Tuesday, November 19, 2013

Hias Laman| Pokok Bunga Baru Beli dan Ambil dari Besut

Ni gambar dan kejadian pada 29/10/2013 lagi. 
Tapi baru nak share kat blog.
Punyalah lama peram. Sebab malas hehehe.
Tapi since petang tadi ayu 'kemaskini' pokok-pokok ni, kenalah update.
Sebab nak share pokok-pokok ni dah membesar dan nak mati pun ado!

Ayu beli 3 lagi pokok dan 2 bijik pasu bulan lepas tu.
Then, tambah lagi 2 jenis pokok ambik dari Besut.
So, ada pokok baru kasik laman lebih meriah.

Since nizam dah balik balik WKS kat rumah beranda dah sempit.
Ada 2 buah kereta terus sendat huhuhu.
Punah harapan nak letak buai atau kerusi-meja kat beranda ni.
Ada sesaper nak beli kereta Wira Aeroback tak hahahaha.
Nak jual semata nak luaskan beranda. Ada kena lempang ngan nizam ahaks!

Silalah layan mata dengan pokok-pokok di laman ku. 

Yang dibeli... borong katanya. heheehe.


Tukar pasu

Beli yang dah besar terus!



Tak suka sangat pokok ni. Tapi beli jugak sebab Abang Man nursery cakap mudah jaga. Sesuaiii!


Ni pokok sama jenis dengan yang dah beli sebelum ni. Yang ayu potong dan tanam semula sebab daun tinggal beberapa helai jer lagi tuuuuuuuuuuuu.
*Tapi dah tumbuh tunas baru tau! Next entry will share!


Ni pulak 2 pokok yang ambil dari Besut. 


Dalam previous entry dalam bulan June tak silap... ayu ada buat entry ayu potong dan tanam semula pokok ni. Dah besar pun. Boleh tahan sejuk tangan aku ni hehehehe. 


Suka sangat pokok ni. Tapi sebab lama sangat bawak balik Semenyih tapi tak tanam-tanam... dah layu camni. So ayu potong semua daun. Nasib la hidup ke tak huhuhu. Tapi pokok ni mudah hidup.

Beginilah rupanya. Semoga dapat bertahan yer pokok.

Inilah hasilnya!
Separuh kat dalam beranda-separuh kat luar pagar.


Dah makin besar kan? Alhamdulillah.

Pokok betik abah tanam pun dah makin sihat.. Abah bagi baja lagi suruh bubuh. Baiknya abah ni. Harapkan anak-menantu 2 bulan bawak balik Semenyih belum ditanam-tanam jugak hahahah!

Dah macam tapak semaian dah :P

Pasu tak cantik. Nampak kurang berseri. Nanti nak tukar pasu lagi cantik dan besar. 

Ok... nanti ayu share lagi pokok-pokok ni dalam versi terkini iaitu Hari Ini.
Jangan bosan korang hehhehehe.
Orang kemaruk dapat tanam pokok. Heh!

2 comments:

~ NANA ~ said...

jauh tu import bunga, dari besut lagi...kekekeke

Ayu Rashid said...

Bukan import nana.. tapi cilok hahahaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...