Tuesday, December 3, 2013

Undercot Semula Cat Dinding Feature Wall

As Salam.

Baca Entry ni dulu baru senang faham masalah negara yang kami alami dengan warna cat kat Feature Wall Living Hall kami ni:  Living Hall


Mula-mula nak tayang version masa baru cat dulu (on September 2013. 

Masa ni sukanyaaaa iols tengok cat ni cantik berseri macam kat nurseri!
Tapi kini tidak lagi... vuruks sungguh. Sakit mata nengok!




Sudahnya, Ahad lepas baru nizam sempat dan rajin mengecat semula dinding ni.
Itu pun setelah puas dan penat aku muncung mulut menyentap ngan dia hahhaa.

Mogok taknak masak kang... aku jugak lapar kan?
Dah la sekarang kuat mencekik. Nafsu apekah ini!

Beli cat putih undercot ni dah berbulan-bulan dah.
Siap boleh buat cat bilik Ketiga yang kaler Putih + Coklat tu lagi.
Punyalah lama kan... baru nak cat.

Dah semak mata i tengok dinding cacat macam ni.
Ini musim hujan... lagi la dahsyat tahap putih-putih bercapuk tu.

Beginilah keadaannya... dalam proses perabih duit dan tenaga lagi sekali. Hampesss betul dinding ni. 

Oh yer, lepas ni nak tukar kaler lain. Padahal ada lagi setin cat kaler ni sebab nizam beli 2L. Nasib baik nizam pasrah jer. Kalau tak pasrah pun, aku tetap menang kalau bab hias rumah ni.

Dah kata aku ni 24/7 dok rumah. Kenalah semua berkenan kat mata aku kan.
*alasan-sentiasa-logik* eh, lama tak dengar perkataan ni hahah!

Layered Pertama. Nizam buat 3 layered semuanya. Mentang-mentang cat banyak hehehhe.
Since cat kaler baru belum sempat nak pergi beli, dan nizam pun kerja... 
aku hadap jer la cat dinding macam ni dulu. 

TAPI... cantik pulak cat kaler putih. 
Rasa lapang dan suci murni jer rumah. 
Rumah ni kat tingkat bawah memang gelap sangat.
Tu aku sedap membuta sebab gelap + sejuk!


Langsir eyelet pun belum pasang lagi.
Drill nizam dah pinjam dari kawan kerja dia. Tapi menebuknya tidak lagi.


Kitorang decide nak beli railing kayu baru jer untuk sliding ni. 

Sebab malas nak pening-pening carik balik skru dan besi cangkuk yang aku letak tatau kat mana.

Boleh? Padahal mahal jugak railing ni.
Tapi dah dia kata nak beli baru... aku pasrah jer. Taat katanya hahahhha!

Sesambil tu, nak tunjuk sekali....
Meja bulat dan bunga dari bilik dania i dah bawak turun ke bawah.
Sebab rasa kosong sangat kat bawah ni.
Nak menyapu pun senang sangat... kasik cabaran sikit hahaaaa.
Cabaran kumpul habuk dan rambut atas lantai!


Sementara jer ni. Bila rasa serabut angkut ke lain pulak.
Tu jer la kerja aku kat umah ni... tapi takpe tak susahkan nizam.
Selagi boleh angkat-tarik-tolak semua buat sendiri.
Tu perabot aku semua nak jahanam tu :P

Bunga comel-comel. Sila pergi kat Romantika Shah Alam. 
Cantik-murah semuanya. Tinggal nak rambang mata jer memilih. 

Ermmmm... tatau la bila nak siap cat dinding ni.
So, berbahagialah kami dengan cat putih undercot ini buat masa sekarang.

*Dah musim banjir... baru plan nak balik Besut minggu depan.  

Jumpa Lagi!

3 comments:

UMIE SUE said...

su ruang tamu pn tgh comot.bile ntah nk cat..buget tak mari lagiiii

Fizah said...

gigih mengecat hohoii...hee semuge berjaya ok!! :)

cplud miera said...

Assalam sis. rumah sis ni kt area mana yer?