Wednesday, October 2, 2013

Pasang Aircond

Semenjak beberapa menjak ni, cuaca panas sangat.
Nampak macam mendung, tapi panasnya alahai.
Nizam cakap jerebu... yer kot!
Hujan pun menitik macam nak siram rumput jer huhuhu.
Dah hujan macam tu, sebenarnya lagi berbahang.

So, bosan dengan rengekkan anak-anak bininya mintak pasang ekon cepat-cepat.
Hari Isnin kami pergi kedai aircond.
Bukan beli aircond baru hehehe.
Tapi nak carik servis pasang ekon.

Upah pasang jer RM220 sebab aircond Inverter 1.5 hosepower
Asalnya tauke kedai tu cakap RM180 jer.
Dia takder pulak tanya inverter ke tak.
Sekali pekerja dia datang pasang, cakap Inverter punya caj RM250
Cessssss! Terpaksa i tambah duit i sebab nizam dah pergi keje kat Melaka malam tadi.

 Abaikan rumah yang bersepah itu.
Tikar dan karpet menguasai lantai.
Sebab dania-hariz pun sebuk nak bentang tikar plastik dorang.

Ikutkan nizam nak letak aircond kat dinding sliding door tu.
Which is atas daripada railing langsir.
Tapi ayu taknak!
Sebab i nak pasang railing langsir sampai atas dekat siling hehehe.
So, nizam pasrah hehehe.

Tapi... bila dah pasang aircond kat Feature Wall.
Dah jadi macam cacat dinding tu.
Jadi tak lawa la kan... dah la ada wyre hitam tu.

Ayu wassap gambar ni kat nizam dan nizam tunjuk kat kawan dia.
Nanti kawan nizam nak datang tolong adjust kasik lebih presentable.

 Wayar ke plug tu ayu suruh cina tu biarkan berjuntai macam tu jer.
Tak payah pasang kotak wayar.
Sebab ayu taknak kotak wayar tu mencacatkan lagi dinding.
Sebab plug tu kat bahagian bawah dinding.
Bukan main panjang lagi wayar nak kena turun ke bawah.

Nanti kena buat wyering lain pulak.
Letak kat tepi dinding dekat langsir tu. Kasik terlindung.
Bukan main idea. Pening nizam melayan heehhee.
Memberi arahan sememangnya mudah kan? hahahhaha

Beginilah hasilnya.
Dah la feature wall ni dah jadi macam tu.
Cina kedai cat cakap sebab dinding lembab.
Dan jugak sebab tak undercot dulu sebelum cat.

Maka, kenalah mengecat lagi sekali.
Huhuhu... nasib baik ada baki 1 liter lagi cat biru ni.
Ikut hati nak cat kaler KELABU macam bilik kitorang.
Tapi nizam kata biru dah cantik.

Ye lah... menurut perintah.

Jumpa lagi.

XOXO
Ayu Rashid

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...