Friday, November 15, 2013

REVIEW| Homes Harmony

Saper suka beli cadar?
Kadang-kadang cadar untuk basahan kita sayang nak guna yang mahal-mahal kan?
Nice to see but not nice to use it! Hahhahahaa.

Macam ayu, dulu pernah la meroyan suka sangat beli cadar + comforter set.
Lepas tu, comforter sayang dan malas nak pakai.
Sebab cuaca panas, takdernya nak ber-comforter bagai.
Dah ada anak lagi la taknak ber-comforter bagai.

Sudahnya?
Cadar dan sarung bantal jer guna. 
Comforter simpan dalam almari. Dah melambak dalam almari. Semak!

Sebab tu ayu lebih suka beli set cadar TANPA comforter.
Dan pilihan ayu ialah cadar dari Homes Harmony.
Alhamdulillah, so far semua kainnya elok, sejuk dan tak berbulu.
Kalau jenis berbulu tu memang taknak pakai. Tak selesa!

Ayu biasa pergi kat Homes Harmony Plaza Masalam, Shah Alam.
Sana ada pelbagai pilihan cadar, langsir, table runner dan tuala juga!

Harga pun OK-OK jer, takder la mahal sangat. Mampu milik.


Sekali beli sampai 4 time ada offer! 2 set Queen Size, 2 set Single Size.
Sampai sekarang elok lagi walaupun dah bertahun-tahun guna.

Table Runner pun cantik dan banyak pilihan. Rambang mata iols!

Ini pun dari Homes Harmony.
P/S: Pegi shopping camnie kena gi sesorang. Baru best! Jangan ajak nizam nanti dia bising hahahaha. 

Happy Shopping at Homes Harmony!
Ok... jumpa lagi!

3 comments:

UMIE SUE said...

cantik..su xpernah lg beli cadar.semua mak bg.hehee

Ayu Rashid said...

Wah untung la camtu. Jimat heheh

Mrs Saprin said...

Aku beli online je.. Working mama mcmtu la.. Nk soping pun mls.. Weekend nk hadap anak je.. Mls nk keluar2 dh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...