau malam.
Semata nak ajak nizam keluar pergi Nursery, kimmmmm salam jer laaa,
Takder dia nak layan punya... huhhuhu.

Agaknya kalu i boleh drive, seminggu 4x i gi buat lawatan tapak kat nurseri tu.
Hahahahhaha. Ada hikmah aku takut nak drive.
Supaya penjimatan berganda.

OK... jumpa lagi.

XOXO;
Ayu Rashid

1 comment:

che dai said...

Betui...kita yg pompuan ni memang suka wat lawatan ke nursery. Banyak jugak duit akak melabur kat situ beli pasu dan pokok. Sekarang dah macam hutan. Hehew