Monday, November 25, 2013

Resepi Rojak Betik


As Salam. 
Semenjak beberapa menjak ni rajin pulak nak masak atau cuba masakan baru.
Pelik disitew hahahaha.

Siap request nak beli oven daripada nizam.
Ni tak lain tak bukan sebab dok blog-hoping dan layan fb + IG laaa kan.
Suka jamu mata pastu telan air liur tengok makanan dan masakan orang.
Nak buat tak reti, pastu google then hafal resepi.
Hafal resipi... ngkoo mampuuuuuu? hahhahaha.

Ok... tadi petang baru sampai dari Keratong.
Abah kasik betik tengah mengkal sebijik. 

Sampai jer rumah terus semangat masuk dapur nak buat Rojak Betik.
Sebenarnya nak buat semalam lagi kat Keratong.
Tapi kat kedai takder pulak Ikan Sardin aka Ikan Selayang.
Then buat kat rumah sendiri jer, lagipun cobaannn kali pertama elok sendiri makan dulu.
Kalau dah lulus, baru leh kasik orang lain makan.

Actually ayu memang suka sangat rojak betik ni.
Tapi tak reti nak buat sebab makan yang dah siap nak hadap!
Dasar pemalas masak memang macam tu.

Kakak dan abang ayu yang rajin buat Rojak Betik. 
Kalau ada betik mengkal, kalau tak mencolek... rojak la kami kerjakan.
Sedap ok!

Masa abang ayu datang rumah Ayu 2 bulan lepas ayu belajar dengan dia.
Tengok dia buat macam mana... laaaaa, senang jer rupanya. Ececececee.
Tapi lepas 2 bulan baru nak cuba buat. Sebab rasa nakkkk sangat makan.
Rasa macam mengidam pun adoooo... terasa-rasa kat tekak. LOL

Alhamdulillah... cobaaann pertam ni menjadi.
Ayu makan sesorang jer, sebab Nizam dan anak-anak tak makan.
Next time buat boleh lah kasik kakak dan adik ipar merasa.
Tapi tatau la tekak orang luar ni boleh terima ke tak.
Sebab ni makanan orang Kelantan dan Tganu kot

Tapi sedap ok.
Sebab Rojak Betik ni ala-ala jeruk jugak. 
Kalau orang suka asam memang sesuai laa.. Meleleh uols!

Ok... ni cara membuat dan resepinya.


- Buah betik mengkal ----- Buang kulit dan sagat/parut

Betik yang telah di parut. Tak pernah-pernah aku memarut betik. Semalam beli pemarut kat kedai RM2 hahaha.


Untuk Kuah Rojak:

Bahan-bahan:
- Ikan sardin 3 ekor ------ Rebus dan buang tulang - blender
- Cili kering ----- Blender
- Belacan
- Asam Jawa
- Gula melaka
- Cuka
- Gula
- Air


Cara-cara:
- Boleh masukkan semua bahan-bahan di atas SERENTAK.  
- Kuahnya akan jadi seperti dalam gambar di atas.
- Lebih banyak ikan, maka kuah akan lebih pekat.
- Masak lebih kurang 20min - setengah jam. Kalau nak pekatkan, lamalah sikit kasik mendidih.

*Jangan pekat sangat kuah, nanti muak dan hanyir sangat.

* Boleh juga perah limau nipis/limau kasturi masa nak makan jika tak tahan bau ikan.

* Sila agak sendiri banyak mana bahan nak dimasukkan. Bergantung pada banyak mana kuah dan buah betik yang nak dibuat. Macam ayu buat ni dalam setengah periuk kecik untuk sebelah buah betik. 

* Masa masak tu, boleh sentiasa rasa kuah rojak tu ok ke tak... kalau nak lagi sedap kasik lebih pedas dan masam-masam. 

Nak lagi sedap, letakkan betik diparut dan kuah dalam fridge. Letak asing-asing, jangan campur ok. Nak makan baru masukkan kuah dan betik dalam mangkuk macam gambar ayu tunjuk kat atas.

Selamat Mencuba. Memang sedap! Boleh buat untuk makan petang atau jamuan jugak.

Jumpa lagi dalam ruangan Dapur Ayu Rashid... hahahahhaha geli aku menaipnya!

Love;
Ayu Rashid


No comments: