Wednesday, October 23, 2013

Tugas yang Tak Pernah Selesai...

As Salam.

OH! Lama tak bersiaran kan... dah seminggu.
Korang sihat? Ke mabuk daging lagi?

Dah lebih seminggu kita sambut Hari Raya Korban.
Walaupun sambutan tak semeriah mana, seminggu jugak kat kampung.
Sejak Dania sekolah nak balik Besut dah susah.
Sekali-sekala balik... memang balas dendam habis.
Itu pun Dania melalak-lalak taknak balik!
Macam biasa, nak ajak Nenek Jah ikut sama.
Sampai mama Dania pun rasa sedih sama sobbb sobbbb sobbb.


Balik jer kat rumah, maka bermulalah semula kehidupan kami 4 beranak.

Isnin jer dania dah start periksa akhir tahun!
Dahsyat mak bapaknya tatau anak periksa hhahaha.

All The Best la Anakku. Takpe, baru Darjah 1.
Kami taknak pressure anak. 
Tengoklah resultnya macam mana nanti.
In Shaa Allah bijak macam mama hahahha *PITAM!*

Ni bab rumah lagi. Haiyooooooo!
Dengan rumah tak siap-siap kemas lagi.
Ayu pun tatau la bila episod Deko-deko berkemas ni nak siap.
Sampai naik rimas dah rasanya.
Tapi nizam cakap dah lawa dah rumah kita ni mama.
Mama tu jer yang cerewat.
*Sentap mak!

Cuti sekolah dah tak lama lagi.
Sebelum cuti sekolah, ingat nak gi bercuti kat Melaka.
*Tak habes-habes dengan Melaka haahhahaa.
Suka melaka, sebab semua ada.
Daripada kat PD better Melaka. Macam-macam adoooo :)

Nanti next entry ayu share Progress Kemas dan Deko Rumah.

Jumpa lagi;

Love, Love, Love;
Ayu Rashid

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...