Saturday, November 16, 2013

Idea Deko| Dilema Rumah Sempit?


As Salam dan Happy Weekend!

Mengimbas kenangan lalu ahaks!
Rumah sewa masa kami baru kawen.
Kat Flat PKNS Seksyen 7, Blok 7. Tingkat 1.


Kami sewa rumah ni sebulan sebelum kawen.
Masa tu ayu kerja UNISEL Shah Alam dan nizam kat TNB Bangsar.
Makanya, nizam yang kena berulang jauh.


Kami duduk rumah ni kalau tak silap dari September 2005- Dec 2006 kot.
Kena check semula entry lama kat Fotopages.
Haaaa... itulah untungnya ada Fotopages dan blog!
Kalau tak, sumpah tak simpan dah gambar2 lama.
Maka kenangan memang ingat-ingat lupa.


Rumah ni ada 3 bilik, 2 bilik air (bilik mandi dan toilet).
Boleh tahan luasnya walaupun flat. Selesa. Suka rumah Flat kat Seksyen 7.
Bersih dan berada kat tengah-tengah kawasan sedang membangun pesat.
Motifffff rind nak shopping kat Shah Alam la ni huhuuuu!



Between... kalau tengok kaler rumah ni memang pening hahha.
Nalaaaaaa!!!
Maklumlah, dalam tahun-tahun tersebut memang trend rumah colorful.
Color block gitew. Now pakaian pulak trend color block.
Rumah ramai pilih kaler pastel, hitam-putih kelabu pulak.


Masa takder anak lagi ni... memang best la menghias bagai.
Takder tekanan dan takder constraints (yang constraints BAJET jer la haha).
Masa tu kerja gaji tak besar mana. 
Tapi alhamdulillah, masuk jer rumah lepas kawen... boleh dikatakan 98% complete.


Kami beli barang murah-murah jer. Most of it from Perabot Bahagia.
Tapi now Perabot Bahagia dah mahal-mahal barangnya. Inflasi?


Let me share... Istana Kayangan kami suatu masa dahulu :)

Pintu Keluar-Masuk hehehhe.
Cermin wajib ada kat tepi tu sebab sambil pakai kasut sempat lagi jeling cermin hehhee.



Third Room: kat tepi pintu masuk.
Masa ni takder anak lagi, so just letak katil bujang dan as bilik tamu.


Dulu suka... tapi bila tengok balik serabutnya hahhaha. Usia mengubah segalanya?
Now tak suka ada barang atas meja atau rak. Lebih suka kosong jer.



Kaler yang OMG! Naallllllaaaaaaa...
Tepi pintu masuk terus ruang untuk letak meja makan. Kecik jer ruangnya sebab tu beli meja makan 4 kerusi jer.


Ruang antara meja makan dan sofa. Kalau sekarang letak macam ni camner jadiknya? 


Masa ni Sofa L-Shape tengah 'in'. 


Suka sofa ni. Ayu pernah tempah sarung kusyen 3 set. Nanti ayu share untuk idea korang. 


Langsir merah dari zaman dok Pantai Hillpark. Rumah ni ayu tak pasang railing langsir sampai ke siling. So kurang  menarik kan?


TV nizam dari zaman bujang. Masa ni belum trend TV screen nipis lagi ok! Kelakar tengok balik. Nostalgia sungguh!
*Motif teddy bear kat situ?









Feveret! Tempayan beli kat PKNS RM60.
Pokok untuk buat tikar (kat trg kami panggil 'khecut', Ambik dekat sungai kat kampung ayu jer hehehe.
Keringkan then cat dengan lebihan cat dinding kaler merah dan hijau. Cantik kan? 


Console table in between Master bedroom dan Second Room
Kat bawah tu bakul hantaran dari Nizam - Ayu.






Semua nak display hahahhaha.


Pandangan sisi.
Runner tu jahit sendiri OK! Tabah sungguh jahit pakai tangan. Tapi kualiti jahitan memang sendu laaa.


Pokok Money Plant sentiasa ada. Feveret!


Sentiasa kemas. Gigih tetiap pagi kemas bilik. Takder anak, tempat kerja pun dekat... ape ada hal nak kemas sentiasa kan? Mood pengantin baru jugak hahhahaha!


Bunga Pegang masa kawen letak atas meja solek


Cantik kan? Oh rindunyaaaaaa!
*tak suka letak barang atas meja solek. 

Lagi pun, bilik ni takder tingkap yang mengala cahaya, so agak gelap dan sejuk. Tu jadikan bilik ni sebagai bilik tidur kami. 


Untuk bersiap mekap segala, guna bilik lain. So bilik ni senang la nak kekalkan kekemasannya. 


Masa ni kami suka kumpul perfume.



Tepi peti sejuk. Bunga putih tu pun bunga pegang masa kawen. The rest barang-barang dalam hantaran KECUALI radia dan gambar i LOL


Tetiber!


Nanti ayu share lagi gambar-gambar lain. 
Semoga sedikit sebanyak dapat dijadikan idea dan inspirasi deko khusus untuk kediaman sempit dan limited bajet.

Have a good weekend!

Love;

Ayu Rashid

17 comments:

UMIE SUE said...

su suke.sebab sangat kemasssssssssss

cik hani said...

Ayu..dulu saya duduk flat PKNS jugak.tapi block 28 tingkat 2. Rumah boleh tahan la. tak luas sgt.. tapi tu zaman bujang laa.


dah kawen,masuk pindah rumah lain

Ayu Rashid said...

Duduk berdua mmg kemas. Sekarang? Huhuuuuu

Ayu Rashid said...

Blok 28 design lain. 1 bilik air dan kecik sikit. Sbb opismate ada dok blok 25.

~ NANA ~ said...

Cantik je walaupon brp tahun lepas punya deco..still nmpk ok

Aty_Fared said...

kemas...cantik... :)
memang kekadang citarase kite akan berubah selepas beberape tahun... :)

Ayu Rashid said...

Ni berangan jadi Eric Leong la hahahaa.

Ayu Rashid said...

Masa masih berdua. Dah ada anak kemas tu "out of the blue" jer.

O'gosh Iskandar said...

wah...walaupun design lama..tp still kemas..

Fizah said...

byk kali masuk gmbr teddy bear tu...mesti ada cerita yg best di sebaliknya tu..hehe

Lukisan Murah said...

Makasih atas sharenya.... dekorasi yang tepat untuk rumah membuat penghuni juga betah dirumah,hhheee,, Salam super :) By Toko Lukisan Online

Norazimin aziz said...

nice deco rumah

nadia said...

Alaa..knp xblh view gambar2 dia.. :(

Aneka Dekorasi Rumah said...

Wow bagus sekali tempatnya! penempatan tempat duduk di dekat ruang makan sangat cantik. Bravo!

Suzana Ismail said...

Cantia warna dinding cat yg seakan oren tu.blh tau x kod cat tu kl msh ingat

Nona Qiyah said...

dekorasi bilik sempit..ade tak..hahahaha

NOOR AIN OSMAN said...

www.momstoreretail.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...