Monday, December 16, 2013

Kehilangan...

As Salam.

Hari ni genap seminggu ayu berada kat kampung di Besut. Bermaksud genap seminggu jugalah abang ayu meninggal dunia. 

Abang ayu umur dia 36 tahun. 
Kira abang bebetul sebelum ayu.
Meninggal sebab batuk berdarah due to masalah hati. 

Tak sihat sejak bulan lepas. 
Dah masuk wad kat Hospital Jerteh selama 3 hari bulan lepas. 

Lepas tu, hari Sabtu lepas batuk berdarah. Terus di bawa ke Hospital Jerteh dan di bawa pula ke Hospital KT. 

Tapi setakat 36 tahun sahaja Allah pinjamkan arwah untuk kami sekeluarga. Beliau meninggal pada jam 4.15am Isnin 9/12/13. 


Alhamdulillah. Kami sempat "berjumpa" walaupun masa tu arwah dah koma. Hanya mata terbuka. Adakala bila kami sentuh atau bercakap atau panggil namanya... bebola mata arwah sedikit bergerak. Dan paling sedih, bila airmata dia mengalir.


Perjalanan arwah sangat "cepat".
Sakit, koma selama 26 jam kerana kuman dah sampai ke otak, dan menghembuskan nafas terakhir di samping mak, isterinya, 2 abang kami dan adik bongsu kami.

Segalanya umpama mimpi.
Saat ayu berdoa mengharapkan keajaiban berlaku. 

Agar dia berjaya melawan koma itu berbekalkan kekuatan, semangat dirinya dan doa kami sekeluarga.

Tapi perancangan Allah itu lebih baik. Kami redha dengan pemergiannya. 


Tiada lagi tempat anak-anak sedara nak bermanja. Nak bertenggek penuh dalam kereta nak pergi mandi laut. 

Takder lagi yang nak layan anak-anak sedara main lastik cicak waktu malam. 

Susah dah nak mintak tolong itu-ini nak repair rumah, dan macam-macam kerja kat rumah. Sebab arwah paling rajin dan paling banyak jaga mak. 

Alhamdulillah. Sampai 3 kali orang solatkan jenazah beliau. Walaupun musim hujan... tapi sepanjang hari hujan cuma lebat sekejap... lepas tu renyai... dan ada masa tak hujan terus. 


Terjawab sudah persoalan dan kerisauan.
2 minggu sebelum arwah meninggal. 
Kelopak dan mata kiri ayu asyik bergerak-gerak jer. Sampai sakit kepala.


Kan orang tua kata.
Kalau mata kiri bergerak, petandanya kita nak nangis. 

Mungkin betul. Mungkin kebetulan.

Dah seminggu berlalu.
Adik beradik lain beransur balik ke rumah masing-masing.

Hari ni tinggal ayu sekeluarga jer. Nizam pun dah start kerja hari Rabu lepas.

Kesian nak tinggalkan mak. In shaa Allah seminggu lagi kami balik ke Semenyih. Sekolah dah tak lama lagi nak bukak. 


Semoga arwah abang Azman Bin Abdul Rashid berbahagia di sana. Diampunkan segala dosanya. Diterima Allah dengan sepenuh rahmat dan kasih sayang-Nya.

Kami akan merinduimu. Al-Fatihah. 

Masih kecil. Belum mengerti apa-apa. Pokme tidur katanya.

1 comment:

Hayatie Hashim said...

Takziah ayu. Al fatihah utk arwah. Faham sangat erti kehilangan terutama ahli keluarga. Teringat arwah abah yg telah pergi 7tahun yg lepas ;(