Friday, November 15, 2013

Housekeeping with Hariz


Dulu Hariz memang takutttt sangat dengan bunyi vacuum.
Kalau nak vaccum rumah memang seksa. Melalak-lalak dia nanges.
Kononnn Ultraman kan... tapi bunyi vacuum pun takut! 
Apa khelas!

TAPI hipppp-hippppp-hooreyyyy! 
Sejak pindah Semenyih dia dah tak takut dah bunyi vacuum.
Agaknya dah lali, mama asik vacuum lantai dan karpet jer heheh.
Mama dah makin malas menyapu, sebab rumah sini cepat berhabuk.
Tak kwasa nak menyapu. Sapu sini, berhabuk sana sebab debu  berterbangan.

Emmmmm... dah tak takut tu... berebut vacum la pulak.
Biasa berebut ngan dania jer. Ni hariz pun sama naik.
Tak kasik pun, terpegang-pegang batang vacum tu.
Nak buat kerja pun tak senang. 

Sudahnya... layankan jer. 
Nanti dah bosan dia sendiri taknak dah. Tapi kena pantau la.
Bagus jugak ajar dari kecik. Senang nak buat kerahan tenaga nanti :P

Nampak tak? Bukan makin gigih lagi!

Konon nak vacuum dalam bilik pulak. 

Dapat bulu ayam pulak... ni memang feveret dia si bulu ayam.

Mula nak 'mengemas' drawer!

Cecepat mama hariz ajak turun... kalau tak satu kerja pulak nak mengemas drawer yang dia sepahkan.

THEN... sambung pulak mengemas kat bawah.
Tukar langsir.

Sendu betul... beli langsir eyelet dah nak masuk 2 bulan. 
Tapi pasangnya belum.
Camner nak pasang kalau railing kayu tak pasang lagi.

Hadap jer la langsir pendek camni. Tak suka tapi apakan daya.

Sebelum ni pasang langir coklat ni. Then dah bosan, tukar yang putih.
Bahagian belakang tu kaler purple... hehhehe perfect color combinations keeee? Ke kaler block?
Ini jer langsir pendek yang ada. Lain semula labuh gila. 

Mabuk warna!

Oh! Bilalah dapat melaram dengan langsir eyelet kelabu idaman kalbuku itu. Susah kalau harapkan orang buat ni. Kalau boleh buat sendiri, lama dah buat. Maybe dah tempah lagi langsir kot (over!)

P/S: Promosi Hebat ALFAFA & LECHITIN. Best price.
While stock last.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...