Wednesday, November 27, 2013

DAPUR| BEFORE: Ini Bukan Make Over tapi Disaster!

Ayu pun tak faham. Dah mati semua kutu dah. Apsal la Hariz makin besar makin nak berkepit ngan mama dia. 

Sampaikan Ayu naik tingkat atas ambik/hantar barang pun melalak-lalak! Seksa sangat sebab almari baju semua kat bilik atas!

Dah la memang malas nak naik. Naik pun sekadar buat lintas-langsung. Itu yang baju dah lipat pun berlonggok atas tangga. Nak pakai kira amik kat tangga tu jer. Pemalas tahap dewa punya!


So, since sehari dua ni mood agak swing... so the best theraphy is shopping kemas rumah! 

So, ayu decide nak bawak turun drawer baju budak-budak dan letak kat dapur! Lantaklah apa nak jadi. Bau kari ke - bau asap ke... tu belakang kira. Janji senang kerja i. 


Oh! Terkejut kan... tengok dapur iols ni! 

Actually takder la teruk macam ni (walaupun agak bersepah hahaha!). Ayu dah kuarkan pakaian dari drawer tu dan longgok atas meja makan. 

Lepas tu, kat dapur ni memang sejak pindah tak bebetul fokus berkemas or deko lagi. Sebab masih ada barang dalam kotak yang kami sumbat jer dalam KC dan almari. 

Entah bila tahun laaaa nak unpack dan kemas elok-elok. Nasib baik pinggan mangkuk ciputtt jer. Ini pun nak beli rak untuk susun pinggan-mangkuk-cawan yang guna hari-hari. 

So... let me share, betapa disaster-nya keadaan dapur rumah nizam kami masa dalam proses mengemas pakaian budak-budak.

Oh yer, gigih iols angkut drawer tu seseorang. Tapi keluarkan laaaa semua part isi kain tu. Habis calar balar huhuu. 

Dapur rumah ni luas sangat! Kalau rumah sendiri i dah buat bilik kecik satu. Buat apa dapur besar-besar kalau malas masak :P

Inilah drawer tersebut. Untuk baju budak-budak ayu nak isi dalam Toyogo biru. Drawer tu utk brg mekap dan bedak budak segala. Berdandan pun di dapur. Ko mampu semalas ini naik tingkat atas? 

Ruang dekat ngan washing machine. Berserabut dengan mainan hariz-dania

Keluarkan untuk dikemas semula. 


Bila la dapat tukar Blind buruk tu. Sakit mata nengok.

Alhamdulillah... berjaya dikemaskan walaupun malasnyaaaa nak lipat dan susun baju. Lipat baju budak ayu tak suka. Sebab kecik, renyah nak susun pulak tu.

Ok, next entry ayu share dapur yang dah siap kemas. Terus rasa nak tidur kat dapur jer hahahaha.

Jumpa lagi!

No comments: