Sunday, October 6, 2013

LIVING HALL| Karpet Baru cap Nilai 3


Dah 2x ke Nilai 3 (semalam pun pergi).
Baru nak update pasal pergi Nilai 3 buat kali pertama bulan lepas.

Bulan lepas masa abang ayu dari Trg datang, kami gi Nilai 3.
Menemankan dia la konon... padahal kitorang yang over!
Beli memacam. Tapi yang pasti dapat la beli karpet bulu-bulu halusssss.


Ni gambar sofa kami bersama Karpet cap Jakel.
Karpet ni ayu beli dah 3 tahun lebih.
Beli masa dah dekat nak berhenti kerja UNISEL dulu.
Harga karpet ni RM550. Beli cash lagi hehhehe.
Maklumlah, masa tu kerja walaupun gaji tak besar, 
Tapi komitment pun tak besar. Nak apa, pejam mata jer beli.
Kena pejam, kalau celik nanti nampak jelingan 'manja' nizam.
Hhahahahha... takper, duit ayu sendiri nizam takder hal punya.

Karpet ni masih sempurna sangat! Sebab masa dok Shah Alam, tempat letak karpet ni kami memang tak duduk atau lalu-lalang sangat. Sebab letaknya dekat tingkap. Tingkap tu panas waktu petang. So, memang bersih lagi dan bulu-bulu tu elok sangat. Lagipun, memang berkualiti. Puas hati dengan harganya!

Tapi. bila dah pindah ni... nak jugak suasana baru kan.
Lagi pun harga karpet bulu-bulu ni dah murah sangat.
Haaaa, kooooooo... sampai rambang mata iols tau.

Ikutkan i nak pilih kaler KELABU.
Tapi, nizam taknak. Huh! Dia  nak yang ada kalerful gitew.
So, dia pilih yang ni... mak pasrah sebab dia yang bayar hheheh
Alah, murah jer korang. RM150.




TAPI...
Punyalah seksa nak jaga ok!
Sebab hariz suka makan berterabur sana-sini.
2 hari sekali nak kena vacuum.

Huuuuuu... nanges iols!
Nak cantik punya pasal kan... kenalah rajinkan diri
*Sambil lap air mata!

Karpet Jakel ayu letak kat tempat sebelah sofa...
Boleh la buat baring-baring sebab tebal.
TAPI...
Bersedialah nak kena gigit dengan SEMUT.
Hew hewwwww...

Jumpa lagi.

XOXO
Ayu Rashid

2 comments:

Karya Mahirah said...

lawa combonasi karpet dan sofa tu...

Mama Cahaya Mataku said...

saya pun ada karpet nilai 3 tu.. cantik kan. tapi saya pasang kat bilik tidur. buat lapik solat. lebut aje.. hihihi