Friday, October 11, 2013

Pokok Bunga Kesukaan & Kesayangan

Ini pokok kesukaan ayu. Cantik kan bunganya?
Ayu tatau apa nama saintifik pokok bunga ni.
Tapi ayu panggil Pokok Lily Pink.


Pokok ni sangat istimewa pada ayu. 
Pokoknya senang tumbuh. Senang dijaga. Senang nak tanam.
Cantik bunganya. Daunya pun cantik.


Pokok lily jarang berbunga.
Sebab tu ia sangat istimewa pada ayu.
Bila jarang berbunga, ayu tak sabar nak tunggu bunganya 'keluar'.
Sebab, dalam kehidupan pun... sesuatu yang jarang berlaku itu yang istimewa kan?
Itu yang kita akan selalu tunggu dan rindukan.

Pokok lily berbunga dekat tangkai bunganya.
Setiap kali berbunga, ia akan ada 4 atau 5 kuntum di tangkai yang sama.
Ia tidak kembang serentak... one by one.


Hebat kejadian Allah kan?
Sebab mungkin sebab tangkai bunga ni agak rapuh.

Sebab tu bunganya tak berkembang serentak.
Kalau serentak, akan lebih cepat patah.

Tapi... keadaan sebegitu menjadikan bunga ni lebih cantik.
Ada yang dah kembang, ada yang sedang nak kembang dan ada yang kuncup lagi.
Nampak tak dalam gambar kat bawah ni?



Tanam dalam pasu comel-comel pun sesuai, daunnya memang cantik.
Kalau nak buat hiasan dalam rumah pun cantik. Sebab pokok ni tahan lasak.
Letak dalam pasu cantik-cantik untuk display. 

Pokok lily ni jenis 'berubi'.
So cara nak tanam atau ia membiak melalui percambahan ubinya.
Sebab tu ia senang membiak, ditanam dan dijaga.
Walaupun daunnya mungkin dan 'mati'.
Tapi jika ubinya masih 'hidup'.
Ia akan tumbuh semula. Kembali berdaun dan berbunga.

Begitu juga dalam kehidupan.
Mungkin ada masa kita dah 'mati' atau gagal dalam sesuatu.
Tapi, tidak sebenarnya.

Kita sentiasa ada harapan selagi masih bernafas.
Dan, setiap apa yang berlaku ada pengalaman dan pengajaran.
Kerana, disebalik kegagalan kita akan temui kemanisannya jika kita tabah.


Teruslah berbunga wahai lily.
Kau sentiasa dihati :)

XOXO;
Ayu Rashid

No comments: