Sunday, November 17, 2013

Idea Dekorasi| Bilik Baby Girl

First of all. I miss this sweet little baby.
7 years ago... masih putih macam anak cina. 
Tapi sekarang? Hehehehehe... Malap sungguh!




Just wanna share deko bilik untuk Dania masa dia kecik macam ni.
Ni kat rumah Flat PKNS Seksyen 7, Blok 7.
( Rumah yang ayu share dalam Previous entry semalam)
Makanya, deko ni dalam tahun 2007.
Masih boleh digunapakai tak deko camni?

Ni Third Room. Tak besar sangat tapi lebih besar dari bilik rumah sekarang.
Sebab tu ayu suka sangat Flat PKNS Seksyen 7.

Gambar blur @_@

As for me, ayu suka yang simple. Less is more. Kalau banyak barang nampak serabut walaupun sebenarnya kemas. Tapi pilihan dan mata masing-masing kan?

Bilik anak perlu utamakan ciri-ciri keselamatan.
Tapi masa ni dania baby lagi. So takder la dia duduk dalam ni ke apa.
Saja suka-suka sebab memang berangan nak ada bilik baby.

Cadar dan curtain custom made. Perasan tak langsir tu tak sama labuh hehhe.
Beli kain kat Nagoya.
*Dulu pernah lantik diri sendiri as Duta Nagoya hehhehehe. Tapi sejak tak kerja dah letak jawatan. Dah tak gila tempah baju kurung. 
Sedikit perubahan pada langsir pun boleh bagi impact kan? 

Bear Coklat tu dania suka gigit-hidu sampai umur dia 6 tahun. Lunyai bear tu. "Bear Busuk". Yang tu jer dia nak sampai la hilang sebab hariz buang masa kat JB.
Nasib baik jumpa semula setelah berbulan-bulan. Hariz campak dari tingkap rumah kakak ayu dan tersangkut kat awning tingkat rumah jiran bawah (rumah flat). Since bear tu MIA... baru dia berenti puting terus.
Ada hikmah Hariz buat macam tu hahahha. 

Dulu papa kasik mama masa nak ngorat mama kan... ni mama hadiahkan utk anak pulak.

Playpan dari my bff Ayu Yusof untuk dania.  Baiknyaaaaa aunty ayu ni. Mahal ni.

Stroller letak dalam bilik. Senang nak gi jalan.

6 comments:

cik hani said...

waduhh..teringat kat rumah sewa seksyen 7 jugak.rumahnya lagi luas berbanding rumah-rumah baru sekarang kalau flat

UMIE SUE said...

suke la langsir tu..tapi bilik aqilah xde tingkap..

Ayu Rashid said...

Betul tu hani. Kawasan pun bersih. Dekat ngan jakel itu penting jugak hahaha.

Ayu Rashid said...

Boleh jer su buat tingkap "tipu-tipu". Boleh gantung roman blind @ roller blind, then letak langsir. Kasik ilusi ada tingkap @_@. Kiranya as a soft touch

cplud miera said...

assalam sis. nice cun deco. walaupon simple tp cantek. sy folo cni :)

Blusher Merah said...

Nice idea tingkap tipu..mhihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...