Friday, November 15, 2013

HIAS LAMAN| Tanam Semula

Nizam selalu cakap:
"Dah-dah la tu Ma menyeksa pokok. Kesian pokok"


Hehehhe... memang betul pun cakap dia. 
Pokok ayu tanam mesti akan mati dalam  usia muda!
Tangan panas ke malas jaga?
Nak kata malas tu tak jugak, sebab rajin jer siram. 

Tapi membaja tu memang tak pernah la hahahh.

Ni pokok yang ayu beli dalam bulan September lepas.
Memang beli pokok bajet nak yang besar terus.
Dengan harapan pokok-pokok tu dapat survive dengan jayanya.

Pokok dibeli yang tinggi tu jer. Yang Money Plant kat bawah tu ayu tanam dalam tu sebab nak tutup tanah yang nampak dalam pasu. Nampak lagi 'bergaya' gitu.
Unfortunately, inilah keadaan pokok tu selepas 2 bulan :(


Cer kira berapa helai jer daun yang tinggal. Kesian sungguh!

Then, ayu ada pergi Nursery beli pokok lain pulak (mangsa terbaru!)
Abang Man Nursery tu cakap boleh potong batang then tanam semula.
Esoknya terus mulakan operasi memotong dan menanam semula.


Potong sependek mungkin sebab nak dapatkan bahan pokok baru hehhe.

Pokok asal yang tinggal

Cucuk batang yang dipotong tadi dalam pasu sama.
Membesarlah wahai bunga. 
Bersambung untuk Entry Hias Laman seterusnya. Stay tune!

No comments: