Tuesday, October 8, 2013

Living Hall| Membeli dan Menempah Langsir Eyelet Idaman Kalbu


Dalam previous entry ayu ada cerita pasal keinginan nak buat Langsir Design Eyelet untuk sliding door dan tingkap dekat tangga. 

Biasa ayu beli kain kat Nagoya jer. Then tempah kat tailor. Tapi since dah dekat ngan Nilai 3 dan nak buat design Eyelet, so ayu decide beli kain dan  terus tempah kat kedai jer. Senang. Mahal pun takper, asal puas hati. Ayu bajet dalam RM600 untuk 4 keping. 

Ukuran untuk kedua-dua bahagian tersebut *masa ni tak tulis lagi ukuran hehe*


Pukul 3pm kami gerak ke Nilai 3 lagi. Nizam pun eksaited nak pergi sebab dia nak belikan kereta mainan untuk hariz. Alaa, kereta besar yang budak boleh masuk kat dalam tu. 

*Tapi puas pujuk, hariz taknak... sebab dia takut. Haaa! Pelik kan, orang pujuk anak taknak beli mainan... ini kitorang pujuk anak nak belikan mainan... Terbalik sudah!


 Since ayu dah baca kat blog Kak Hayati pasal kedai langsir yang murah dan cantik jahit langsir di Nilai 3 ni , kami terus jer menuju ke kedai Star City Textiles. 

Sebab ayu dan nizam jenis suka tuju terus tempat mana nak pegi (jika dah tahu). Weols jenis malas nak merayap survey sana sini yang boleh bikin lagi rambang mata dan pening dan penat!

Sekali dua pusing terus jumpa kedai ni. Rupanya kedai ni ada 2 cawangan kat Nilai 3. Sampai jer terus masuk dan pilih kain ahhahaa. Senang sungguh hidup aku shopping macam ni. 

Zoom in kedainya.
Mula-mula, ayu bagi ukuran pada cina kedai ni. Upah sekeping untuk design Eyelet ialah RM40. Itu belum termasuk harga besi bulat-bulat tu. Then, ayu mintak cina tu kira berapa meter kain diperlukan untuk langsir ayu ni. 

So, dari berapa jumlah kain diperlukan, baru ayu pilih kain harga berapa se-Meter. 

Asalnya ayu nak corak DAMASK. Tapi corak Damask kaler kelabu takder untuk bidang kain 100". Terpaksalah pasrah, pilih design lain jer. Tapi design lain pun... rambang mata iols! Biasalah dasar gila kain kan... Kalau i gi sesorang, mau 4 jam dok dalam kedai pilih kain jer. Hehehhehehe.


Kain ayu pilih ala-ala macam ni laaa... Simple sangat. Sebelum finalize tu, mintak nizam pilih antara 2 yang ayu berkenan. Nasib baik nizam pilih yang ayu memang nak yang tu jugak. Kalau tak, aku muncung kat situ hahaaa.
 Harga kain ayu pilih cuma RM30/meter. So jumlah keseluruhan upah + kain = RM400.

Fuhhhh! Nasib baik kurang sangat dari bajet Ayu iaitu RM600. Lebih RM200 tu boleh la wat beli benda lain. Asalnya nak pilih jugak langsir bilik dania... tapi tunggu dululah, sebab bawak mak sekali rasa kesian pulak nak dia tunggu lama-lama. Beli kat Kamdar jer nanti.

Sementara tunggu langsir siap dijahit, kitorang merayap dulu. Dekat 2 jam jugak baru siap. Sebab design eyelet ni leceh sikit kot, tu makan masa lebih dari 1 jam. 

Sempat la kitorang belikan mak tikar plastik. Ayu beli lagi bunga bulat-bulat kaler pink 4 kuntum (sama macam bunga bulat putih tuuuuu). Asalnya nak beli warna biru, tapi takder kaler biru pulak. Purple dan hijau ada laaa. 


Last stop sebelum ambil langsir, beli Frame 3 serangkai lagi. Kali ni nizam yang pilih. Cantik. Kitorang tersinggah kat gudang sebenarnya. Sekali jumpa frame lawa tu. Terus beli dengan harga RM140. Mahal sikit berbanding previous ones sebab yang ni lagi berkualiti.



#OOTD depan gudang ditengah-tengah panas!
Pasal langsir tu... i mintak FREE 2 pasang Tie Back (pengikat langsir). Sebenarnya harga lain. RM10/sepasang. Tapi i bodek cina tu hahahhha. Jimat RM20 heheheh.

OK... langsir EYELET KELABU idaman kalbu sudah siap. Tunggu nak pasang railing jer lagi. Huuuuuuu! semalam nizam dah bawak balik Drill kawan dia punya. Entah bila operasi menebuk akan dijalankan iols tatau laaa... Kene tengok kesempatan laki i bila. Maklumlah kulikutif ni busy sokmo. 

Nanti i show off gambar langsir eyelet i tu hehehhe. 
Ni kira langsir raya haji kot :)

Jumpa lagi.

XOXO;
Ayu Rashid

4 comments:

Hayatie Hashim said...

Ayu: akak rasa akak beli kat kedai starcity yg satu lagi kot..yg dekat dgn jln masuk mula2..lagi satu sign board kedai sebelah tu namanya sama juga ..tapi design dia mcm lain skit kat kedai yg ayu beli ni..dua2 kedai diorg ke ek..cuba ayu compare pic dua2 kat blog akak dgn blog ayu..hehhe hover tul..huhu

Ayu Rashid said...

memang ada 2 kedai kak. ayu ada masuk jugak kedai lagi satu...sebab nak guna mesin debit kad kat situ, coz kat kedai ayu pegi tu takder mesin tu. Cina yg dalam gambar tu tumpang kete kitorang nak ke kedai lagi satu hahahaha. yg ayu pegi tu kedai dia kat end lot.

Anonymous said...

Salam, tumpang iklan sis..Penebuk Langsir Eyelet!!!
Dengan mesin penebuk lubang eyelet,kerja anda MUDAH,CEPAT & KEMAS!!!!!
Dapatkannya sekarang...just punch sahaja,terus terbentuk bulatan yg kemas & cantik..xperlu gunting gunting..
Call/whatsapp 0199380263
(Serious buyer only). Sila rujuk fb "eyelet penebuk langsir"

AnnurHijrah Consultancy said...

Tk...atas info....saya dh pergi.... service mmg trbaik betul la kdai ni... stngh hr pn sabar jer mlyn krneh kami....syukur sgt2 alhamdulillah... mdh2an dpt yg trbaik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...